Cara Mohon Program Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online

Tarikh terkini tutup permohonan Matrikulasi 2015/ 2016 pada 30 November 2014. 

Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan kemasukan ke Matrikulasi sesi 2015/ 2016 dilanjutkan daripada 30 Oktober 2014 sehingga 30 November 2014.

Ini bagi memberi peluang kepada calon yang tidak sempat untuk mengemukakan permohonan Matrikulasi yang telah diumumkan tutup pada 30 Oktober 2014.

Sehubungan itu, pelajar kini masih boleh untuk membeli nombor pin unik ID Matrikulasi di Bank BSN yang berhampiran.

Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online


Tarikh rasmi tutup permohonan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016.


Tarikh Akhir Beli Nombor Pin Matrikulasi 2015/ 2016: 10 Oktober 2014 dilanjutkan kepada 30 November 2014

Harga Nombor PIN BSN Matrikulasi: RM6 Sahaja

Sumber: melvister.com

Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Sesi Disember 2014



Semakan keputusan rayuan Politeknik sesi Disember 2014 secara online. 

Menerusi makluman rasmi bahagian pengambilan pelajar Politeknik, sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan rayuan permohonan kemasukan ke Program Diploma Politeknik sesi Disember 2014 bagi calon Lepasan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, 

Sijil Kejuruteraan Pertanian, Sijil Pertanian, Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Institut Kemahiran MARA akan diumumkan keluar mulai 10 November 2014.


Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Sesi Disember 2014

Cara Untuk Semak Keputusan Rayuan Politeknik Sesi Disember 2014. 

Anda perlu melayari http://www.politeknik.edu.my 

Semakan Keputusan Rayuan Politeknik Sesi Disember 2014 boleh dibuat mulai 10 November 2014

Sekian,terima kasih.

Sumber:  melvister.com

Lagenda 110z Gua Sudah Siap Bro!

Semalam aku tukar bateri yg tak guna air untuk motorsikal lagenda 110z tahun 2008 ini . Lama dah beli motor ni tapi jarang servis.

Seperti yg aku ceritakan semalam, aku dah tukar covetseat yg baru. Lagi menarik!

Lepas dah siap semua. Apa lagi, basuh la . Basuh coverset, tayar dan sebagainya.

Sebenarnya motor aku ni bercalar balar yg amat sangat dek org lain guna. Malas aku nak cerita .

Dulu tahun 2008,2009 aku jaga elok2 motor tapi disebabkan aku kena bersekolah di Kuching, Sarawak maka aku tinggalkan motor aku di kampung. Nokharom.

Aku rasa org lain punya motor cun lagi kot walau beli pada tahun yg sama.

Takpalah. Bab kelajuan pulak, dulu boleh pergi 120kmj dgn enjib standard. Ubah rantai dan spoket je.

Sekarang , dapat 100kmj je. Kalau nasib baik 105kmj. Rilek je motor lain potong. Haha.

Tapi takpalah, bersyukur dgn apa yg ada. Ada duit nanti, kita beli superbike!! Yahoo...

Ke ada yang nak sponser? Yeay ..

psst...motor korang masih ok?

Gambar dari kamera Asus Zenfone 5 yg Ohsem!

Aku baru beli Asus Zenfone 5. Pergh! Dia punya kamera memang superb. Kena pada harga dia. Nantilah aku buat ulasan penuh.

Apa macam? Tergoda tak? Haha.

Tukar Cover Seat Lagenda 110Z

Assalamualaikum.

Korang tau kan yang aku ni belajar kt Beranang,Selangor? So, amat susah untuk aku bergerak kemana-mana tanpa kenderaan.

Sudah lah Beranang ni tempat paling jauh. Maka, aku kena repair motor lagenda 110z aku untuk dibawa ke sana nanti.

Apa macam cover seat motor aku? okay la kan. Mahal kot. RM28 sahaja.

Aku tukar pun sebab coverseat sebwlum ni dah koyak. Jangan harap la ayah aku kasi tukar kalau benda tu masih elok. Haha.

Aku tak sabar nak bawak motor ke sana. Penat dah aku duk naik bas bersama bangla.

Rasa terhina doh. Serius.... Tak caya? Cubalah.....

Adakah Aku Tersilap Memilih Bidang Kejuruteraan?

Assalamualaikum.

Weh, lama betul aku tak update blog. 6 bulan kot. Bukan apa, sibuk belajar. Bulan Disember 2013, aku daftar sebagai pelajar Diploma Microelectronics di Mara-Japan Industrial Institute(MJII) kat Beranang, Selangor.

Kolej ni best!

Dapat elaun tiap-tiap bulan. Yuran pengajian percuma. Kalau dapat 3.5 boleh pi belajar kat Jepun.

