Mengapa Saya Pilih Tingkatan 6?



Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Keputusan SPM 2011 sudah keluar tempoh hari. Ada yang berducita,ada yang gembira keriangan dan ada yang bingung. Tetapi bukan itu yang hendak aku katakan hari ini.

Sekarang adalah detik dimana setiap pelajar lepasan SPM 2011 menunggu saat tawaran ke peringkat pengajian tinggi. Begitu banyak pilihan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar seperti melanjutkan pengajian ke matrikulasi,tingkatan 6,asasi,diploma dan bermacam-macam lagi lah kerana di Malaysia ini kita amat bertuah kerana kita dapat menuntut ilmu di mana-mana sahaja asalkan ada usaha yang bersungguh-sungguh.

Semalam,keputusan kemasukan ke matrikulasi dan tingkatan 6 telah keluar.

Kepada yang belum semak,sila ke sini untuk tingkatan 6 dan ke sini untuk yang memohon matrikulasi.

Semalam aku semak,aku dapat jurusan kemanusian. Alhamdulillah. :)

Baiklah. Kepada yang belum tahu apa itu tingkatan 6. Sila ke sini dan hayatilah. (panduan mengenai tingkatan 6)

Ok! Berbalik kepada tajuk " Mengapa saya pilih tingkatan 6?"

Dan mengapa wujud soalan ini? Kerna ramai kawan-kawna duk tanya.

" Bakpo mung nok masuk tingkatan 6 nih? Payoh weyh..."

" Ang tak pikir masak-masak ke nak masuk tingkatan 6?"

Dan bermacam-macam persoalan lagi.

Namun,aku ada seorang emak yang menyokong di belakang. Haha!

Emak aku cakap baik masuk tingkatan 6 lagipun aku sememangnya punya pendapat sendiri mengapa tingkatan 6 adalah pilihan yang terbaik.


*****************************************



Sebenarnya,banyak faktor yang menjadikan aku harus meneruskan pengajian ke tingkatan 6 walhal aku sebagai bekas pelajar SM Vokasional Kuching dalam bidang masakan ini harus meneruskan cita-cita aku sebagai Chef Masakan yang hebat(kononnya) namun aku terpaksa mengambil langkah yang lebih bagus daripada meneruskan pengajian di peringkat Diploma. Kalau matrikulasi,sah-sah aku tak layak. Haha!

Aku pilih tingkatan 6 kerana.......

1. Kos pengajian yang murah.

- Memandangkan aku ni datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak kaya macam korang. Maka,aku harus pilih tingkatan 6 yang kosnya murah berbanding Diploma dan sebagainya. Selain itu,aku tak mahu berhutang dengan PTPTN. Susah nak sara bini kelak. Haha!

2. Dekat dengan ibubapa.

- Saban tahun kita dengar kes-kes remaja yang berperangai tidak senonoh,berkelakuan sumbang mahram,terlibat dengan gegala sosial dan bermacam-macam lagi lah masalah yang mengaibkan nama ibubapa,keluarga serta negara. Belum tambah lagi yang buang bayi. Hish! Hish.  Oleh itu,aku ambil pendekatan untuk tinggal bersama ibubapa aku supaya aku ni tak lupa diri. Remaja seperti aku ini masih memerlukan bimbingan ibubapa yang tercinta. Setuju tak? Hehe!

3. Sistem Modular.

- Untuk pengetahuan kalian,bermula tahun ini tingkatan 6 akan menggunakan sistem modular. Apa itu sistem modular? Kalau nak tahu,sila google. Internet aku perlahan sangat nak google. Hehe!. Bagi aku ,sistem modular ini membuatkan aku tertarik kepada tingkatan 6 kerana sistem modular ini ada 3 semester. Contoh,dalam semester pertama kita belajar kertas 1 Pengajian Am dan apabila tiba hujung semester,kita akan menduduki ujian. Markah setiap 3 semester ini akan dicampur dan ia tak macam dulu lagi. Tapi mak aku cerita,STPM kena ambil jugak. Entah. Aku pun keliru. Harap korang jangan turut keliru. Hehe! Tapi dengan sistem ni,aku yakin lebih senang. Bang,bukan menuntut ilmu namanya jika ia senang macam makan nasi,kan?


4. Tempoh pengajian yang singkat.

- Tempoh pengajian tingkatan 6 lebih singkat berbanding diploma. Diploma kena belajar dalam jangkamasa 3 tahun. Tingkatan 6 pula hanya setahun setengah sahaja. Lagi cepat untuk aku sambung Ijazah.

5. Mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah,Master dan PHD.

- Itulah cita-cita aku. Aku mahu belajar dan terus belajar. Jika aku ambil diploma,kemungkinan untuk aku meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah amat tipis kerana aku perlu membayar hutang,kena bekerja dan komitmen aku masa tu mungkin kurang. Setiap orang mungkin mempunyai keupayaan berbeda namun aku tahu kemampuan aku. Hehe!


6. Aku belum bersedia.

- Apabila aku pergi depan cermin. Aku cuba muhasabah. Mampu ke aku bawa diri ke tempat orang dengan sikap dan gaya aku begini? Mampu ke aku hadapi dugaan dengan iman senipis kulit bawang? Mampu ke aku jaga diri? Mampu ke aku menahan dogaan aweks-aweks Universiti yang kebanyakannya memakai baju adik@berbogel? Jujur aku katakan,aku tak mampu. Aku takut aku hanyut ke lembah maksiat kerana aku jauh daripada ibubapa dan aku sedar dimana kedudukan aku sekarang. Keyakinan dan keimanan aku belum kukuh. Serius..aku tak mampu.

7. Mahu kahwin awal.

- Uiks. Gatalnyer! Haha! Tak da lah. Serius aku katakan bahawa aku mahu kahwin dalam usia 25 tahun. Contoh,aku masuk tingkatan 6 umur 18 tahun. Sambung Ijazah umur 20. Tempoh pengajian mungkin 3/4 tahun. Habis umur 24 tahun. Kerja stabil sikit. Terus meminang anak orang. Tak mahu bertunang. Tak mahu berpasangan. Aku nak kahwin terus. Biar bercinta selepas berkahwin.   Siapa yang sudi,sila isi borang ye.Seronoknya dapat kahwin awal. Hahaha!

*****************************************

Aku rasa setakat itu je kot. Banyak faktor yang aku harus lihat untuk meneruskan pengajian ini memandangkan aku bukan kaya macam korang. Diulangi,aku tak kaya. Kerja pun belum. Haha! Tapi cita-cita dan harapan aku untuk memajukan negara ini akan diteruskan jua kerna aku anak Malaysia. Aku mahu menaikkan nama Islam dan Malaysia. Aku mahu ubah orang kita. Aku mahu masyarakat kita sedar. 

Lagipun,tingkatan 6 bukanlah teruk mana pun. Cuma,mentaliti kita sahaja yang menyekat kita untuk menggapai sesuatu sedangkan intan dan permata sudah ada depan mata namun kaca jugak yang dipilih. 

Pesanan aku kepada rakan-rakan perjuangan. Buatlah pilihan yang bijak. Setiap orang ada nasib masing-masing. Kita hanya merancang namun Allah swt yang menentukannya. 


Akhir kata, aku tujukan satu persoalan kepada korang. " Matlamat korang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ini kerana apa? " Sila bagi jawapan yang sejujur jujurnya. :)


Bagi aku, pilihan yang ada di muka bumi Allah swt hanyalah untuk memudahkan kita. Perjalanannya hanya Allah swt yang tahu. Assalamualaikum wbt. 

Kehidupan Ini Terlalu Luas Untuk Dirungkai



Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Hari ini saya berkesempatan untuk meneruskan perjuangan menulis entri kedua blog ini. Mr.She dari blog Live Laugh Love pun komen.


" Update la abey...... :D"


" Iya la Mr.She. Nak update ler ni.."


Baiklah. Berbalik kepada tajuk. " Kehidupan Ini Terlalu Luas Untuk Dirungkai." Apa maksud saya?


Sebenarnya tiada maksud apa-apa pun kerna tak tahu nak tajuk apa. Tetapi ia ada sangkut paut dengan apa yang hendak saya perkatakan.


......................................................................................................................................



Air? Mengapa air itu penting? Air amat penting kepada manusia untuk kegunaan seharian. Air yang Allah swt bagi dekat kita ini mempunyai pelbagai fungsi seoalah-olah tanpa air hidup kita tidak keruan.

Iyo lah. Bayangkan ketika kita berada didalam satu situasi dimana perut kita memulas. Loceng melabur pun berbunyi. Pelbagai bau-bauan keluar perlahan-lanhan.

" Pruuuuuut.......pruttttttttttt"

" Eh,bukan aku yang kentut!" - kata jiran sebelah rumah. ; orang kentut mana mengaku. HAHA!

