Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah. Hari ni aku masih hidup dan bernafas untuk meneruskan syariat Islam ini. InsyaAllah,aku akan berusaha untuk menyebarkan agama Islam.
Sudah 3 hari tidak silap aku,aku membaca dan memahaminya. Ayatnya tersangat indah dan mempersonakan. Selama ini aku membacanya tanpa mengetahui makna. Tetapi lagi bagus kalau kita baca dan memahaminya,kan? Apabila baca dan faham maka kecintaan kita terhadapnya semakin hari semakin bertambah maka kita akan sentiasa merindui untuk membacanya.
Maka, sementelah pulang dari solat Zohor di Masjid Ismail Petra. Aku terus mengambilnya yang terletak dalam almari buku dan membawanya terus ke bilik.
" Apakah kitab yang aku baca?"
" Itulah dia kitab Al-Quran,tafsir Al-Quran Per-Kata, Tajiwd Kode Angka, Al Hidayah"
Aku bukak muka surat hadapan dan mula membaca ayat pembuka yang nan indah. Ayat ini membuatkan aku semakin mahu dekat kepada-Nya kerana Dia lah pemilik yang berkuasa semesta sekian alam. Itulah dia surah Al-Fatihah. Ibu segala ayat.
Kemudian aku meneruskan pembacaan membaca surah Al-Baqarah. Tujuan aku hanya untuk menghafal dan memahami ayat tersebut. Alhamdulillah. Allah swt Maha Berkehendak. Aku ingat sikit-sikit. InsyaAllah,aku akan terus berusaha.
Namun,apa yang hendak aku gambarkan ialah perasaan aku ketika membaca kalam Allah swt ini. Perasaan aku sangat tenang. Tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air." Baginda s.a.w. ditanya, "Ya Rasulullah, apakah penggilapnya?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Banyak ingatkan maut dan
membaca al-Quran."
Al-quran ini memberi ketenangan kepada ku dan membuatkan aku seronok untuk terus membaca dan terus membaca. Alih-alih tak sedar dah nak pukul 4 petang.
Sebenarnya,apabila aku ingat mati. Aku rasa insaf kerana sekarang tak kira tua atau muda. Semuanya akan mati...hanya menunggu masa. Giliran aku mungkin akan tiba hari ini,esok,atau lusa.
Sebenarnya,apabila aku ingat mati. Aku rasa insaf kerana sekarang tak kira tua atau muda. Semuanya akan mati...hanya menunggu masa. Giliran aku mungkin akan tiba hari ini,esok,atau lusa.
Aku sering terfikir.
" Bagaimanakah keadaan aku bila mati kelak? Dalam keadaan berimankah aku? Dalam keadaan hina kah aku?"
" Bagaimanakah keadaan aku bila mati kelak? Dalam keadaan berimankah aku? Dalam keadaan hina kah aku?"
Persoalan ini bermain di fikiran aku dan membuatkan bermuhasabah diri maka aku tetapkan matlamat. Walaubagaimanapun cabaran yang datang, aku yakin. Aku ada Allah swt yang menjaga aku.
" Selepas ini, aku mahu mendalam terjemahan kitab Mukashafah Qulub - Iman Al-Ghazali. Doakan aku!"
EmoticonEmoticon