Assalamualaikum wbt.
Sekarang ini negara kita sedang dilanda musim Euro 2012. Jujur lah aku katakan bahawa aku tak ikut sangat perkembangan Euro 2012 kali ini. Hanya sekadar melihat status rakan-rakan yang memberitahu keputusan pasukan pilihan masing-masing.
Jika ditanya kepada aku.
" Mung minat dok bola?"
" Minat boh...kalu bulih. Hari-hari layan.."
" Pastu,mung sokong sapa? Arsenal? MU? Belanda? Brazil(euro?),Portugal?"
" Aku minat Kelantan,The Red Warriors. Haha."
Serius aku katakan. Kalau korang tanya aku pasal bola, aku tahu pasal pasukan negeri aku,Kelantan sahaja. Itupun pengetahuan aku terhad sangat tetapi takdak la sampai tak kenal pemain Kelantan. Haha.
Cumanya, aku hairan kenapa aku tak minat bolasepak luar negara? Korang tak hairan ke? Aku lagi la hairan. Ahaks.
Sebenarnya banyak faktor aku tak minat bolasepak luar negara ni.
1. Keluarga.
- Dalam keluarga aku, aku merupakan satu-satunya anak lelaki sejati selain ayah aku. Adik beradik aku semuanya perempuan. Kalau perempuan, mana ada layan bola ni. Lagipun, ayah aku pun tak layan bola. Aku pun turut sama tak layan bolasepak luar negara ni. Haha. Korang tanya la aku... siapa MU. Aku tak kenal..Bapak borek anak rintik. Haha!
2. Astro.
- Aku masih ingat masa aku darjah 3 dulu. Mak aku pernah pasang astro kat rumah ni ha. Tetapi,semua itu hanya tinggal kenangan. Kini, piring astro itu hanya melekat kat rumah aku je. Menyemak..semua orang ingat aku kaya sangat ada astro padahal aku layan TV3 ja. Haha. Lain lah budak-budak yang ada Astro,boleh tengok bolasepak luar negara sampai muntah kedarah. Sebab itu,RTM pilihan terbaik sukan anda. Huahaha!
3. Rakan.
- Rakan-rakan aku kebanyakan semuanya tahu pasal bolasepak. Jadi,apa kaitan dengan aku? Kerana...mereka dok pernah pun ajak aku tengok bola samada Arsenal lawan Chealsea(betul dok eja ni?). Manchester United lawan Mancherster City. Mereka tak pernah ajak aku maka tinggalah aku keseorangan di rumah layan kartun Doraemon dan Naruto. Walaupun ada kawan aku,apabila balik cuti semester. Dia mesti ajak aku lepak kat kedai layan perlawanan bola sepak ni ha. Tetapi hati aku masih berkata " Baik aku tido...pukul 12 dah ni...apa kejadahnya layan bola ni. " Adoiya.
4. Bentuk badan.
- Aku tahu bahawa aku ni gemok maka aku selalu jadi sasaran dipaksa menjadi penjaga gol semasa sekolah rendah dulu walaupun aku bercita-cita nak jadi penyerang ketika bermain bolasepak bersama rakan-rakan di padang sekolah .Tetapi, asyik dipaksa jadi penjaga gol saja. Mana boleh! Haha. Jadi, faktor tubuh badan ini membuatkan aku tidak layak untuk berada dalam pasukan bola sepak. Maka,minat tu beransur hilang. Tapi aku yakin,harapan untuk menganti Khairul Fahmi Che Mat suatu hari nanti. Aku yakin jika perut bulat ku berubah menjadi ketul-ketul enam.
5. Bolasepak luar negara tipu.
- Adakah bolasepak luar negara ini bosan? Entah ler. Aku selalu ingat,bolasepak ini permainan Yahudi untuk menakluk dunia dan itu semua tipu belaka(permainan bola sepak). Ada tengok WWE? Agenda menipu je. Bukan main betul-betul. Haha.
5. Bolasepak luar negara tipu.
- Adakah bolasepak luar negara ini bosan? Entah ler. Aku selalu ingat,bolasepak ini permainan Yahudi untuk menakluk dunia dan itu semua tipu belaka(permainan bola sepak). Ada tengok WWE? Agenda menipu je. Bukan main betul-betul. Haha.
6. Budak skema.
- Aku sebenarnya kalau bab layan bolasepak luar negara ni aku takdak masa langsung nak pergi lepak di kedai mamak bersama kawan sebab aku ni budak skema. Budak skema mana layan bola. Kami layan buku saja. (yo lah tu...)
7. Tiada aweks.
- Aku sebenarnya kalau bab layan bolasepak luar negara ni aku takdak masa langsung nak pergi lepak di kedai mamak bersama kawan sebab aku ni budak skema. Budak skema mana layan bola. Kami layan buku saja. (yo lah tu...)
