Hidup Tanpa Facebook



Kelihatan seorang jejaka sedang baru sahaja terbangun dari tidur. 


" Huaarrrhhhh!!!!!!!!!!! Haktuih!" kedengaran suara yang menguap. Mulut penuh dengan air liur basi. Apatah lagi di bantalnya. Dengan keadaan tidak mandi dan berbau hapak itu. Maka, dia mencari latopnya yang terletak di atas meja.

" Agak-agaknya ada apa yang berlaku dalam facebook ya? Mungkin ada orang rindukan aku.." fikir jejaka itu kerana semalaman dia menghadap facebook. Makan dan minum di depan facebook. Aktiviti riadah juga di depan facebook. Seoalah-olah kebergantungan hidup dia hanya pada facebook. Tanpa facebook,dia akan menjadi tidak keruan. Mungkin jika dibagi sepak terajang se-das dua baru dia akan sedar bahawa facebook sebenarnya KOSONG!

Teringat pula lagu Kosong nyanyian Najwa Latif "Membuatkan ku rasa kosong..kosong..kosong.."

Hidup tak sah apabila tidak ada facebook walaupun pada realitinya facebook ini tidak membawa apa-apa kebaikan jika hanya menghadapnya 24 jam kali sehari. Mungkin spesis yang menghadap 24 jam ni spesis yang tiada kehidupan. Bangang barangkali.

" Lu apahal der kata-kata gua bangang? Kan gua sepak kan? Nak?" terasa makcik sebelah yang ketagih facebook. Masak pun dalam facebook. Apa nak jadi daa. Aku hanya mampu menggeleng kepala lutut.

Ada yang beranggapan facebook ini macam peduli dekat dia dengan mengemaskini statusnya seperti;

" Hari ini aku lapar laaa..." 

" Naxs tawsx taxs tdxs kans bie kitew wakxs ktews jlz-jlz mkawn anginws! Siapx bg kixs lg. Haha" - susah juga menaip bahasa alien ni.Dimanakah mereka belajar ye?

Justeru itu,aku tekad untuk mengubah gaya hidup aku tanpa facebook. Kerana,jika aku buka facebook maka tingkahlaku jejaka seperti aku adalah mengushar aweks-aweks yang panas bak goreng pisang Mak Kiah Janda.

Maka, bermulalah hari dimana hidup tanpa facebook.

Bermula daripada pagi hinggalah petang hidup aku penuh bermakna. Solat berjemaah di masjid mampu aku ikut walhal sebelum ini agak liat. Mungkin syaitan banyak bertaut di laptop aku.

Aktiviti riadah aku banyak diisi dengan membaca buku walaupun sebelum ini aku sibuk membaca status orang yang entah apa-apa.

Makan minum aku menjadi lebih bermakna sambil menonton drama Korea di TV2.

Erti kata lain, hidup tanpa facebook membuatkan aku lebih bahagia.

" Oh! Seperti berada di awan-awangan...."

Tidak percaya? Cubalah.

Pengajaran yang aku dapat daripada facebook adalah banyak yang buruk daripada baik. 

" Lu pernah tengok gambar awek-awek seksi post gambar?" ujar Mamat Pe'ah.

Pernah. Tertengok.

" Lu pernah tengok profil awek-awek seksi asyik beriklan di sebelah kanan paparan facebook. Lu pernah klik?" tanya Pa'An kawan Pe'ah.

Pernah. Terklik.

" Habis tu,gua tengok lu asyik post ilmu-limu agama tu kenapa?"

Oh! Dah tanggungjawap gua sebagai seorang Muslim menyebarkan kebenaran hatta gua jahat tahap cipanzi sekalipun. Kau ada? 

Sebenarnya,aku hairan. Iklan-iklan seksi-seksi sambil menunjukkan buah dada ini semakin kerap di facebook. Adakah iklan-iklan ini hanya dipromosikan kepada kaum-kaum Adam seperti aku?

Apakah tujuan pencipta facebook berbuat sedemikian? 

Untuk aku menaikkan nafsu syahwatku?

Adakah supaya aku berkahwin dengan perempuan itu? - Mark oh mark.

Yang lagi pelik,budak-budak Melayu zaman sekarang.

" Lu letak gambar lu sambil nampak buah dada sejemput tu,gua tak hairan la.Ada yang lagi besar. Lepas tu,lu tunjuk gambar kemesraaan lu dengan pakwe lu. Apa kejadahnya? Nak suruh gua dengki ke? Gua tak dengki la setakat aweks pasar malam macam tu yang mudah ditugar ganti gua boleh dapat yang lagi baru dan segar lah untuk buat bini. Baik lu bertaubat. GUa takut Mark Zuckerberg tengok gambar lu nanti. Dia pun muntah.. Huahaha!" marah Pa'An dan Pe'Ah. 

Sabar Pa'An..sabar Pe'Ah. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang penting,aku nak layan facebook dulu. Babai!


EmoticonEmoticon