Tetiba air pula tiada. Bayangkan lah betapa peritnya perjalanan seseorang itu hanya kerana ingin melepaskan secotek najis. Dapat bayangkan tak?  Perit bukan?

Ok! Tamat cerita.

Kesimpulannya: Kalau bekalan air rumah anda kena potong,sila lah bayar ye. Hehe!



Kehidupan ini sukar untuk dirungkai. Banyak cabaran dan halangan harus ditempuhi. Bukan kita sahaja yang hidup di atas muka bumi Allah swt ini tetapi kita berkongsi sama rata dan yang membezakan kita adalah amalan. Amalan yang menentukan samaada tempat kita di Syurga atau neraka.


Dan malanglah seseorang itu jika kehidupan dia ibarat katak bawah tempurung.




Buat pembaca sekalian. Inilah dia pemandangan jika anda berada di bawah tempurung. Kalau tak percaya,sila lah cari tempurung-tempurung berdekatan dan rasailah sendiri. Anda pasti teruja! Haha! - Eh! Macam iklan pulak.


Jika ditafsirkan ibarat katak bawah tempurung pada zaman kini dalam bahasa mudahnya " Depa ni spesis  duduk kat rumah ja. Depa asyik layan internet sampaikan depa rasa kawan-kawan depa  tuh hidup dalam komputer. Hidup depa hanya dengan internet. Orang kata,depa takdak kehidupan walhal orang duk kata internet di hujung jari".- forever alone. -.-'


Lelaki Inggeris berkata " Get out from computer and get a life men!"


Kehidupan ini terlalu luas,terokailah ia dan rasailah nikmat alam ini.




Namun, jangan sesekali kita menjadi sampah. Sampah dalam perspektif saya ada dua sahaja. Pertama:,sampah yang memudaratkan. Kedua,sampah yang memberi manfaat.


1. Sampah yang memudaratkan.


Ada seorang pemuda yang bernama Ali (Ali ni terkenal kan? Haha!). Pada suatu hari, Ali memberi sebungkus roti gardenia. Kemudian,Ali singgah di taman untuk menikmati suasana yang. Selepas membuka plastik roti tersebut, Ali pun buang plastik tersebut ke dalam tong sampah.


Plastik itulah sampah yang memudaratkan. Ya lah. Kalau Ali makan plastik tu bersama roti dengan enaknya,maka ia memudaratkan kerana ia akan menyebabkan Ali mati pucuk.- Ali juga boleh dipanggil sampah sekiranya dia makan plastik itu. Woha!


2. Sampah yang memberi manfaat.


Sampah yang dapat memberi manfaat kepada kita memang banyak. Contohnya barang-barang yang boleh dikitar semula. Sebelum dikitar semula sampah itu dipanggil sampah tetapi selepas dikitar semula ia dipanggil ________- isi sendiri mengikut kesesuaian. :)


Saya kira pembaca begitu bijak dan tahu apa itu sampah yang memberi manfaat.


Kesimpulannya: Jangan makan sampah ye! Pis!




Tin kosong? Apa yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita? 


Bagi saya tin kosong nilainya begitu tinggi bagi orang-orang susah. Kita memandang tin itu hina kerana rata-rata manusia mengamal pepatah habis madu sepah dibuang.


Apabila kita melihat sesuatu perkara itu dalam sudut yang berbeza maka ilmu kita akan bertambah dan tidak mudah prejudis serta tidak menilai sesuatu perkara itu membabi buta.




Jadi, sila kumpul  tin kosong banyak-banyak. -  Erk? (tak lawak pon!)




Tahukah anda gambar di atas menunjukkan gambar apa?


" Batu!!!!!!!!!!!!!!!" 


" Ya! Betul! 10 markah untuk anda! Mesti dulu-dulu sekolah tadika kan?" 


Hanya satu saja benda yang kita boleh ungkapkan tentang batu.


" Kepala kau keras macam batu!" - inilah ayat yang orang selalu cakap.


Benarkah begitu?


Fakta atau auta?


Walaubagaimanapun,hipotisinya ialah batu adalah objek yang paling mudah untuk dipecahkan atau dihancurkan berbanding orang yang mempunyai kepala batu kerana teramatlah sukar untuk memecahkan perspektif,pandangan serta ideologi mereka.




Akhir kata, saya menyeru pemuda-pemuda semua yang tiada arah tuju kembali ke jalan yang benar seperti mana yang terdapat dalam surah Al-fatihah.


Hari-hari kita minta jalan yang lurus dengan Allah swt namun apakah usaha kita untuk sentiasa berada di landasan yang betul?


