Blog Adamazralicious Memang Ohsem!!

Gua kan,kalau gua tak berkenan. Gua takkan buat promosi percuma macam ni. Memandangkan gua rasa gua ohsem. Eh, gua rasa blog beliau terlalu ohsem. Gua rasa blog ini patut dihebahkan kepada orang ramai.

Pasal apa ohsem? Pasal gua suka lukisan empunya blog ni. Mohon empunya blog ini senyum sampai ke telinga demi menunjukkan sifat mesra. :)


Yang membuatkan gua rasa lagi ohsem adalah beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan. Ini yang buat gua terkejut.

Gila apa budak Perniagaan pandai melukis? Hal ini membuatkan gua kajet,tergaman dan terpesona. Iya lah. Memandangkan gua pun ada ambil subjek Pengajian Perniagaan tetapi sampai sekarang tak pandai melukis. Hairan betul mak........

Apa pun, nak kenal tuan empunya blog yg ohsem ni. Lu orang kena pergi sendiri. Ada laptop,sendiri mahu ingat laaa...... Jom terjah!

Memasak Paha Ayam Bakar Madu Express Kebaboom!


Entah apa mimpi gua petang ni. Balik sekolah. Gua terus pergi dapur. Cari lauk pauk. Tadaaa! Ayam goreng ada,telur dadar ada,sayur pun ada. Gua bukak peti sejuk. Gua nampak paha yang begitu menggiurkan. Memandangkan ayah gua beli ayam sebanyak 2 ekor yang tak habis dimakan.

Maka,gua buat keputusan drastik dengan mengambil 3 ketul paha ayam. Sedikit perencah/serbuk ayam madu yang terletak di dalam peti sejuk.

Gua lantas menyalur paha ayam tersebut dengan perencah itu. Pada pandangan gua,kalau ayam itu masih hidup. Pasti beliau kegelian saat gua menyapu perencah tersebut pada pahanya. Gua tak mampu bayangkan saat beliau klimaks.

Tidak sampai lima minit. Gua terus bakar. Kita bakor je!! Haha!


Apa macam brader? Kejantanan lu ada goyah ke tengok lelaki gua memasak? Oops! Lupa plak,sepatutnya kaum perempuan lah yang goyah. Malu lah lu orang kat gua kalau lu orang tak pandai memasak... Sia-sia je nama perempuan.. Hahaha! - gelak setan.

Lariiii!!!!!

p/s: Nyum! Nyum! Sedapnya.

Nota: Kalau nak cari suami,carilah macam saya. Huahaha!

Jika Kita Ada RM1 Juta

Semasa di dalam kelas, satu topik menarik yang timbul antara aku dan cikgu Pengajian Am.

Topik ini timbul setelah kami berbincang soal politik di Malaysia. Bercakap pasal bajet 2013 dan bonus. Entah macam mana,boleh pulak timbul isu cincin Datin Rosmah Mansor yang berharga RM24 juta. Haha!

Antara kata-kata cikgu yang aku ingat " Kan bagus kalau Datin Rosmah Mansor sumbang duitnya itu kepada rakyat daripada duk beli cincin." 

" Orang benci kerajaan bukannya sebab apa tetapi sebab benda remeh. Cincin Datin Rosmah la,kapal selam lah. Sebab itu rakyat marah." 

Kata aku " Tetapi sayang,pemimpin kita tak sedar cikgu. Sedih." 

Lepas tu,cakap pasal duit satu juta. 

" Kalau cikgu ada satu juta,cikgu berhenti kerja" kata guruku. 

" Satu juta mana cukup cikgu.." 

" Haaa.....melabur lah." balas cikgu. 


Melabur. 

Terang cikgu lagi.

" Satu juta ni,kalau labur dalam ASB,dapat 10% setahun. Cuba kira berapa dapat...? " (ke ASN? Aku tak ingat) 

" Seribu cikgu!" 

" Seribu? Bukan. Cuba kira guna kalkulator." 

Alamak! Kantoi tak reti matematik. Haha. Aku pun terus menggapai kalkulator dalam beg aku. Macam best kira-kira duit ni. Haha. 

RM1000000 x 10/100 = RM100 ribu. 

" RM100 ribu cikgu. Banyaknyer." 

" Haaa... cuba pulak bahagi RM100 dengan 12 bulan.."

RM100/12 = RM8 ribu sebulan.

