Susah Nak Tidur Malam

Aku tak tahu lah. Sejak kebelakangan ni, aku susah sangat nak tidur malam. Aku sendiri tak tahu nak buat apa malam-malam ni.

Asyik duk layan laptop dan internet je. Tapi, takda apa-apa pun sebab duk tengok facebook, layan forum dan kadang-kadang layan game. Tak lebih kurang juga, termenung. Nak kata aku dah gila, hish. Mintak jauh-jauh lah ye.

Perkara ni kadang-kadang buat aku tertekan pun  ada. Haha.

Iyalah kan, cuba bayangkan kalau dah nak subuh baru mata boleh terlelap. Kadang-kadang selepas subuh. Jadi, bila tidur waktu macam ni, waktu matahari terpacak baru nak bangun.

Sebenarnya, bahaya juga kalau tak boleh tidur malam ni, kan? Sebab aku ada baca la kat mana entah. Dimana badan kita ni memang kena tidur malam, kalau tidur siang hari ni dan berjaga malam. Ia akan membuatkan sistem badan kita jadi lesu, letih, tak bermaya. Takda tenaga.

Tapi, betul jugak kan?

Apabila kita tak tidur malam tapi duk tidur siang maka terbaliklah proses kehidupan kita. Kita ni manusia, bukannya kelawar. Haha.

….nak buat macam mana kan? Payah tabiat ni. Lebih-lebih lagi kalau ada internet.

Hmm….. Seolah-olah aku ni terlalu takut untuk tidur.
Korang pun ada masalah yg sama ke?

Nota kaki: Layan game Modern Warfare 3 pun tak habis lagi…


EmoticonEmoticon