Jadilah kita pemuda-pemudi yang bebas daripada anasir-anasir luar seperti mana bunga kangkung di atas. Walaupun kembang tak habis namun ia tetap akan menjadi kangkung dan tidak akan berubah menjadi buat tembikai sekiranya matang kelak.


Allah swt menciptakan kau sebagai lelaki. Maka,jadi lah  lelaki.
Allah swt menciptakan kau sebagai perempuan. Maka,jadilah perempuan.


Ayah selalu berpesan " Kalau kita jaga Allah swt, Allah swt pasti akan menjaga kita." - saat itu air mata keluar dari bibirku. Eh,dari mataku.


Kehidupan ini terlalu luas untuk dirungkai,dikupas dan diterjemahkan dalam bentuk ayat.
Lihatlah dunia,merantau lah.
Barulah kita akan merasai betapa bertuahnya kita dilahirkan dibumi dan diberi peluang oleh Allah swt untuk merasai nikmatnya di dunia dan akhirat.


Pandangan.
Pendapat.
Ideologi.


Kita sama sahaja sekiranya kita faham tujuan Allah swt menciptakan manusia.


......................................................................................................................................
Kita bukan boneka.

Burung merpati sejoli.
p/s: Abe bercita-cita hendak jadi photograpger tetapi tiada duit hendak beli DSLR. Hoho! Guna kamera biasa je.

Abey Mirul: Saya Blogger Baru





Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Setelah sekian lama memendam perasan hendak membuat blog. Akhirnya siap juga. Syukurlah kepada ilahi.






" Kenapa blog ini dihasilkan?"


Blog ini saya buat kerana saya ingin berkongsi dengan kalian. Berkongsi apa-apa sahaja yang berguna agar pembaca dan saya semakin bertambah ilmunya. Kan Sharing is Caring?






" Siapa Abey Mirul?"


Abey Mirul sebenarnya adalah jejaka kacak lagi semak(smart) yang telah terperangkap di dalam tubuh manusia iaitu saya. Sudah berulang kali saya menolak untuk menerima wajah kacak ini tetapi Abey Mirul tetap mahu berada di dalam badan saya. Apakan daya,rezeki jangan ditolak. Hehe! - Sila percaya cerita ini. Kalau tidak..........................(tengok belakang anda,ada apa tu)


Abey Mirul juga seorang remaja yang ingin menguruskan badan tetapi tak kurus-kurus jugak.  Den pun naik pening. Hoho! 


" Bila blog Abey Mirul ditubuhkan?"


Blog ini ditubuhkan pada hari ni kot. Ha! Pada 5/4/2012. Jadi,pada tarikh 5/4/2013 akan genaplah setahun blog ini ditubuhkan maka korang yakni pembaca blog Abey Mirul harus setia bersama. Jangan lari-lari na.. Nanti Abey Mirul kejaq.... 


" Mengapa url inibelogabey.blogspot yang dipilih?"


Kerna ini blog Abey Mirul yang punya. Hahaha!(baca: Ahmad Albab) Kalau jiran Abey Mirul yang punya pasti akan berbunyi begini, inibelogjiransebelahrumahabey. Tak gitu? - Jangan biarkan kepala anda diselubungi kutu. Haha!


" Saya nak tahu lagi pasal Abey Mirul!!"


Baiklah. Selain perasan kacak dan smart. Abey Mirul seorang yang pemalu,suka membaca buku tetapi buku tu tak habis lagi. Minat sangat tentang Bahasa Melayu dan suka makan. Itu sahaja lah. Nak kenal lagi? Boleh! Bak sini nombor telefon. - Terhad kepada aweks-aweks sahaja. (gurau jer)


Bunga Pink. Snap dengan SONY DSC. 


Maaf jika guruan Abey Mirul tidak membuatkan korang tergelak ataupun tidak membuatkan urat kentut anda putus namun tidak mengapa. Korang panggil kawan korang,suruh dia geletek(tau tak mende ni?) pinggang. Pasti korang akan rasa geli-geli gitu,kan? - Tak lawak,tak lawak. Hoho!


Baiklah. Hiraukan kerepek(baca:merepek) saya di atas.Saya harap kalian,blogger-blogger yang sudah lama berjinak dalam arena blogging ini dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang hina dina ini. Salam perkenalan buat blogger Malaysia dan semoga ikatan ukhwah antara kita sesama blogger Islam ini semakin erat dan utuh.


p/s: Abey Mirul takdak bakat melawak eh? Malunyer...................... :)