4 Buku Yang Pelajar Harus Miliki!

Hai! Assalaaaamualaikum. * sebut macam IniAnwarhadi.

Apa khabar adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang? Sihat belake ye? Macam mana puasa? Ok tak? Jangan bukak periuk pagi-pagi ni. Nanti kena sekeh dengan mak. 

Baiklah. 

Pada kali ini, Abe Mirul akan berkongsi dengan korang 4 buku yang korang kena ada.Pasai apa kena ada? Pasal kita ni masih bergelar pelajar. Maka, kalau kita nak berjaya. Kita kena apa? Yaa! Betul tu. Kenaaa....membaca. Membaca itu apa? Membaca tu ibarat membuka buku dan membaca lah. Apa daaa... Haha. Selalunya,buku yang membaca kita. Sememangnya, itulah yang terjadi. Hehe!

Jadi, 4 buku yang harus pelajar ada ialah...



Yang pertama.

1. Langit Ilahi - penulis, Hilal Asyraf.


Buku Langit Ilahi karangan Hilal Asyaf yang berharga RM21.00 ini sangat bermakna buat Abe Mirul kerana taktala Abe Mirul rasa jatuh(down) dan kosong...kosong..ooOooo... Ia memberi motivasi,bukan motibasi ye adik-adik. Tetapi motivasi yang sedikit sebanyak buat Abe Mirul ini insaf dan rasa bersemangat. Nak beli terus dari Langit Ilahi Store pun boleh. Tapi sudah tentu la, Al-quran sebaik-sebaik petunjuk!

Pinkmarbless - Vlogger Cute & Comel


Hai! Assalamualaikum.

Sepertimana yang korang tahu,makin ramai Vlogger berbakat muncul kat negara aku ni. Maka, orang-orang seperti aku ini akan melayan vide0 mereka yang best-best. Kalau tak best? Kutuk je! Kutuk je! Jangan bakar sudah.

Sebenarnya, agak sakit jiwa juga menunggu video daripada Mat Lufti,mungkin ada exam kot.

Sementara menunggu masuk waktu berbuka, aku cuba untuk menceriakan perut ku ini dengan menonton video di Youtube.  Antaranya video Pinkmarbless. Bagi aku, video dia agak seronok,menghiburkan dan membuat hati berdebar-debar. Mana taknya,apabila dia bercakap. Seolah-olah dia merenung aku dengan matanya yang tajam itu. Serius, aku gugup. Haha.

Yang kat atas,video terbaru Pinkmarbless. Yang kat bawah ni, video dia yang aku suka. Lawak siot bak kata org KL. Mohon jangan jatuh cinta. Oh ya,kalau cute,kita kata cute. Kalau comel, kita kata comel. Keindahan alam,kan? Ahaks.

Oh ya! Sebenarnya, aku lebih suka vlogger Malaysia bercakap bahasa Melayu. Mohon bangga sikit! Haha.. Guna loghat negeri lagi syok daripada speaking,kan? Ok. selamat berbuka semua!!!!!


Tips Blogger | Tetapkan Sasaran Pembaca Anda!

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera Abe ucapkan kepada pembaca,khususnya buat blogger di Malaysia  yang comel,segak dan baik. Semoga kalian sihat sokmo.

Baiklah. Hari ini saya hendak berkongsi ilmu ataupun pendapat saya tentang ilmu@ tips blogger yang bertajuk " Tetapkan sasaran pembaca anda!" Siapa anda? Anda itu blogger lah. Walaubagaimanapun, tips ini tidak bermakna saya sudah hebat cuma sekadar berkongsi ilmu yang patut.

Baik. Dewasa ini, blogger di Malaysia tumbuh bagai cendawan yang walaupun tak hujan,tetapi naik. Namun,dalam dunia blogging ini. Matlamat,visi dan misi harus ditetapkan. Apakah tujuan anda berblog?  Untuk apa? Siapakah sasaran pembaca anda? Ha! Itu isu yang saya ingin ketengahkan.




Saudara saudari blogger sekalian,

Setiap manusia ada keistimewaannya dan kelebihannnya. Kita tak boleh jadi sebijik macam Denaihati, Kak Kujie, Ariffshah, Nisa Kay,Bro Framestone , Akubiomed , Eyriqazz dan seperti blogger lain. Kita harus jadi kita. Kenali diri anda,keupayaan anda. Barulah anda akan jadi hebat seperti mereka.

Okeh.

Siapa sasaran anda? Untuk blogger sahaja ataupun pembaca umum?

