Tersedar Selepas Bermimpi

" Eh! Bukan aku dah bangun ke tadi?" ujar aku di dalam hati sambil mengenyeh mata. Keadaan aku pada waktu itu masih mamai dengan air liur basi meleleh dibibir. Mulut terasa masin seperti masinnya garam. Selalunya,air liur ini membentuk peta di batal kesayanganku. Namun, hari ini tidak. Mungkin kerana proses mengeluarkan air liur dari usus ini terbantut.

" Aku rasa aku dah bangun laa..." fikirku sambil menggeliat meregangkan tubuh dek tidur di atas katil murahan. Barang kali,harus ku tukar katil bujang ini. Dulu, aku ada sebuah katil besar tetapi ku tukar dengan katil bujang kerana lebih selesa mata memandang. Mungkin kahwin nanti, harus ku tukar khas untuk malam pertama. 
" Huaarrh!!!!!!" aku menguap sendirian. Terasa sakit yang amat tubuh ini. Fikiran ku masih melayang. Masih terumbang-ambing bagaikan berada di dalam sebuah bola yang berpusing-pusing ditendang Ronaldo.

Dengan mengambil henpon yang terletak di bawah pahaku. Aku melihat jam yang menunjukkan " La,baru pukul 8! " Aku terdiam seketika. Mungkin tidak dapat menerima kenyataan bahawa jam sudah menunjukkan 8 pagi kerana sangkaan aku baru pukul 7. Ternyata sangkaan aku meleset.

Sambil memejamkan mata. Aku cuma mengingati kembali mimpi indah yang aku alami. Bak bagai orang bertakafur mencari Ilham.

" 5 minit berlalu..."

Aku masih dalam keadaan hati. " Cets! Syok-syok aku layan mimpi tadi. Tetiba pulak bangun... sepoil lah!" ngomel di dalam hati. 

Kebiasaannya pada hari-hari cuti sebegini,aku lebih gemar melayan mimpi namun entah kenapa hari ini tersedar dek teringatkan sesuatu. Ya! Mungkin ada tugas yang belum disempurnakan.

" Kemaskini blog..." barangkali,itu tugas yang belum disempurnakan.

" Mimpi tadi nan indah...ya. Seingat aku mimpi tadi seronok sekali.." aku masih cuba untuk mengingati mimpi yang ku alami.

Kadang-kadang aku hairan. Sedang saat puteri di dalam mimpiku mendekatiku. Secara tidak semena-menanya, aku tersedar.

" Kenapa? Kenapa? Kenapa?" aku masih tidak berpuas hati. Kemungkinan puteri itu malu dengan aku yang kacak ini. Mungkin juga.

1 comments so far

eeeeuuuuuuuuuuuu . HAHAHA


EmoticonEmoticon