Saya rasa ibubapa saya menyewa rumah daripada sebelum saya lahir sampailah saya masuk Darjah 1 rasanya. Lama jugak. Hidup berpindah randah. Waktu tu,kira dalam plan nak buat rumah sendiri. 2002 ke 2003 siap rumah. Ke 2004. Lebih kurang macam tu lah.
Nak bagitahu kat sini, selepas ibu saya tamat pengajian di USM. Takda lah beliau terus dapat tanah, dapat rumah, dapat kereta. Itupun masa saya kecil ayah saya ada motor Ex5 utk pergi kerja. Duk rumah sewa. Dan sedikit demi sedikit beli Proton Saga lama. Kemudian, jual Proton Saga lama tu untuk buat rumah. Gaji askar dan cikgu masa tu bukan banyak mana pun.
Kami bukan org senang, arwah atok nenek sebelah ayah penoreh. Sebelah ibu pun lebih kurg sama.
Tapi nak cerita, nak dapat sesuatu tu kena berkorban. Hari ni, kita Generasi Y bersungut lepas tamat pengajian takleh beli rumah, takleh beli kereta,kena sewa rumah lah, takda kerja, gaji sikit, kerajaan tak bantu,bla..bla..bla.
Namun, usaha tidak gigih. Macam mana nak maju? Semua salah kerajaan. (Salah tu mmg ada!)
Apapun, terima kasih ibu ayah kerana menyediakan tempat berteduh utk kami adik beradik.
2 comments
Kita generasi Y kena berusaha. Perlahan-lahan kita kayuh kehidupan ini.
Kita tak boleh harap orang lain, semua atas diri kita. kan?
blogwalking sini dan follow..
EmoticonEmoticon