Usia remaja ini adalah usi keemasan. Ketika inilah kita ada kekuatan, ada tenaga, ada kreativiti, ada semangat dan sebagainya. Cuma takda satu sahaja. DUIT. Ini masalahnya.
Usia remaja ni perlu dihargai sebab masa yang lampau takkan kembali. Masa inilah kita nak gunakan dengan sebaik mungkin. Ketika inilah kita nak rancang halatuju hidup kita.
Takkanlah kita nak bergantung kepada ibubapa kita lagi,kan? Takkan lah makan minum ibubapa nak tanggung? Spender pun ibubapa belikan lagi? Umur dah meningkat. Dah makin tua. Dah boleh berdikari.
Persoalannya, siapakah remaja atau dikenali sebagai belia ini?
BeliaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Belia ialah fasa di antara kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" sering ditukar ganti dengan "remaja" dan "pemuda", selalunya mempunyai erti yang sama, cuma sekali-sekala dibezakan. Golongan ini merupakan teras penting yang menggambarkan kewujudan negara pada masa akan datang.
Had usiaUsia di mana seseorang itu dianggap "belia" berbeza-beza di seluruh dunia:Belia... mereka di antara umur 15 dan 24 tahun. - Perhimpunan Agung PBB[1]Waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25. - Bank Dunia.[2]Program Belia Komanwel bekerja bersama "orang muda (berumur 15-29)."[3]
Jadi, sesiapa yang berumur di antara 16 tahun hingga 24 tahun. Boleh dipanggil remaja. Kalau umur 40? Boleh la, walaupun anak dah berderet. Hehe!
Maka, waktu ini adalah waktu penting untuk kita rancang kehidupan kita.
Rancang kehidupan kita bermula di sekolah menengah lagi. Tetapi saya yakin, semasa di sekolah menengah. Mana ada fikir sangat nak rancang kehidupan ini,kan? Lebih kepada nak main je.
Pertama sekali.
1. Jaga hubungan dengan Allah swt.
Seandainya hubungan kita dengan Allah swt teguh. Keyakinan kita terhadap Allah swt kuat. Maka, bertebaran lah di bumi. Nescaya kita akan berjaya. Tetapi jika kita lalai, jauh daripadaNya. Sukar untuk kita berjaya kerana hati tidak akan tenang.
Firman Allah SWT, Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah, hati menjadi tenteram. (Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Jangan sesekali tinggalkan Allah swt..
2. Jaga hubungan dengan ibubapa dan ahli keluarga.
" Dan tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)." Surah Al-Israa' (ayat 23).
Selama ini, ibubapa lah yang banyak bagi dorongan kat kita. Jaga hubungan dengan mereka kerana keberkataan hidup kita ada pada mereka. Keberkataan? Itulah yang kita cari. Apa guna hidup kaya raya tetapi hubungan dengan ibubapa? Kita berpecah belah.
Sayangi mereka. Tidak lupa juga adik beradik, sejahat-jahat mana adik beradik kita. Mereka tetap darah daging kita. Seburuk mana pun mereka, sehina mana pun mereka, sebodoh mana pun mereka,mereka tetap ahli keluarga kita.
Mungkin dulu kita selalu bergaduh dengan adik-beradik semasa kecik. Lupakan, sebab mak saya selalu pesan " Masa kecik jah duk sekali. Time besar gak, tak berjumpa dah.."
3. Rancang pendidikan anda.
Ini bahagian yang paling penting.
Korang nak belajar apa? Kerja apa? Jadi apa? Semua itu perlukan perancangan.
Ramai yang tak sambung belajar dan kerja selepas SPM sebab tidak mampu merancang untuk sambung belajar dimana. Tak rancang untuk merebut peluang pendidikan yg ada.
Saya rasa, banyak instutisi yang menyediakan pentas untuk anak muda kita melanjutkan pelajaran. Bodoh tak apa, jangan kurang ajar. Haha.
- Giatmara.((klik utk mohon)
- Jabatan Pertanian
- Kolej Kemahiran Tinggi Teknologi Mara.(klik utk mohon. Tarikh tutup 4 Oktober)
- Kolej Poly-tech Mara
- Institut Kemahiran Mata.
- Madrasah/Pondok
- dan lain-lain.
Senarai yang saya letak di atas adalah satu medium untuk anak muda kita yang minat kepada kemahiran. Mungkin kita, orang lelaki ni tak sebijak macam perempuan yang boleh hafal macam-macam. Kita lelaki lebih kepada kemahiran. Jadi, manfaatkan!
Rancang kehidupan kita, kalau tak dapat masuk Universiti Awam yang GAH. Kita kena ada rancangan lain. Seperti masuk ke memohon ke tempat yg saya senaraikan di atas.
Kolej swasta macam mana pula?
Bagi saya, kalau korang mampu. Korang masuk lah. Saya tak mampu. Sebab institusi yg saya senaraikan di atas itu mampu kita pergi dengan kos yang rendah. Maklumlah, saya cuba nak elakkan berhutang dalam pendidikan. Mungkin Kolej Swaste ini jalan yang terakhir.
4. Nak kerja terus?
Boleh! Tak semestinya kalau nak berjaya mesti masuk Universiti,kan? Kalau kerja awal pun boleh juga berjaya. Asalkan halal dan berkat.
Sebab ramai usahawan yang berjaya tanpa melangkah kaki ke Universiti. Cuma yg mereka ada adalah keazaman.
Nak kerja kena ada kemahiran,ada kreativti dan kesabaran. Saya cadangkan berniaga. InsyaAllah. Kerana rezeki itu Allah swt yang jamin.
Boleh juga mohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia untuk kerja dalam sektor awam.
Kesimpulan.
Semoga kalian mendapat manfaat. Jangan terlalu buangkan masa remaja anda macam saya ni ha. Kelak menyesal tak berlagu. Masa muda inilah kita nak rancang itu ini. Tetapi kita sebagai manusia mesti ada silap dan salah.
Barang semakin mahal. Anak dara pun dah mahal. Serba serbi mahal lah. Takkan kita nak bergantung dengan orang lain lagi kan?
Barang semakin mahal. Anak dara pun dah mahal. Serba serbi mahal lah. Takkan kita nak bergantung dengan orang lain lagi kan?
Tak apa, kita berubah. Yang penting kita punya keazaman sebab hidup ni sekejap je.
Semoga Allah swt memberikan kita kekuatan untuk menempuhi dugaanNya di bumi ini.
Semoga kita berjaya di dunia dan akhirat!
Assalamualaikum.
"Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang"
2 comments
Kita banyak buang masa masa muda,
Sebab kita takda pengalaman.
Bila ada pengalaman, kita rasa kita perlu tunjukkan jalan.
Agar mereka yg dibawah kita dapat realisasikan apa yg kita gagal.
Kita merancang, Allah yang menentukan. Sebaik2 perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Kalau dah rancang, istikharah, doa dan tawakal tapi masih lagi belum berjaya seperti kita inginkan, redho je la. Mungkin itu yang terbaik buat kita.
Anak dara mahal? hahahaha.. kumpul duit siap2. itu juga satu perancangan jangka panjang. seawal darjah 4 dah kena simpan duit untuk kawin kata Ustaz Badlishah.
EmoticonEmoticon