Ada orang menulis untuk pembaca sekian alam di muka bumi ini. 

Isi penulisannya lebih kemas, nampak matang, profesional dan bijak. Sasaran mereka bukan hanya di kalangan blogger sahaja tetapi untuk pengguna Google yang mencari maklumat. Sebab itu blogger ini lebih suka bermain SEO. Mereka ada cara mereka,mereka ada pengikut mereka kerana menjalin hubungan sesama blogger amat penting demi meluaskan rangkaian blog kita. Tetapi, penulisannya lebih luas. Lebih terbuka atau universal. Maka, rangkaian blog mereka juga luas. Pembaca juga ramai dan tidak terhad kepada blogger sahaja. Saya kira,inilah yang kita mahu. Kita mahu pembaca bukannya pengikut(follower) yang ramai. Sebab itu teknik berblogging ini penting.

Bagaimana pula dengan sasaran kepada blogger sahaja?

Ada juga yang lebih suka berada dalam kelompok blogger. Isi penulisannya terhad. Yang membacanyajuga blogger, hasil daripada berjalan-jalan di blog rakan. Blog mereka sekadar berlegar dalam kalangan blogger. Rangkaian blog tidak luas dan tak ramai orang tahu. Namun, blog sebegini kadang-kadang juga bagus sebab ada yang wujudkan blog sebab nak berkawan,jalin hubungan sesama blogger. Mungkin sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Tak salah pun. Hehe!

Ramai je yang hebat dan terkenal di kalangan blogger.

Jadi, bagaimana dengan anda?

Anda mahu blog anda dikenali? 
Anda mahu blog anda ramai pembaca setia?
Anda mahu terkenal dan menjadi retis? Ahaks.

Maka, tetapkan matlamat dan sasaran anda. Luaskan rangkaian blog anda dengan berkongsi link di laman sosial,ping hasil tulisan anda di Blogr.my dan busuk.org. Tingkatkan trafik anda. Gunakan apa sahaja kelebihan dan keupayaan anda untuk promosikan blog anda kepada umum. Tak perlu takut. Tak perlu risau kerana kita adalah blogger. 

Ramai blogger yang menulis kisah peribadi atau berkisah tentang hidup mereka dikenali ramai macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik Epal serta blogger perempuan yang kiut lagi comel.

Tunggu apa lagi?

Tingkatkan mutu penulisan anda sekarang. Hasilkan sesuatu yang bermakna buat pembaca anda. Ambil peluang sebaik mungkin untuk menjadi retis. Haha.

Semoga tampalan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikan juga pendapat anda dan tegurlah saya. Mungkin saya salah? 

Siapakah Pengganti Lee Chong Wei Selepas Ini?

Assalamualaikum wbt.


Hari ini, kita lupakan kekalahan Dato' Lee Chong Wei. Kita lupakan aiskrim Baskin Robbins percuma. Kita lupakan nasi kandar percuma. Apa yang kita harus ingat adalah semangat Malaysia boleh! Semangat sebagai anak Malaysia yang ditonjolkan oleh Lee Chong Wei. Hanya keranamu Malaysia, Lee Chong Wei berjuang sedaya mungkin. Saya kira, ramai yang bersetuju bahawa semangat yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei wajar dicontohi oleh semua atlet. Malangnya,ada akhbar yang menyiarkan " Lee Chong Wei Terlepas 4 Juta". Mohon editor akhbar tersebut duduk dalam bilik dan muhasabah diri.

Namun, di sebalik itu. Timbul satu persoalan dalam fikiran saya. Mungkin juga dalam fikiran pembaca. Mungkin juga dalam fikiran penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansur.

Ura-ura mengatakan bahawa Lee Chong Wei akan bersara selepas ini. Persoalannya, siapakah pengganti Lee Chong Wei?



Penganti Lee Chong Wei?

Iya. Kini, Persatuan Badminton Malaysia harus berusaha keras dalam mencari bakat anak-anak muda yang mampu menjadi sehebat Lee Chong Wei. Mampu mempunyai semangat seperti Lee Chong Wei. Mampu membawa semangat juang Malaysia boleh. Namun begitu, masih sukar untuk mencari individu atau pengganti seperti Lee Chong Wei. Apakah puncanya? 

Tetapi,saya rasa tak salah kalau Datin Seri Rosmah Mansur menjadi pengganti Lee Chong Wei kerana beliau juga Tokoh Sukan di negara kita. Tidak mustahil. (awwww???)

BAM Harus Tegas!


