Dulu Minat Menulis Blog, Sekarang? Hmm...


Aku mula blogging ni kalau tak silap tahun 2010. Masa tu kot. Tetapi aku dah buat blog tahun 2008. Hebat tak? Haha. Lama tu. Cuma masa tu baru nak kenal binatang apakah blog ini? Haha.

Pada tahun 2008 tu, memang huduh giler lah paparan blogspot ni.  Selepas saja-saja cuba buat blog, aku tak peduli mana la sebab masa itu untuk dapat rangkaian internet susah. Aku duk kampung.

Tetapi apabila aku pindah ke Kuching,Sarawak. Aku mula menulis blog. Blog pertama aku buat namanya " Amir Izzat". Korang boleh cari kat google, nanti jumpa lah. Blog tu tak aktif dah sebab masalah teknikal. Bagi aku, banyak kenangan manis aku kat blog ni. Serius, aku rasa itu kot pengalaman terindah. Cewah! Haha!

Blogging ni seronok. Ada ramai kawan. Boleh kenal ramai orang. Ada pertandingan bagai. Tak silap dulu, ada Anugerah-anugerah. Memang meriah. 

Tetapi dulu lain, sekarang lain. Berapa tahun dah berlalu. Sekarang, blogger yang cun dan hensem je terkenal. Blogger macam aku ni, gigit kuku lah. Haha.

Dulu ada Geng Blogger. Kat sini lah kami sembang-sembang. Seronok lah.

Blogger-blogger otai pun selalu jugak singgah blog " Amir Izzat" aku tu. Selalu ea? Haha.

Takda la selalu tetapi ada. Blogger otai memang mesra alam. Aku dah tak ingat dah nama blogger tu. Yg pasti, ada blogger seangkatan dengan aku dah berjaya. Blog pun dah maju. Duit pun makin bertambah. Muka senyum je memanjang.

Aku? Aku tetap disini. Duk menanti duit Nuffnang 6 bulan sekali. Boleh la RM50 buat beli apa-apa yang patut.

Apa yang aku nak bagitahu, dulu lain. Sekarang lain. Zaman dah berubah. Hidup ini mengajar kita untuk berdikari. Tak semua benda akan kekal. Pasti akan hilang.

Saat ini, aku belajar untuk menghargai kerana jika laptop rosak dan anda tidak ingat password email dan blog. Maka, menangis lah tak berlagu macam aku ni.

Aku masih minat menulis tetapi tak macam dulu sebab aku rasa keseorangan. Hmm...Aku cuba nak cari kebahagian dan keghairah menulis blog macam dulu tetapi tak dapat..aku tak dapat rasa...

Tetapi, hidup harus diteruskan. Semoga korang dan aku berjaya dunia akhirat.

p/s: Password blog/email tu, jangan lupa salin atas kertas. Otak kita ni, kadang-kadang ada tarikh luput. Hehe. :)


EmoticonEmoticon