Jenama Buku Rujukan STPM Yang Manakah Bagus?



Sedang aku membelek-belek buku di Kedai Buku Syarikat Muda Osman semalam. Aku menjadi rambang mata.


Pengeluar buku rujukan yang bernama Longman,Oxford Fajar ,Ilmu Bakti dan Pelangi membuatkan aku keliru. Yang manakah bagus antara jenama-jenama tersebut?


Ada yang kata...

Longman bagus. Sebab apa bagus? Sebab isinya padat,mudah difahami dan ringkas.

Ada yang kata..

Oxford Fajar bagus. Sebab apa bagus? Sebab murah dan senang jugak nak faham.

Ada yang kata..

Ilmu bakti bagus. Sebab apa? Aku pun tak tahu.

Ada yang kata..

Pelangi tak bagus. Sebab apa? Sebab isinya meleret.

Macam-macam pandangan orang ni. Kebanyakannya kata, Longman dan Oxford Fajar bagus mengikut subjek. Ada yang isinya padat pada sesetengah subjek dan mudah difahami. Ada yang tidak.

Lagipun, harga jenama buku seperti Pelangi,Oxford Fajar dan Ilmu Bakti amat murah berbanding jenama buku rujukan Longman. Harga jauh berbeza. Isinya bagaimana pula?

Pendapat aku pula. Aku lebih suka Longman sebab..

1. Kulit buku menarik. Haha.
2. Isinya nampak padat ada penjelasan yang padat.
3. Ada soalan-soalan contoh.

Erti kata lain, aku lebih suka pada Longman. Walaupun agak mahal,tetapi apakan daya. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. Terpaksa la aku keluarkan duit untuk membeli satu buku rujukan Longman Pengajian Am Penggal satu. Harga sebenar RM34.90. Selepas diskaun sebagai ahli,aku dapat RM31.49 tak silap la. Diskaun 10%.

Jadi,apa kata pandangan kerana sebenarnya aku masih keliru antara jenama-jenama tersebut? Takut beli yang itu kan rugi. Iyalah...banyak buku yang perlu dibeli. Tersalah beli, pedih la dompet. Haha!

2 comments

bagi ikaa Oxford Fajar lgi bgus, sbb penerangan dia terbuka luas, mudah nak faham & bayang, kebnyakkan buku yg ikaa guna time form6 dlu Oxford fajar. mmg berbaloi, alhamdulillah, dapat result mnarik :)

Longman bagus...isi boleh diterima akal, tepat dan padat..
Mahal...untuk buku dan ilmu tiada istilah mahal bro..

dulu "kakak" guna buku rujukan Longman masa study form 6..nak tak?? "kakak bagi discount 55% dr harga asal..harga boleh runding..hahahakkk..~just kidding~


EmoticonEmoticon