BAM harus menyelesaikan segala kemelut yang ada dan mencari mekanisme yang terbaik untuk atlit badminton yang meningkat naik. Lagi elok, gunakan saja kaedah yang digunakan oleh Datuk Sidek Abdullah Kamar dalam mendidik  dan melatih anaknya, Misbun, Jalani, Razif dan Rahman. Dengan usaha gigihnya, anak-anak sidek mampu menjulang nama Malaysia. Tetapi itu dulu,sejarah tetap sejarah. Apa yang penting adalah kita cipta sejarah baru. BAM kena sedar dan bertindak. Bukan sahaja sedar tetapi harus buat kerja dengan cara yang lebih bijak.

Atlit Harus Berusaha Keras!

Saya kira,bukan mudah untuk menjadi seperti anak-anak sidek dan idola badminton sekarang, Dato' Lee Chong Wei kerana ia memerlukan usaha yang keras,gigih dan padu. Setiap atlit badminton harus konsisten dan tidak leka. Mereka harus sedar mereka bermain untuk rakyat Malaysia,untuk negara seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Lee Chong Wei pada perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012 semalam.  Atlit juga tidak boleh mengharapkan jurulatih sahaja,ia memerlukan satu azam yang kuat. Contohilah atlit-atlit terharu, mereka mampu membuktikan mereka layak ke pentas dunia. Jika mereka mampu,anda juga mampu!

Masih Ada Harapankah Untuk Rakyat Malaysia Meraikan Kejayaan Sukan Badminton?

Semalam,saya ada membaca bahawa Lee Chong Wei mungkin akan bersara dan Olimpik London 2012 tahun ni merupakan temasya yang terakhir untuk beliau kerana 4 tahun lagi,beliau akan berumur 34 tahun. Sudah terlalu tua,katanya. Yang menjadi persoalannya, masih ada harapan dan peluangkah untuk kita,rakyat Malaysia sama-sama duduk di hadapan televisyen dan sama-sama bersorak seperti semalam? Mungkin ada. Mungkin tidak. Kita tidak mahu semangat ini luntur dan hilang taktala kita bangkit. Pihak berkenaan harus bertindak!

Akhir kata, berilah orang yang layak menjadi penaung Persatuan Badminton Malaysia(BAM). Kita tidak mahu melihat BAM menjadi seperti FAM yang ibarat hidup segan,mati tak mahu dan angkuh. 

Keputusan Final Badminton Olimpik London 2012 | Tahniah Lee Chong Wei!

Assalamualaikum wbt.

Pergh! Berdebar betul saya duduk di depan televisyen menyaksikan perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012 antara Lin Dan dan Lee Chong Wei. Selepas perlawanan yang mendebarkan dan mengasyikkan ini,apakan daya kita. Lin Dan berhak untuk memiliki pingat Emas Badminton Olimpik London 2012. Tetapi,persembahan Lee Chong Wei juga tidak mengecewakan. Kita harus akur dengan keputusan perlawanan final badminton Olimpik London 2012 kali ini.

Gambar ketika menang dengan korea.
Kata-kata saya untuk Lee Chong Wei, tahniah dan terima kasih kerana anda sudah berusaha sebaik mungkin demi Malaysia yang tercinta. Terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya,perlawanan tadi amatlah bersejarah dan paling syok sekali. Semoga Malaysia mampu melahirkan lebih banyak lagi pemain seperti Lee Chong Wei!

Disamping itu,saya juga bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia boleh! Tetapi ada hikmahnya juga Lee Chong Wei tak menang sebab mungkin Big Mama Malaysia,Rosmah Mansor mungkin akan memeluk Lee Chong Wei di hadapan orang ramai. Bukan fitnah tetapi hakikat. Hehe!

Oh ya,apakah perasaan pembaca pulak? Mesti panas punggung je duduk depan tv kan? Memang sakit jantung lah. Haha.

Akhir kata, sebenarnya kita boleh! Man jadda wajada,waman zaraa hasada!

Lin Dan menang dengan rubber set, set akhir- 21-19.

Entri semalam : Lee Chong Wei dan Aiskrim Baskin Robbins.


Bicara Abe : Fuh!!! Tak senang duduk tadi. Tak dapat makan aiskirm percuma la kita ye? Haha.

H2

Kopiah & Gelaran Ustaz

Assalamualaikum wbt.


