Malu Tak Bertempat

Kadang-kadang aku hairan dengan sikap dan sifat manusia.
Kadang-kadang mereka tampak segak bergaya,
Kadang-kadang mereka tampak bijak berbicara,
Kadang-kadang mereka tampak sopan orangnya,
Kadang-kadang mereka lemah lembut orang,
Kadang-kadang mereka malu kadang-kadang tidak.

Namun, kadang-kadang malu seorang manusia ini pelik.

Kenapa?

Sebabnya,malu mereka kadang-kadang tak bertempat.

Misalnya.

Situasi di dalam kelas. Kelihatan seorang pelajar sedang GEGANG (bising) dengan kawannya. Cikgu yang mengajar di hadapan tidak diendahkannya. Bak kata orang zaman sekarang "Sekolah ni.. Tok dia yg punya..."

Cikgu Jamaluddin Hassan lantang mengajar tentang subjek Pengajian Am Bab 1. Seperti selalunya selepas habis satu-satu tajuk,cikgu Jamaluddin akan bertanya...

" Siapa ada soalan???"

- suasana kelas tetiba menjadi diam. Bak kata kawan aku " Malaikat lalu ke ni tetiba diam?" =

" Mmm.................Mmmm..............." suasana kelas menjadi senyap. Kelihatan beberapa pelajar menunduk kepala seperti kura-kura memasukkan kepalanya di dalam cengkerang. Ada yang buat-buat pandang ke arah lain. Ada yang tersengih macam kera busuk. Ada yang buat tak tahu keberadaan cikgu di hadapan. Ada yang mengumpat tentang seluar cikgu Jamaluddin Hassan. 
Macam-macam kerenah yang berlalu.

Namun,apabila cikgu bertanya. Langsung tiada siapa yang mahu bertanya. Katanya... MALU!

Kesimpulannya, malu bertanya melepas awek cun! Haha.

Selain itu,kalau kita lihat akan fenomena berpasangan tanpa ikatan sah ini dalam masyarakat kita. Bukan main hebat lagi. 

Pergi jalan-jalan pegang tangan. Tak malu pada Allah swt.
Bawak anak dara malam-malam. Tak malu pada Allah swt.
Berkepit macam belangkas dengan lelaki. Tak malu pada Allah swt.
Berdua-duaan sambil bercengkerama. Tak malu pada Allah swt.

Tetapi apabila cikgu suruh datang ke hadapan. Baca teks. Malu pulak.
Apabila cikgu suruh jawap soalan di depan. Soalan math. Malu pulak.
Apabila cikgu suruh bersajak di depan. Mendeklemasilkan sajak. Malu pulak.

Hairan bukan?

Kebanyakan dari kita termasuk kau dan aku ini kadang-kadang malu tidak bertempat. Salah siapa agak ye? Yahudi? Iluminiti? Pakcik tukang kebun? Itik-itik? Anak ayam? Oh ya! Kucing yang berada di rumah?

Hakikatnya,salah diri kita.

Apa salahnya kan kalau kita ni malu bertempat. Kena pada caranya agar kita dapat membawa diri kemana-mana sahaja.

Tapi aku faham. Orang-orang yang malu tak bertempat ni selalunya orang yang cantik,kacak,bergaya dan kawal macho. Iyalah...orang macho mana boleh bercakap di khalayak ramai. Nanti hilang kemachoaannya.

Namun begitu, aku perasaan kenapa wujud perasaan malu tak bertempat ini wujud apabila kita terpaksa berhadapan dengan manusia yang ramai.

1. Yang lelaki malu kat perempuan.
2. Yang perempuan malu kat lelaki.

Alih-alih, jumpa kat belakang bangunan sedang beromen. Hurm...manusia?

Lelaki jadi alim-alim kucing.
Perempuan pulak koya-koya malu.

Alahai....selepas 9 bulan. Keluar anak.. kalau anak tekak takpa,ini anak orang. Yang pastinya,bukan salah ibu mengandung.

Kesimpulan dan pengajaran yang aku dapat?

Aku mendapati bahawa manusia tidak malu untuk berbuat maksiat namun malu untuk menuntut ilmu. Manusia tidak malu untuk berbuat kejahatan tetapi malu untuk bertanya kebenaran. Manusia malu nak tanya mana tandas,maka terkucil la dia kat situ.

Jadi,apa yang kau dapat?

Oleh itu, setiap yang berlaku dalam kehidupan aku ini memberi makna dan idea kepada aku agar aku memperbaiki diri.

Muhasabah dan terus bermusahabah kerana aku yakin dengan sifat malu tidak bertempat ini hanya akan menyekat aku untuk mendapatkan isteri yang cantik.

Ok...dah..dah...mengarut pulak ni....

" Sesungguhnya aku tetap lelaki..." Haha.

1 comments so far

hehehhee kalau macam tu memeng malu tak bertempat la.. ;p


EmoticonEmoticon