Bismillah.
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar wahai pembaca yang budiman?
Baiklah.
Kali ini, aku hendak bercerita tentang halatuju selepas sekolah menengah.
Tak lama lagi nak SPM kan? Jadi, ramai lah pelajar-pelajar yang duk fikir kat mana aku nak sambung belajar. Apa aku nak jadi nanti dan macam-macam lah. Kadang-kadang, ada yang kata “ Ikutlah, kat mana2 pun tak apa…”
Kalau ikutlah pengalaman aku. Selepas sekolah menengah. Aku mengalami dua fasa dalam menempuh perjalanan menuntut ilmu.
Selepas tamat spm, aku bekerja sekejap untuk isi poket yang kekeringan ini. Apabila tiba waktu keputusan UPU dikeluarkan. Untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, aku gagal. Cuma, aku dapat tawaran kemasukan ke Politeknik.
Walaupun aku ini berlatarkan Sekolah Vokasional dalam bidang Katering. Tetapi, masa dapat tawaran Politeknik dalam bidang elektrik. Aku macam tak berminat. Entah lah.
Jadi, medan ilmu manakah yg aku pilih?
Pertama: Tingkatan 6 Sistem Modular.
Alhamdulillah. Secara jujurnya aku nak bagitahu bahawasanya pengajian ataupun subjek tingkatan 6 Sistem Modular ini tidaklah begitu susah. Pada penggal pertama lah kerana semalas-malas aku ini, aku dapat markah 3.00 untuk dua subjek. Dua subjek lagi, korang jangan tanya. Hehe.
Walaupun sekejap sahaja aku berada dalam sistem pengajian tingkatan 6 ini. Apa yang aku dapat simpulkan ialah, bagi mereka yang rajin. Tingkatan 6 adalah pilihan yg bijak.
Kerana; 1. Pengajian yang singkat. 2. Menjimatkan kos pengajian. 3. Mematangkan.
Aku nak cerita lebih lanjut pun tak pandai. Korang kena rasa sendiri. Tak susah dan tak mudah. Bak kata guru aku “ Kalau kita ni jenis malas, kat mana-mana pun sama” Tak gitu?
Bukan tempat yg menjadi masalah. Tetapi diri kita.
Kedua : Sistem Pendidikan Pondok.
Alhamdulillah. Mungkin sebab yang berlaku ketika di tingkatan 6 membuatkan diri aku perlu mencari ilmu ugama. Bagi aku, sistem pendidikan pondok adalah yang terbaik.
Tak semestinya masuk pondok ni nak jadi ustaz. Nasihat aku, kan selepas SPM ada masa dan ruang yang terluang. Jadi, isikan waktu ini dengan mempelajari ilmu ugama. Sebab apa?
Sebabnya, kalau korang dah tekad utk belajar di IPTA dan di tempat yang jauh daripada keluarga. Ilmu ugama ini sangat penting.
Terutama bab akidah.
Sebelum kita belajar ilmu dunia ini, teramat elok kalau kita lepas dulu ilmu fardhu ain. Walaupun tak faham sehabuk pun masa masuk pondok ni. InsyaAllah, Allah swt yg bagi kita faham.
Kesimpulannya, dua peringkat yang aku alami selepas sekolah menengah. Pertama, belajar tingkatan 6. Kedua, belajar di pondok sampai sekarang.
Kalau hendak bercakap soal keadaan ataupun suasana belajar antara dua tempat ini, sangatlah berbeza. Ya, jauh berbeza.
Yang pasti, di pondok ini kiita akan jumpa ketenangan.
Jadi, nasihat aku kepada adik-adik lepasan spm/pmr/upsr. Sekiranya ada waktu yang terluang, gunakan masa itu untuk dalami atau memperkukuhkan ilmu ugama. Begitu juga dengan ibubapa. Didik anak-anak dengan ilmu ugama, jangan biarkan apabila mereka dewasa, baru mereka nak kenal ugama. Nanti susah liku2 hidup mereka.
Sebab utama aku tak melanjutkan pengajian di institusi awam atau swasta adalah kerana aku belum bersedia daripada segi jasmani dan rohani.
Kalau korang dah sedia, bertebaranlah di bumi. Jangan lupakan Allah swt. Yang penting, dalam menuntut ilmu, berkat yg kita cari.
Semoga bermanfaat.
Ikhlas daripada Abe Mirul.
Halatuju kita akhirat di sana,
Dunia cuma alat.
Gunakan sebaik mungkin.
3 comments
bismillah,
teruskan pengajian anda. pesanan untuk diri saya juga,
Tingkatan 6 memang merupakan satu cabang untuk meneruskan pengajian dan pondok juga satu cabang pengajian, masalah sekarang org membuatkan pengajian di pondok ini seperti tempat 2nd class, bila tak boleh jer nak belajar di sekolah harian biasa, ibu-bapa akan bg pilihan ke pondok. Persepsi ini silap.
Pengajian pondok sepatutnya dipandang sebagai penmgajian 1st class
Benar saudara.
Sebab itu saya katakan, ibubapa kena didik anak-anak sejak kecil. Apabila besar nanti, susah liku2 mereka jika tidak ada asas ugama.
Mungkin perjalanan setiap manusia itu berbeza.
Bak kata guru saya " Yg pandai mengaji kat U, yg bermasalah hantar kat pondok.." Hehe.
Tetapi itulah, walaupun bermasalah. Apabila ke pondok, insyaAllah. Jadi baik.
Salam ukhwah. :)
Adik belajar kat seklh pondok mana?
EmoticonEmoticon