" RM8 ribu cikgu. Memang berbaloi lah berhenti kerja jadi cikgu.." . Kami ketawa. Tersengih-sengih macam RM1 juta ni dah ada dalam tangan. Haha! 

Lihatlah kalian. Kalau ada RM1 juta ni, ditambah pula dengan pelaburan yang kita buat. Makin bertambah nyah.

" Jadi, tak hairanlah kalau Datin Rosmah boleh beli cincin RM24 juta. Tambahan pula, DS Najib kerja Perdana Menteri. Anak bekas Perdana Menteri. Harta dah banyak...." 

" Satu lagi cikgu, menabung sejak kecil." Haha!

Sehubungan itu, melaburlah jika korang ada satu juta. Nanti boleh beli cincin mahal wooo..


Sedekah.

Tahukah korang sedekah merupakan satu rahsia untuk jadi kaya? Kita kena ingat rezeki yang Allah swt bagi ini bukan untuk kita seorang sahaja tetapi untuk dikongsi bersama insan yang memerlukan. Niat itu penting! 

Katakanlah tetiba suatu hari, ada orang bagi RM1 juta. Korang anggaplah ia sebagai ujian untuk korang. Pandai-pandai lah mengurus duit tu. Mana tahu korang ni menjadi penghubung antara insan-insan yg memerlukan? 

Tetapi jangan pula daripada RM1 juta,derma seringgit. Apa barang bang? Kalau belanja awek pun,paling sikit pun RM100. Itu baru bab makan. Belum lagi bab spender,bra,kasut,baju,telefon,tilam,katil dan kena paw dengan awek. Mahu habis RM100 ribu dalam masa sebulan. 

Oleh hal yang demikian,jangan bagitahu awek jika korang ada duit banyak. Haha! 

Utamakan ibubapa dan keluarga. 

Seperti yang aku cakap, rezeki yang kita dapat ni penghubung rezeki kita dengan orang lain. Sebab itu,selagi kita mampu kita bantulah insan yang paling banyak berjasa kat kita sejak kecil.

Dapat RM1juta,bawa mak ayah pi haji. Bawa adik beradik sekali. Kalau rasa tak cukup, bawa keluarga mak ayah. Datuk,nenek,mak sedara,pakcik,makcik,cucu,jiran-jiran dan semua nasab keturunan pergi Haji. Tak salah kan? Sebab redha Allah yang kita damba.


Membayar hutang.

Tahukah kalian hutang walaupun tak dituntut ,kita wajip bayar. Jadi,yang belum bayar PTPTN, sila buat bayaran sekarang. Kalau tak bayar,payah nak lepas di alam kubur. Mak hang,pak hang takkan jawap untuk hang. 

Dah ada duit,cepat-cepat selesaikan hutang. Tambahan pula, kerajaan sekarang memberikan diskaun sebanyak 20% untuk mereka yang membayar hutang PTPTN sekaligus. 

Maka,dengan duit RM1 juta ini. Ia membantu korang. Sangat membantu. Haha. (rasa nak gelak je) 


Beli tanah dan rumah

Bagi aku, tanah dan rumah amat penting. Sudah la tanah dan harga rumah semakin meningkat. Aku tak tahulah nanti pada zaman aku,selepas 2020 aku mampu ke tak beli rumah. Semua barang meningkat. Anak bini semakin bertambah. 

Sehubungan itu,utamakan rumah sebagai tempat perlindungan.


Kahwin.

Alasan yang paling popular kot zaman sekarang ialah :

" Susah la nak kawen,hantaran tinggi sangat.." 


" Pak mertua lani semuanya nak yang kaya-kaya.." 


" Perempuan zaman sekarang memilih,duit penting..." 

Tetapi korang kena ingat,korang ada RM1 juta sekarang ni. Korang bagitahu je pak mertua dengan mak mertua nilai wang yang korang ada. Sudah tentu bapak kepada Neelofa dan Wawa Zainal bersetuju! 

Tunggu apa lagi? Kawen la dari duk buat maksiat tepi-tepi taman. Duk raba sana sini. Apa barang? Buat kat tilam yang empuk lagi selesa bhai! 


Penatnya menulis. 

Sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat dengan duit RM1 juta. Aku rasa korang sendiri pun tahu. Cuba korang kira nilai barangan yang korang miliki sekarang. Cukup tak satu juta? 

Maksud aku,nilai rumah + nilai kereta+harta benda korang tanpa korang kira hutang yang perlu dibayar. Aku rasa lebih RM1 juta. 