7. Tiada aweks.
- Memandangkan aku ni sentiasa sunyi(forever alone) maka aku tiada aweks dan aweks-aweks pun tak pandang aku maka aku takleh nak berlagak depan diorang mahupun bergaduh manja dengan aweks aku pasukan mana yang lebih hebat. Jadi,untuk apa aku layan bolasepak luarnegara? Baik layan pasukan negara Malaysia yang semakin maju,kan? kan?
Itulah antara sebabnya aku tak layan bolasepak luar negara ni. Jiwa aku takdak pada bolasepak luar negara cuma aku lebih suka layan permainan digital PES dan FIFA sahaja.
Itulah antara sebabnya aku tak layan bolasepak luar negara ni. Jiwa aku takdak pada bolasepak luar negara cuma aku lebih suka layan permainan digital PES dan FIFA sahaja.
*********************
Kesimpulannya,zaman kanak-kanak aku ni tidak didedahkan dengan bolasepak luar negara maka secara automatiknya pemikiran aku tentang bola masih suci dan bersih. Haha.Nilanya,kalau kita ni tak sokong pasukan mana-mana maka kita tak mudah terasa kalau pasukan kita kalah. Boooooo!!!! Haha.
Korang pulak macam mana boleh terjebak sokong pasukan itu,pasukan ini sampai kutuk mengutuk dalam blog dan facebook? Haha.
#kepada kaum hawa, anda tidak perlu risau berkahwin dengan orang macam saya. Haha.
19 comments
bismillah~ hihi.first time jmpe org tak minat bola luar negara.haiiraannn!haha
Pertama kali ea? Haha. Abe pun hairan.. Entah kenapa.. Memang tak minat. Hahaha.
#terima kasih. Sila datang lagi. :)
Hahahahahak...lawakssss bro..baru tau abey ni orang kelate.. waaaa...red warriors...dah jumpa ramai lelaki yang tak minat bola ni termasuk abey..
Laa..baru tahu ka? Hish..Hish. Hahaha.
Hurm, Abey ingat Abey sorang ja tak minat bolasepak luarnegara ni. Rupanya ada lagi ea? haha.
ika pon x minat bola.dalam negara pon x minat.hahha
Laaa.. Perempuan memang ar. Haha. Minat makeup kot perempuan sekarang. Hehe! :)
Memang ada lelaki yang tidak berminat sukan bola sepak tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang pelik.
haha agk plek.. knp xmint? sdgkn dayz yg prmpuan ni bley mint. hihi~ ^_^
Alahai Abang akubiomed nih. Serius pulak.Hurm..ramai ea? Betul jugak. Hehe!
Entah ler. Keturunan kot. Ahaks. Haa..sokong pasukan mana Euro ni? Harap2 bukan Brazil ler. :)
haha encik Akmal kite pun tak minat bola gak...normal la tu..hehehehe....
sy x mnt bola tp kalo msia lwn ngara/kelab luar sy tgk. tah la maybe smgt patriotik kot haha..slain dr tu x mnt
Kalau tak minat langsung, ada musykil tu. Haha.
Erm..ramai jgk yg tak minat rupanya. Hehe.
entry bes , hehehe , CP minat bola and CP jugak pemaen futsal tp CP kalaw bola luar negara , CP tgk tp tak minat mane pown , kalaw lewat malam game , memang CP tak tgk , takat tgk care diorang maen je , CP takde team tertentu yang CP sokong kalaw luar negara nih , tapi dalam negara adew , team perak dan felda FC , hahahaha ~ sebab apew ?? sebab CP owg perak and anak felda, huhuhu , haruslarr CP sokong , kalaw malaysia maen , CP konfom tgk , hahahaha ~ semangat kenegaraan ....
hahaha.. standard la ni kalau lelaki x minat bola.. like ayah CH.. langsung x mint bola mahu pon dalam negara sendiri.. CH pon xminat bola2 ni.. bukan best pon.. best tido lg.. dri duk terpekik2 pg2 buta.. hehehe
a'aa betoi tu.. dh jika dr kecik xdidedah dgn bola, tu yg smpai bsr pun xminat kan -)
bro, g gym la nak dapat ketul-ketul 6 kat perut tu..huhu..kawe tgk sume bola.epl,euro,liga super sume tgk.bola ne x sedak tgk sore2.nak sorak xdop ore..tgk rmai2 baru sedak..haha
Kita serupa~ jeng jeng jeng ! Red Warriors lawan Penyu :)
aku meminati sukan sejak kecil mungkin sebab bakat aku dalam bidang sukan, dan sangat minat bola luar negara sebab mereka maju dalam permainan mereka, mereka sentiasa cuba untuk ke hadapan berbanding bola sepak malaysia. tapi aku pandang sukan secara keseluruhan.bukan setakat luar negara sahaja, aku alert tentang perkembangan segenap sukan yang aku minati dalam dan luar negara.
pendapat aku, kau tak berapa minat sukan sebab kau tak berkecimpung dalam bidang sukan.salam.
EmoticonEmoticon