Pernah tak apabila korang jalan-jalan di tempat awam,korang terlihat mereka yang berseluar slack hitam,berbaju kemeja licin dan berkopiah. Nampak sopan,tertib dan kemas. Kadang-kadang aku rasa cemburu melihat mereka. Mereka mampu berpakaian sedemikian sedangkan aku tidak. Apabila keluar rumah, bersih sahaja pakaiannya. Kopiah putih juga tidak lekang daripada kepala. Pernah dak terdetik dalam hati.


" Aku nak berubah gak ar...pakai macam depa ni."


Mesti pernah terniat bukan? Ada orang keluar rumah pakai baju t-shirt,seluar jeans  dan berselipar Levi's. Kononnya,ikut fesyen lah. Aku pula? Aku rilek je. Haha.


Blogr.My - Laman Komuniti Untuk Blogger Malaysia


Blogr.My? Pertama kali mendengarnya? Sekiranya anda adalah blogger, maka inilah peluang keemasan untuk anda mengembangkan lagi sayap dan terbang bebas bagaikan Garuda. Memandangkan ramai yang masih tidak tahu kewujudan blog.my ini. Mesti banyak persoalan yang timbul dalam kotak kepala.



Apa itu blogr.my?

blogr.my adalah semua laman komuniti dan ping blog aggregator di dalam Bahasa Melayu khas buat blogger,terutamannya di Malaysia. Dengan satu klik sahaja, anda dapat berkongsi entri anda di twitter,facebook dan sebagainya.

Menurut laman blogr.my tersebut, blogr.my telah ditubuhkan sejak 21 Januari 2012 untuk versi beta dan pada 8 Jun 2012 versi 2.0 telah dibuka dengan pelbagai pembaharuan. Setakat hari ini, 4 Ogos 2012. Seramai 1311 orang blogger telah menyertai blogr.my. Hanya menanti giliran anda sahaja! Memang tidak rugi menyertai Laman Komuniti Utama Blogger Malaysia ini kerana ianya unik berbanding Laman Komuniti yang lain. Contohnya, sekiranya anda ping entri disana. Anda akan diberitakan Mata.

Apa fungsi Mata?


Mata diterima apabila anda menggunakan perkhidmatan tertentu di dalam blogr.my. Pada masa akan datang, Mata ini boleh digunakan untuk menebus hadiah atau menaik taraf pangkat di dalam blogr.my.
Terdapat lima cara utama untuk anda mendapatkan mata:
Daftar: 10 Mata
Referral: 5 Mata
Ping dari blog anda: 2 Mata
Ping entri: 1 Mata
Setiap lawatan anda ke mana-mana entri: 0.2 Mata
Mata khas juga akan dihadiahkan kepada pembaca/blogger bergantung kepada aktiviti yang dijalankan :)
Menarik bukan? Yang paling menarik sekali, blogr.my juga menyediakan 12 saluran untuk blogger. Sebagai contohnya;

Gambar milik Eyriqazz
1.Amboi! - Gosip,Hiburan,Fesyen & Gaya Hidup.
2.Teknobit - Informasi Teknologi & Gajet Masa Kini.
3.Aktiv - Perkongsian hobi.
4.Burrp! - Lokasi & Reviu Makanan  Terbaik Dari Blogger
5.Kontest - Sertai Kontest Online Dan Menangi Hadiah Lumayan
Disamping itu, sekiranya anda mempunyai Blogshop. Secara automatiknya,ia akan dimasukkan dalam kategori Blogerai. Sememangnya UMPHH lah! Tambahan pula,sempena bulan Ramadhan ini,anda juga boleh promosikan produk anda di dalam saluran Blogerai. Mana tau ada yang tersangkut?

Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang sebagai ahli Komuniti blogr.my sekarang. Mendaftar blogr.my bukannya susah. Hanya menggunakan Facebook atau Twitter dan masukkan nama samaran anda, seterusnya nikmatilah pelbagai fungsi di blogr.my.

Selepas anda mendaftar,anda akan mempunyai profile seperti saya, http://blogr.my/profile/abemirul. Masih buntu? Anda boleh melawati halaman Soalan-Soalan Lazim ini untuk merungkai segala persoalan dalam benak fikiran. Semoga kita menjadi blogger yang hebat dengan membentuk satu komuniti yang utuh! Malaysia boleh!

Untuk membaca lagi tentang blogr.my,anda juga boleh berkunjung ke blog Eyriqazz, Blogr.my - Jom Ping Entri Anda Di Sini.