Belajar pulak dalam air-cond. Siapa tak nak?  Tapi...

Adakah Aku Tersilap Memilih Bidang Kejuruteraan?

Keputusan peperiksaan akhir semester telah keluar. Pointer yang aku dapat memang sah aku duga. Nasib baik tak kena tendang. Boleh lah cukup-cukup makan.

Hmm..adakah aku silap pilih bidang? Dulu aku fikir boleh bawa bidang kejuruteraan ni tapi nyata ia mencabar aku. Cabaran berdepan dengan semangat diri dan kesusahan dalam memahami subjek yang kritikal seperti Engineering Math, Electrical Circuit dan Digital Electronics.

Pyhics ? Bagi aku boleh lagi nak layan sambil tutup mata.

Sebelum aku ke MJII, aku dapat tawaran ke Uitm untuk Diploma apa entah. Lupa dah. Tapi aku taknak ke Uitm.

Kenapa Tolak Uitm?

Antara sebab aku tolak Uitm ialah.. PTPTN. Aku taknak menanggung hutang di usia yang muda. Kalau aku nak berhutang PTPTN, mungkin ketika aku sambung Ijazah. Jadi, memandangkan KKTM/MJII dibawah MARA ini menyediakan elaun dan yuran pengajian yang percuma. Maka, aku bersetuju..

Belajar Kerana Minat.

Kata Pensyarah/ Sensei aku.

" Kalau awak tak pandai Math, tak usah ambik Engineering. Tapi awak semua dah terlambat.."

Ha! Memang betul kata sensei aku. Kalau kita tak pandai Math. Tak usah lah nak gatal tangan nak belajar Engineering melainkan kita seorang yang luar biasa. Aku? Aku ni insan yang lemah. Hahaha!

Bidang Kejuruteraan ini memerlukan kita untuk mahir matematik. Sebab apa? Sebab matematik berkait rapat dengan subjek lain.

Ya! Matematik ada kaitan dengan Electrical Circuit, Digital Electronics, Physics dan lain-lain.

Tak pandai math, kau tersungkur. Macam aku.

Kalau nak kira minat, aku lebih suka bidang kulinari sebab aku bekas pelajar vokasional aliran Katering. Memang niat aku nak belajar aliran Kulinari tapi aku tak dapat peluang macam kawan-kawan aku.

Kawan aku tuh... hmm.... dah habis dah Diploma Kulinari. Siapa tak jeles? Huhu.

Nasihat Kepada Pelajar Lepasan SPM. 

Oke. Aku tak layak sebenarnya nak bagi nasihat tapi orang tua-tua kata. " Orang lama ni dah makan garam".

Jadi, aku yang dah makan garam bukit ni nak bagi lah sedikit sebanyak nasihat untuk korang yang baru nak mengenal dunia sebenar kehidupan selepas persekolahan.

1. Selepas SPM, jangan bazir masa.

- Aku habis SPM tahun 2011. Sekarang sudah 2014. Hampir 3 tahun aku bazir hidup aku terumbang ambing. Kawan aku kat kolej lagi lah.. Dah umur 26 tahun baru ambik Diploma. Apabila aku tanya " Tak rasa rugi ka duk main-main selama ni?"

Dia kata " Rugi la jugak.."  See?

2. Selepas SPM, sambunglah belajar dalam bidang yang kita minat.

- Belajarlah benda yang kita minat. Apabila kita minat, kita makin suka buat benda tu. Cari jugak peluang untuk belajar benda yang kita minat selagi ia menguntungkan kita.

Dan cuba untuk tanam minat. Aku akui, tanpa minat kita tak rasa bersemangat nak buat benda tu.

Kesimpulan.

Aku tahu nak cakap apa. Aku rasa inilah takdir aku. Takdir untuk aku meniti di jalan ini. Aku percaya Allah swt tempatkan aku disini dengan sebab-sebab yang kukuh. Ada hikmah. Walaupun aku risau dengan pointer aku yang teruk ni tapi insyaAllah aku akan usaha untuk naikkan balik pointer aku.

Pasai apa kena naikkan pointer? Pasainya....kalau pointer bawah 1.7. Nanti kena tendang kolej. Cuba fikir..Siapa nak tanggung orang bodoh belajar? Hahaha.

Diploma ni senang sebenarnya sebab carry marks banyak yang backup kita. Yang jadi susah, kita malas.

Kalau nak bandingkan Diploma dan STPM, aku rasa Diploma senang. STPM pun senang. Semua benda kat dunia ni senang lah bro kalau kita rajin. Betul tak? Haha.

K lah. Umur makin meningkat, terasa rugi masa berlalu..

p/s: Ambiklah peluang yang ada.