Kopiah & Gelaran Ustaz

Assalamualaikum wbt.


Pernah tak apabila korang jalan-jalan di tempat awam,korang terlihat mereka yang berseluar slack hitam,berbaju kemeja licin dan berkopiah. Nampak sopan,tertib dan kemas. Kadang-kadang aku rasa cemburu melihat mereka. Mereka mampu berpakaian sedemikian sedangkan aku tidak. Apabila keluar rumah, bersih sahaja pakaiannya. Kopiah putih juga tidak lekang daripada kepala. Pernah dak terdetik dalam hati.


" Aku nak berubah gak ar...pakai macam depa ni."


Mesti pernah terniat bukan? Ada orang keluar rumah pakai baju t-shirt,seluar jeans  dan berselipar Levi's. Kononnya,ikut fesyen lah. Aku pula? Aku rilek je. Haha.


Macam ni ar rupa aku yang tak hensem ni keluar rumah. Tak ler pakai spek hitam tu tapi dengan berbaju sejuk di siang hari. Berlagak macam orang duk Australia. Sejuk gitu-gitu. Padahal panas nak mampus sekarang.


Pernah juga aku cuba berpakaian ala-ala Ustaz ni. Tahu mereka kata apa kat aku?


" Ostat!!!!!! Oh! Ostatttttttt!"


Mereka panggil aku Ustaz.  Merasakan diri ini tidak cukup ilmu,aku rasa merendah diri gak. Nanti tak pasal-pasal ada orang tanya aku bab agama. Mau merah muka nak menjawap.


" Ustaz Mirul, boleh ke bawak teman wanita naik kereta sekali pi jalan-jalan?"


" Boleh. Teman wanita awak duk kereta lain. Awak duk kereta lain. Kalau boleh, naik kereta api."  Mungkin ini jawapan aku. Woha!


Namun, stigma masyarakat kita yang mudah melabel orang yang berkopiah ni Ustaz kadang-kadang tidak bagus. Teringat lagi masa aku pakai kopiah puteh pergi sekolah. Ramai yang tanya aku.


" Apa kes pakai kopiah ni Mir?"


" Dok eh. Saja je..." jawap aku sambil senyum.


" Bakpo denga mung nih? Kurang tebiat ke?"


" Dok eh. Saja je.." balasku sambil buat-buat senyum.


Tidak dilupakan jugak yang tetiba baik,memberi salam serta bersalaman dengan aku. Ada seorang pelajar tuh.


" Assalamualiakum ya syeikh..." sambil menghulurkan tangan. Geng-geng dia pun turut join sekaki bersalaman dengan aku. Rasa macam orang femes pulak. Haha!

Sememangnya situasi ini wujud dan anak-anak muda sekarang malu nak pakai macam ni walaupun dalam diri mereka ni nak sangat-sangat pakai macam ni. Sebab daripada pakaian orang dapat nilai kita. Tapi yang paling penting,hati. Tetapkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt kerana sebaik-sebaik pakaian adalah TAKWA.

Jadi, tunggu apa lagi anak muda? Tak usah peduli tentang kata-kata orang lain. Meh berpakaian kemas dan berkopiah dimana-mana saja kerana saya yakin kau akan berasa malu kalau buat maksiat ketika mana kau berkopiah. Yang paling utama, Allah swt Maha Melihat.


Apa macam? Layak masuk Imam Muda tak? Haha. Pakai spek mata sebab silau dengan flash. Kalau tak pakai, inilah yang akan terjadi.


Muka macam mintak penampar ni. Abaikan saja tahap kedalaman lobang hidung ku. Mohon jangan bandingkan dengan keluasan hidung korang pulak. Tapi tak dapat menandingi wajah Ustaz Don lah. Akhir kata, buatlah kerana Allah swt bukan kerana pujian manusia. Tegurlah aku juga ye!


Ceritakan pengalaman korang. Pendapat ke?

4 comments

yang penting niat ^^
insyaallah, kalau niat kita betol, Allah swt akan mempermudahkannya :)

Benar kata cik Rongoks. InsyaAllah. :D

xpe kalau orang nak panggil "ustaz".. lagi ramai panggil mcm tu boleh jadi satu doa.. insyaAllah.. :)

Ye tak ye jugak. Boleh lah. Jadi Ustaz untuk si isteri nanti. Hehe. :)


EmoticonEmoticon