Kata orang,perjuangan perlukan pengorbanan.
Kata orang, untuk apa perjuangan sedangkan kesenangan di depan mata.
Kata orang, jaga diri sendiri cukup lah.
Kata ibu, jangan sesekali buat kejahatan.
Kata ayah, jagalah Allah nescaya Allah menjaga kita.
Kata kawan, perjuangan kau ini tidak bererti dan bermakna pada masa sekarang.
Namun aku faham. Perjuangan itu perlukan pergorbanan. Mana mungkin perjuangan itu akan berjaya jika kita duduk berpeluk tubuh ataupun sekadar melihat dari jauh tanpa berani melangkah untuk mengubah ia.
Perjuangan ini kadang-kadang memaksa aku untuk menjadi orang lain sehingga kadang-kadang aku terlalu baik. Sehingga kadang-kadang aku terlalu hina.
Demi perjuangan ini, aku cuba untuk gagahkan diri agar harapan dan cita-cita aku tercapai.
Demi satu sahaja, demi maruah bangsa dan agama.
Perjuangan yang aku laungkan ini bukan sekadar omong kosong yang dipandang enteng oleh generasi aku yang hidup dalam keadaan selesa.
Apakah mereka kisah akan kedudukan maruah agama mereka?
Apakah mereka kisah akan kedudukan maruah negara mereka?
Apakah mereka kisah akan kepentingan bahasa mereka?
Apakah mereka kisah jika ada yang membolak balikkan sejarah mereka?
Apakah mereka tahu perjuangan ini demi anak bangsa?
Kemungkinan mereka tahu,kemungkinan mereka tidak tahu ataupun buat-buat tidak tahu?
Bersama siapakah harus aku bertaut dan berjuang andai mereka yang berada disekelilingku mencemuh,mengherdik dan menghina perjuangan aku.
Apabila aku katakan " Bangkitlah! Perjuangkanlah agama dan bangsa kita. Demi maruah kita..demi generasi kita. Andai bukan kita yang mulakan ia? Siapa lagi? Siapa yang akan mengubah anak bangsa kita?"
Namun...
Aku dibalas dengan kata-kata yang menentang aku. Mereka menghanjingkan aku. Mereka mencelakan aku. Mereka menjauhkan diri daripada aku.
Kerana...aku berbeda daripada perjuangan mereka. Mereka tidak sedar perjuangan dalam memartabatkan bangsa dan agama ini penting demi generasi yang mendatang.
Sekiranya bangsaku hilang bahasa ibunda, apakah bahasa asing yang mereka akan agungkan?
Sekiranya bangsaku hilang identiti, apakah identiti yang mereka akan gunakan?
Sekiranya bangsaku hilang tanah, dimanakah nanti mereka akan berdiam?
Sekirannya bangsaku hilang semuanya, apakah ada lagi yang akan menghormati mereka?
Yang peritnya..sekiranya bangsaku hilang agama, apakah nanti Tuhan Maha Berkuasa akan memandang bangsaku yang hilang agama,yang hilang maruah,yang hilang identiti,yang hilang segalanya yang selama ini dipertahakan oleh nenek moyang mereka.
Tetapi,siapakah daku untuk mengubah bangsaku? Siapakah aku untuk mencorak pemikiran mereka?
Sedangkan ajaran agama sendiri mereka ingarkan yakni perintah dari Tuhan pencipta manusia.
Siapalah daku untuk mengubah mereka.......
Yang pasti,tidak dapat ku ungkapkan betapa sedihnya hati ini melihat generasi sekarang yang punah dan robek dek arus permodenan yang fana.
2 comments
" Bangkitlah! Perjuangkanlah agama dan bangsa kita. Demi maruah kita..demi generasi kita. Andai bukan kita yang mulakan ia? Siapa lagi? Siapa yang akan mengubah anak bangsa kita?"
:D Cayalah Abey .
Yeaah! Terima kasih cik Fara! Kita harus berjuang..
EmoticonEmoticon