Ulat buku? Apakah itu ulat buku? Adakah sejenis serangga yang seakan-akan berbentuk buku? Oooh! Tidak sama sekali.
Ulat buku ini adalah seseorang yang menjadikan buku itu makanan rujinya. Kalau takdak buku, memang tidak senang duduk lah. Walau kemana saja dia pergi,buku mesti ada di tangan.
Tetapi, tidak semua orang boleh jadi ulat buku. Ia! Tidak semua kerana jarang sekali aku melihat kaum-kaum adam menjadi ulat buku di siang hari. Menjadi ulat gatal banyak lah.
Tak kira siang dan malam. Asyik menggatal saja. Eh! Betul ke?
Huh? Tak? Booooooooooo! Boooo!
Namun demikian, aku cuba untuk menjadi ulat buku siang dan malam. Ada la satu cerita ni. Semasa dalam tempoh orientasi sekolah tempoh hari.
Ceritanya begini.
Ketika aku sedang membaca buku yang bertajuk Langit Ilahi karya Hilal Asyraf. Datanglah seorang pelajar.
" Wah! Rajin mung..ni dok belajar kellah lagi.." [ Wah! Rajin betul kau. Ini belum belajar dalam kelas lagi..]
" Dok eh. Saja jah. puah...dari bue maso. Ko guano?" [ Tak lah. Saja je. Puas. Lebih baik dari buang masa. Ke macam mana?] - payah nak tukar loghat Kelate ke bahasa Malaysia.
Begitulah kisahnya. Apabila seorang jejaka kacak seperti aku menjadi ulat buku di dalam masyarakat ini, maka ramai yang pelik dan hairan.
Seolah-olah mereka tidak pernah melihat orang membaca buku? Kenapa? Kenapa?
Kerana aktiviti membaca buku di kalangan rakyat kita kurang. Kenapa kurang? Kerana tidak dididik sejak kecil. Ke guane?
Aku pun baru berjinak hendak menjadi ulat buku. Pi mana-mana sekalipun,aku nak bawak buku sebab masa itu berharga. Biaq pi la orang nak kata apa kan? Janji, ilmu kita bertambah...!
Walaupun dalam masyarakat kita menjadi ulat buku atau membaca buku di tempat awam itu sesuatu aktiviti yang pelik. Namun, masyarakat kita tak kira tua atau muda amatlah suka membaca majalah atau buku-buku pasal hiburan... Pergh! Mereka amatlah pandai dalam bab-bab sebegini.
" Bulan ni, gambar artis mana pulak yang mantop ye?" - fikir seorang remaja sambil membelek majalah Mangga(Playboy versi Malaysia).
" Eh! Bukan ke artis ni buat pembedahan plastik? Hari tu bibir senget! Hari ni,betul pulak.."
Macam -macam lah.. Hairan bukan? Ya! Memang hairan..... Aku pun hairan... Bab ilmiah. Berat tangan nak mengeluarkan duit. Bab benda lagha? Takdak faedah? Cepat-cepat je..
" Kalau baca komik, tak ganjil pulak bagi diorang. Siap berebut nak duduk sekaki nak membacanya..Kalau lempang sorang-sorang masa tu,deme buat dek je.. Hoho!"
EmoticonEmoticon