Blogr.My? Pertama kali mendengarnya? Sekiranya anda adalah blogger, maka inilah peluang keemasan untuk anda mengembangkan lagi sayap dan terbang bebas bagaikan Garuda. Memandangkan ramai yang masih tidak tahu kewujudan blog.my ini. Mesti banyak persoalan yang timbul dalam kotak kepala.
Apa itu blogr.my?
blogr.my adalah semua laman komuniti dan ping blog aggregator di dalam Bahasa Melayu khas buat blogger,terutamannya di Malaysia. Dengan satu klik sahaja, anda dapat berkongsi entri anda di twitter,facebook dan sebagainya.
Menurut laman blogr.my tersebut, blogr.my telah ditubuhkan sejak 21 Januari 2012 untuk versi beta dan pada 8 Jun 2012 versi 2.0 telah dibuka dengan pelbagai pembaharuan. Setakat hari ini, 4 Ogos 2012. Seramai 1311 orang blogger telah menyertai blogr.my. Hanya menanti giliran anda sahaja! Memang tidak rugi menyertai Laman Komuniti Utama Blogger Malaysia ini kerana ianya unik berbanding Laman Komuniti yang lain. Contohnya, sekiranya anda ping entri disana. Anda akan diberitakan Mata.
Apa fungsi Mata?
Mata diterima apabila anda menggunakan perkhidmatan tertentu di dalam blogr.my. Pada masa akan datang, Mata ini boleh digunakan untuk menebus hadiah atau menaik taraf pangkat di dalam blogr.my.
Terdapat lima cara utama untuk anda mendapatkan mata:
Daftar: 10 Mata
Referral: 5 Mata
Ping dari blog anda: 2 Mata
Ping entri: 1 Mata
Setiap lawatan anda ke mana-mana entri: 0.2 Mata
Mata khas juga akan dihadiahkan kepada pembaca/blogger bergantung kepada aktiviti yang dijalankan :)
Menarik bukan? Yang paling menarik sekali, blogr.my juga menyediakan 12 saluran untuk blogger. Sebagai contohnya;
Gambar milik Eyriqazz |
1.Amboi! - Gosip,Hiburan,Fesyen & Gaya Hidup.
2.Teknobit - Informasi Teknologi & Gajet Masa Kini.
3.Aktiv - Perkongsian hobi.
4.Burrp! - Lokasi & Reviu Makanan Terbaik Dari Blogger
5.Kontest - Sertai Kontest Online Dan Menangi Hadiah Lumayan
Disamping itu, sekiranya anda mempunyai Blogshop. Secara automatiknya,ia akan dimasukkan dalam kategori Blogerai. Sememangnya UMPHH lah! Tambahan pula,sempena bulan Ramadhan ini,anda juga boleh promosikan produk anda di dalam saluran Blogerai. Mana tau ada yang tersangkut?
Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang sebagai ahli Komuniti blogr.my sekarang. Mendaftar blogr.my bukannya susah. Hanya menggunakan Facebook atau Twitter dan masukkan nama samaran anda, seterusnya nikmatilah pelbagai fungsi di blogr.my.
Selepas anda mendaftar,anda akan mempunyai profile seperti saya, http://blogr.my/profile/abemirul. Masih buntu? Anda boleh melawati halaman Soalan-Soalan Lazim ini untuk merungkai segala persoalan dalam benak fikiran. Semoga kita menjadi blogger yang hebat dengan membentuk satu komuniti yang utuh! Malaysia boleh!
Untuk membaca lagi tentang blogr.my,anda juga boleh berkunjung ke blog Eyriqazz, Blogr.my - Jom Ping Entri Anda Di Sini.
5 comments
info yg baik. Abe dah singgah sini dari www.queachmad.com. Alhamdulillah, abe dah tinggal jejak dah di sini
Okeh! Terima kasih sudi melawat . :)
kena pi tengok ni
baru tahu pasal nie..terima kasih berkongsi info...=)
menarik..rasa nak join laa :)
EmoticonEmoticon