Cara Positif Aku Menghadapi Stress Melampau

Cara Positif Aku Menghadapi Stress Melampau
Kita sebagai remaja ni kadang-kadang tersilap langkah. Biasa la. Umur masih muda. Banyak lagi yang kita perlu belajar. Dan semestinya kita juga harus belajar cara nak menghadapi stress yang melampau. Punca stress ni banyak? Kadang-kadang berpunca kat kita jugak.

Cara nak hadapi stress ni banyak. Ada yg pilih cara negatif, sebab itu ada yang makan dadah. Ada yang pilih jalan positif, alhamdulillah. Duk singgah masjid sokmo si pulan itu.

Jadi, apa cara aku untuk hadapi stress melampau?

1) Dekatkan diri kepada Tuhan yg Esa.

Allahurabbi. Bagi aku, tempat hakiki untuk kita mengadu ialah kepada Allah swt. Allah swt Maha Mendengar segala rintihan hamba. Mudah ja cara ni.

a) Pi ambik wuduk.

b) Hamparkan sejadah.

c) Buat solat taubat, solat hajat.

d) Merintih lah sepuas-puasnya kepada Allah swt.

Mengadu lah pada Allah swt. Keluarkan airmata sebanyak mungkin. Serius, kita akan rasa lega. Kalau hutang banyak, bagitahu Allah. Exam asyik failed, bagitahu Allah swt. Dekatkan diri kita kepada Allah swt. Rasa dan selami perasaan jadi hamba. Allahuakbar. Nikmatnya ketenangan yg kita akan rasa nanti.

2) Istighfar dan berzikir dan baca Alquran

Istighfar ini tanda kita memohon keampunan kepada Allah swt. Zikir pula dapat menenangkan hati. Duk sorang-sorang dalam bilik. Kita berzikir berselawat. Masa balik kelas, berzikir dan berselawat. Jaga amalan ni. InsyaAllah. Segala urusan kita pun lancar dan tak stress. Hebat kuasa zikir ni tau..

Satu lagi, Alquran jangan sesekali kita tinggal. Alquran ni dapat beri kita keinsafan dan kesedaran. Baca dan selami maksudnya. Banyak lagi rahsia dalam alquran ni.

4) Blogging.

Dulu masa aku mula-mula terjebak dengan dunia blogger ni. Aku suka menulis apabila aku bosan dan stress. Seolah-olah aku dapat kongsikan apa yg aku rasa dengan pembaca. ( Walaupun takda orang baca blog aku. haha :p ) . Blogging adalah hobi aku. Mungkin bagi orang lain , mereka akan bersukan, bersenam, bermain bola sepak dan sebagainya untuk menghilangkan tekanan yg melanda. kan?

5) Membaca apa sahaja.

Aku sebenarnya minat membaca. Tak kiralah sama ada buku atau blog. Janji menarik dan padat. Tapi sekarang dah kurang minat membaca. Tak tahu lah kenapa. Stress sangat kot..

Tapi itu lah. Setiap orang dia ada cara masing-masing. Apa yang penting, elakkan cara negatif dalam menghadapi stress.

Bukan apa, zaman sekarang ni ramai yang tak fikir panjang. Terus ambik dadah, merempit dan sebagainya.

Nanti, siapa yg rugi?


Kita jugak.

Korang pulak? Apa yg korang buat?


EmoticonEmoticon