Slim N Lift Slimming Vest | Penyelesaian Untuk Kelihatan Kurus Dan Tidak Boroi

Setiap lelaki pasti mengidamkan tubuh badan yang segak, tegap serta berketul-ketul. Memang diakui agar sukar untuk membuang lemak-lemak di badan tambahan pula memerlukan latihan dan pemakanan yang begitu berdisiplin disamping kesungguhan tahap maksima demi mencapai tubuh badan yang ideal serta disukai ramai.

Ada juga yang mencuba cara yang singkat tetapi sebenarnya ia tidak sihat untuk kesihatan badan. Cara yang paling berkesan adalah bersenam dan menjaga pemakanan.

Senaman adalah aktiviti yang penting dalam mendapatkan tubuh badan yang sihat tanpa memakan bahan-bahan yang mungkin memudaratkan tubuh. Orang kata " Senaman adalah aktiviti semulajadi dan segar.."


Walaubagaimanapun, ada juga bahan/makanan tambahan yang bagus seperti Herbalife yang mampu menurunkan berat badan namun ia juga memerlukan usaha seperti bersenam.

Baiklah. Hari ini ada berita baik untuk anda yang ingin kelihatan kurus tetapi malas bersenam. Mungkin anda mahu menyorokkan perut boroi anda? Jangan risau, dengan adanya Slimming Vest, Slim N Lift ini. Anda akan kelihatan segak dan tidak boroi seperti dulu.

Datuk Lee Chong Wei Dan Aiskrim Baskin Robbins

Assalamualaikum wbt.


Semalam, masa aku duduk layan latpop. Tetiba aku terbaca status-status yang mengatakan bahawa ada pertandingan badminton melibatkan Datuk Lee Chong Wei. Apa tunggu lagi, Malaysia lawan China ni. Aku pun duk ar tercegat depan tv. Memang WOW lah persembahan Datuk Lee Chong Wei! Chaiyok! Chaiyok! Malaysia boleh!

" Sedapnyer rasa lantai..."

Hari Raya & Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum wbt.

Sekarang, kita dah hampir separuh hari berada di bulan Ramadhan al-mubarak. Bagaimana dengan puasa kita? Yang dewasa nun,jangan duk buat perangai macam budak-budak zaman dulu-dulu lah. Dah besar panjang der,bersunat pun sudah. Tunggu nak kawen je,kan? Haha!

Malam ni, Abe duk terkenang pulak kisah Hari Raya Aidilfitri masa Abe duk kat Kuching tahun lepas. Banyak kenangan yang terukir masa Abe tinggal dan bersekolah kat Kuching. Duk kat Kuching ni seronok, orang Sarawak mudah mesra,senang nak berkawan, mudah jadi geng dan gembira sokmo. Mena sik kata kamek? Haha.

Tetapi, Abe nak cerita kat sini. Apabila tiba musim Raya, suasana kat sini lain. Tak macam di Semenanjung. Nanti je lah Abe kongsi. Apa yang pastinya, taksah raya kalau tiada Kek Lapis Sarawak ni. Kalau pergi jalan-jalan ke rumah kawan, rumah kawan sayah. Mesti ada je kuih ni hinggakan Abe pun pening nak menjamu Kek Lapis. Haha. Yang pasti, apabila tiba hari raya. Kek Lapis wajib ada. Betul sik kawan-kawan?

Video 5 Hari MC(parody) : Lawak Ke Mempersendakan Orang?

Assalamualaikum wbt.


Hai!

Tahukah korang lani duk kecoh pasal video seorang budak perempuan yang MC 5 hari sebab sakit mata.

Orang kata lah. Sebab aku sepatah haram jaddah pun tak paham video tersebut.

Namun,tahukah anda semakin ramai manusia-manusia yang kononnya berpelajaran atau lebih hebat atau rasa bangga atau megah atau dengki atau mencari publisiti setelah keluarnya video budak tersebut?

Sebenaqnya,aku ada satu persoalan untuk orang-orang yang buat video lawak atau dalam bahasa aku,memperbodohkan diri. Tak percaye? Korang cari sendiri di Youtube.

Soalan aku berbunyi, " korang rasa korang lawak atau hebat ke buat video tuh,video mempersendakan orang?"



Gajet Idaman : DSLR Canon Eos 550D


Assalamualaikum!

Setiap orang mesti ada impian kan?

Ada orang inginkan motorsikal superbike yang superlaju.

Ada orang nak merasa pakai barang yang branded dan mahal-mahal.

Ada orang nak bini cantik

Ada orang nak badan ketul-betul.

Ada orang nak merasa pi Paris,London.

Erti kata lain,macam-macam lah yang kita idamkan. Betul tak?