Mari Menjadi Remaja Yang Matang





Aku remaja yang meningkat dewasa,
Banyak yang aku  harus tempuhi,
Namun, ada remaja seperti aku masih kebudak-budakkan,
Gusar memikir,apakah yang bermain di minda mereka?
Seolah-olah mereka tiada matlamat.

Apabila berbicara soal matang. Banyak definisi yang mentakrif atau menerangkan maksud matang.

Namun,saya mengambil salah satunya yang menyatakan bahawa matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan dengan akhirat.

Persoalan saya.

Adakah remaja pada masa kini semakin matang berdasarkan takrifan matang di atas?

Dalam soal remaja.

Adakah makna matang pada masa kini ialah apabila seorang remaja itu belajar bersungguh-sungguh lantas mendapat 10A dan mendapat pekerjaan yang sempurna?

Adakah remaja yang matang itu seorang yang mampu berdikari dimana-mana sahaja serta mempunyai tingkahlaku yang sopan?

Saya masih ingat ayat seorang cikgu saya dahulu apabila kami bising atau dalam loghat Kelantan cakap "BBUAK!" di dalam kelas.


" Awak semua ni, umur sudah 16 tahun tetapi masih tidak matang........" sambil menggelengkan kepala ke kiri dan kanan. Selepas itu,ke kanan dan ke kiri. Naik pusing kami melihatnya. 


Sejujurnya saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang yang matang sehingga saya rasakan kehidupan saya tidak sama dengan remaja lain.

Sejak dari itu saya cuba untuk menjadi seorang yang matang.

Apabila berada di dalam kelas,saya cuba untuk tidak berkelakuan menganggu suasana yakni berbuat bising.

Apabila berbicara,saya lebih suka bercakap benda yang perlu.

Apabila berjumpa dengan kawan-kawan ayah, saya hanya mendiamkan diri dan selalunya ayah lah yang menjawap soalan-soalan tentang diri saya.



" Anak ni sekolah kat mana??"

" Hurm.........."  saya hanya mampu berdiam diri mungkin kerana pemalu. :)

Apabila berbicara dengan rakan-rakan yang sebaya,saya rasakan saya ini tidak matang kerana mereka tampak matang pada dasarnya.

Apabila pergi kemana-mana sahaja, saya cuba untuk menjadi seorang yang matang.

Namun, adakah ia melambangkan bahawa saya ini sudah matang?

Dan, adakah kita semua ini sudah matang?

Justeru itu,marilah kita merenung kembali takrifan matang seorang saudara yang amat saya kagumi bernama Hilal Asyaf. 


Matang ini adalah apabila seseorang itu mampu mengaitkan kehidupannya dengan dengan akhirat.

Wahai sahabatku sekalian,

Adakah kita ini sudah tahu matlamat dan arah tuju kita dalam kehidupan ini? Dalam buku Langit Ilahi " Tuhan tidak lupakan kita" karya Hilal Asyraf menyatakan bahawa kehidupan ini adalah satu anugerah Allah swt kepada kita.

Ya! Hidup ini adalah anugerah! Tetapi berapa ramaikan di kalangan kita yang menganggap hidup ini satu anugerah?



JOM JADI REMAJA YANG HEBAT!


Hari ini remaja kita semakin hilang arah. Hidup penuh dengan hiburan. Tiada matlamat. Seoalah-olah hidup ini hanya untuk bersuka ria. Jumpa perempuan, ajak berpasangan. Khawinnya tidak.

Jumpa lelaki, mula lah menggatal.
Aurat terdedah sana sini.

Hiburan menjadi agenda utama.
Maruah agama tidak dipedulikan.

Hal ini menunjukkan mereka tidak kisah tentang perkara sekeliling. Remaja hari ini berada dalam dunia mereka yang lagha.

Ingatlah wahai sahabatku yang dikasihi Allah swt sekalian.

Setiap yang bernafas itu pasti akan mati. Maka, mahukah kita mati dalam keadaan yang hina dan tidak bermakna?

Oleh itu, mari kita tetapkan matlamat dan perjuangan. Mari kita menjadi remaja yang hebat! Mari kita menjadi hamba Allah yang sentiasa berada di jalannya. Mari kita bangkit menentang segala kemungkaran!


Mari kita ubah gaya hidup kita.
Mari kita ubah cara berpakaian kita.
Mari kita ubah cara pergaulan kita.
Mari kita ubah cara pemikiran kita.
Mari kita ubah hati kita.


Kerana yang membentuk diri kita ialah HATI. Jika hati itu hitam,maka rosaklah kita dan ubatilah dia dengan Al-Quran.

Mungkin hari ini kita remaja biasa tetapi pada masa hadapan. Kitalah yang akan memerintah negara! Kita yang akan menerajui kepimpinan negara! Kita adalah khalifah yang diamanahkan oleh Allah swt! Maka,kita harus bangkit dengan Islam.


Marilah kita mencontohi pemuda seperti Saidina Ali! Seperti Saidina Umar-Al Khatab! Seperti Saidina Uthman Bin Affan! Seperti Saidina Hamzah,singa Allah! Mari kita bangkitkan empayar Islam! 

Mari kita letakkan Islam di hati kita. Mari kita semaikan semangat seperti para sahabat Nabi saw yang tidak pernah gentar memerangi musuh Allah seperti dalam peperangan Badar!

Marilah bersama -sama dalam perjuangan ini.

Kerana apa?

Kerana redha Allah swt yang kita cari. 

" Hidup ini satu ibadah.."

Tetapi, bagaimanakah cara untuk kita kecapi perkara ini?


Hanya satu sahaja caranya iaitu MENUNTUT ILMU!

Marilah sama-sama kita mendalami ilmu supaya kita menjadi remaja yang berguna kerana untuk dapatkan dunia,kita perlukan ilmu dan untuk dapat akhirat juga,kita perlukan ilmu.

Wallahualam.

Nota: Hamba memohon maaf andai terkhilaf, tegurlah hamba dalam bahasa yang indah.

Selingan: Jom baca artikel langit ilahi mengenai Remaja Harapan.

5 comments

Subhanallah.. perkongsian yg berguna.. InsyaAllah..

Terima kasih. Satu artikel yang berkesan. Perkongsian yang boleh menjadikan pembacanya lebih berinovasi. Kalau didedahkan kepada umum, saya pasti yang remaja kita sekarang akan menjadi penggerak bangsa ke arah menjayakan visi 2020 dan menjadi pemacu negara ke arah kemajuan.

Entry yang baik. Semoga generasi akan datang lebih bermanfaat.

Subhanallah...syukran di atas perkongsian ini..
Mari kita menjadi remaja yang hebat!

ceq taktau nak kata apa dah.. terbaik laa sebab ceq pun umo 16 tapi dalam kelas mengalahkan budak .. harap-ii lah ceq boleh berubah jadi yang lebih baik .. Amin .. Dengan izin Allah S.W.T


EmoticonEmoticon