Persoalannya,siapa nak bagi RM1 juta ni? Mimpi lah. Lainlah kalau kita usaha. Man jadda wajada waman zaraa hasada!

Cerita Aku Bulan Oktober


Assalamualaikum wbt.

Sedar atau tidak, masa kian berlalu. Sekarang,dunia sudah memasuki bulan Oktober. Banyak kisah yang hendak aku kongsikan disini. Betapa lamanya aku membiarkan blog ini bersawang. Tentu saja cicak ketawa menggilai melepaskan tahinya,tentu saja labah-labah riang tertawa membuat sarangnya dan tentu saja itik bertelur lagi.

Bulan-bulan yang berlalu begitu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Hari ini,aku perlu tekad untuk menerajui kehidupan mendatang.

Menghadapi Peperiksaan STPM

Bulan November semakin menghampiri. Debarannya usah dicerita. Tetapi ketahuilah akan pepatah ini, " Hero tok gadduh.". Maknanya, sukar diungkap. Haha. Hero selalunya akan menjadi kuat di saat akhir setelah melihat aweksnya dikasari oleh penjahat,kan? Begitulah aku.

Tetapi, aku harus sedar " Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga". Diriku ibarat hidup segan mati tak mahu. Peperiksaan ini amat penting kerana pointer pada penggal pertama ini menentukan pointer pada penggal ke 2 dan ke 3. Mohon doakan aku dalam rindu.


Misi Kuruskan Badan

Aku rasa,itik dan arnab kat rumah aku pun dah meluat duk dengar aku bercerita tentang misi kuruskan badan. Aku pun dah naik muak dah. Tak kurus-kurus jugak sampai ke lani.

Iya lah. Sejak dulu lagi nyah. Tetapi apa hasilnya? Aku tewas pada Nasi Beriani Ayam,tersungkur melihat Sup Perut,rebah terguling melihat aiskrim dan tergetar-getar melihat lauk pauk yg sedap. 

Benda ni ibarat kau jumpa aweks yang cun,tipulah kalau kau tak terliur ataupun kau gay? Hahaha!

Teringat pula stail lama seorang kawan mengorat perempuan. Tengah jalan-jalan dengan member lepas tu ada awek lalu. Sambil lalu berselisih dengan awek.

" Peeewittt! Nombor mintak lok." 

Lepas tu,buat-buat bercakap dengan kawan. Haha! - susah gila aku nak terangkan situasinya. Mohon korang faham. 

Tetapi bulan ini , aku tekad untuk berdiet dan bersenam.mAku selalu motivasikan diri agar semangat tak mudah lentur.

Setiap kali tergoda dengan makanan. Aku sering berkata kepada perut.

" Perut, kau jangan makan. Kau kena kuruskan badan. Bila kau kurus,Neelofa pun nak kau kau."


" Perut Oh Perut! Jangan! Jangan! Ingat! Jangan biarkan hidup kau diselubungi lemak perut buncit.."

Sasaran aku tiga bulan. Aku kena turunkan berat dari 94kg kepada 80kg. Aku tak mahu nanti, bila kawen baru nak kuruskan badan. Jadi,wahai kaum lelaki. Sekiranya anda mahu hebat bergaya,hilangkan perut bencit anda dengan bersenam. Ingat! Gadis secantik Wawa Zainal pasti termimpikan anda jika anda mempunyai 6 ketul perut. Hahaha!

Dilema antara Tingkatan 6 atau Pusat Pengajian Lain.

Ayah aku sentiasa bagi dorongan dan pendapat kat aku. Beliau cakap,sekiranya aku tak dapat bawa pengajian STPM ni, lebih baik aku belajar tentang kemahiran seperti IT,Elektrik dan sebagainya. Cuma yang merunsingkan aku, aku takut aku tak mampu. Aku tak yakin dengan diri aku. Kalau korang? Korang rasa macam mana? Oh! Dalam dilema...

Jujur aku cakap, kepala aku sentiasa pening apabila membaca buku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin jin yang berada dalam tubuh aku ni jin pemalas. Pening mak....

Begitulah sedikit sebanyak coretan aku. Mohon korang baca sampai habis dan sudi memberi pendapat. Yang baru bertandang ke sini,salam perkenalan dari Abe Mirul. Semoga korang terus sukses! Chaiyok! Chaiyok!