Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul

Segmen Terjah Blogger Baru, Abe Mirul, Man Jadda Wa Jada, Usaha, Blog, Gambar, Blogger,

Bismillahirahmanirrahim.

Tahukah korang setiap hari akan muncul blogger baru di persada dunia blogging ini?

Berblog sebenarnya adalah satu keseronokan. Jom sertai Segmen Terjah Blogger Baru!! 


Ada yang berblog untuk berkongsi citarasa, pendapat dan kehidupan mereka.
Ada yang berblog untuk menambahkan pendapatan kendiri.
Ada yang berblog untuk memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca.

Pelbagai jenis blog yang ada di dunia blogging ini. Personal. Sports, Tech, Ibubapa dan sebagainya.

Kenapa buat Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul?

Buat segmen ni sebab hendak berkenalan dengan blogger-blogger baru. Aku pun baru nak terjun dunia blog semula. Aku rasa bosan takda kawan blogger. Mana tahu, blogger-blogger baru ni semuanya peramah dan baik hati.

Dulu, senang hendak berkenalan sesama blogger sebab ada website Gengblogger yangmana blogger2 lama, baru, sedan-sedan lepak. Memang meriah. Kalau tak percaya, korang tanya Gadis Terbilang, Kak Hanis Aleeya, Ben Ashaari, Bro Framestone dan sebagainya.

Meriah memang meriah. Disitulah bermula segala galanya. Dan di persada dunia blogging lah ada blogger sama blogger bertemu mata dan berkahwin.  Daripada blogging terus ke alam berkahwinan. Tak manis gitu? Haha Lepas khawin, dah tak menulis dah. Maklum lah. Dah ada pengganti.

Syarat Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul
1) Mestilah blogger baru. Kalau otai nak join jugak, silakan. 

2) Buat satu entri bertajuk " Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul".
3) Letak gambar berikut di dalam entri korang. Korang copy je link url image dia.  Jangan lupa letak link blog Abe kat entri korang. :)


4)  Dalam entri tersebut. Sila ceritakan " Bagaimana korang boleh terjebak dalam dunia blogging ini?". Kat mana korang tahu pasal blog, macam mana boleh terdetik dan sebagainya lah. Ringkas pun tak apa. Perkenalkan diri korang pun boleh, sesama kita blogger baru berkenalan.

5) Kalau tak keberatan. Tak paksa. Pilihan masing2.
-  Follow blog ini. Widget follower kat bawah sekali tu ha.
-  Google Plus Abe Mirul ,
-  Page Blog Abe Mirul


6) Selepas Abe bagi ulasan blog korang. Korang datang balik dan jenguk2 lah blog rakan-rakan blogger yang baru. Sesama kita tolong menolong. Baru bersatu. Tak gitu?

7) Tiada tarikh tamat segmen ini sehingga diberitahu. Lupa nak cakap. Korang letak link entri yang korang dah buat kat ruangan komen entri ni ye! :)

Setakat itu je kot. Tak mustahil kita boleh berkenalan dan berjumpa di alam realiti. Nanti, keluarlah lagu " Cinta Muka Blogger." Haha.

Keistimewaan Segmen Terjah Blogger Baru Oleh Abe Mirul ini?

Takda lah istimewa sangat. Cuma, Abe nak berkenalan dengan blogger-blogger baru. Berkawan dengan korang. Tetapi..

Abe akan ulas blog korang nanti dalam artikel yang akan Abe buat. Abe ulas berdasarkan kritirea berikut. Kalau sudi lah.

1) Header. (kalau korang nak abe tolong buatkan header untuk korang pun boleh jika header blog korang teruk sangat. Haha. korang email permintaan kat amirizzat.ai [at] gmail.com. Tapi yg simple la.. )

- Kita tengok sama ada header blog korang kena ubah ke tidak. Sebab header blog ni penting jugak tau.

2) Paparan blog.

- Kita tengok blog korang ni okey ke K.O. Abe cuba sedaya upaya memberi nasihat tentang kekemasan blog korang.

3) Cadangan untuk blog korang. 
- Abe akan cuba jugak memberi cadangan untuk blog korang selagi termampu.

4) Exhange link

- Link blog korang ni akan diletak dalam satu entri Exhange Link. Kira macam senarai blogger la gitu. Senang sikit nak terjah. Tak tahu apa itu Exchange link? Sila google. Hehe. :)

Akhir Kata

Dunia blogger ini luas. Tetapi kita tak boleh hidup seorang diri. Kita perlukan rakan dan sahabat untuk kita berjuang bersama-sama. Sekadar usaha untuk berkenalan dengan blogger-blogger baru.

Salam perkenalan daripada Abe Mirul! Yang single diutamakan. Janda pun boleh. Haha. Gurau naa.. ^_^

Abe Mirul,

" Kita berkenalan hanya dalam laman muka blogspot,
Kau hantar pesan dan suruh aku follow kamu.
Ooh.. Hati ku rasa sesuatu.." - Najwi Letih. Aww. :3

---------------

1. Geng blogger baru 1: No More In My Life - Penulis, Fiesya.

- Ulasan tentang blog Cik Fiesya boleh di baca disini. Segmen Terjah Blogger Baru : Cik Fiesya aka Hana.

2. Geng blogger baru 2: Ungu Tinta, Bila Lidah Berbicara - Penulis, Cik Ungu.

- Maaf cik Ungu. Tak siap lagi.

3. Geng blogger baru 3 : Pengalaman Itu Indah - Penulis, Iera

Boleh baca kat Segmen Terjah Blogger Baru : Cik Iera.

4. Geng blogger baru 4: Jiwa kosong - Penulis, Mohd Faizal.

Boleh baca kat Segmen Terjah Blogger Baru : Blog Jiwa Kosong.

5. Gengblogger baru 5: Dora-Chan - Penulis, Nabila Rahman.

Boleh baca kat Segmen Terjah Blogger Baru : Cik Nabila Rahman.

6. Gengblogger baru 6 : Yolliesyar - Liyana
---------------

Korang nak kurus dalam masa 5 minggu? Klik gambar ni.

27 comments

nice! nak join. tapi rasa blog sy masih banyak yg kurang. masih banyak yg merepek postnya. kadang rasa entah apa2. haha masih tak matang dalam penulisan. semua benda nak luah kat situ. okay tu je. malu lah kite.. hahaa :)

Ops! Ingatkan najwa latif yg penyanyi tu join. hehe. ha! Jemput join! Tak apa banyak kurang. Boleh perbaiki sikit2. Kalau join, insyaAllah saya tegur sikit2 mana yg kurang.

Matang tak matang. Yang penting jika seronok ketika berblogging. Nanti tertekan pulak. hehe. ^_^

Terima kasih.

join http://fiesyasayangawak.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html
sori entry bnyk gurau2 sikit....

insya Allah nati ada masa sy join. terima kasih sokongan nya. haha ayat baku pulak.. :)

Haha. Baku pun baku lah.

Terima kasih sudi singgah! :)

Terima kasih Fiesya.

Selamat berblogging. :)

CikUngu join segmen Abe Mirul
http://nurham.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html

Segala pendapat,komen amat amat di alu alukan :)

Terima kasih cik Ungu. I

InsyaAllah. Salam perkenalan.

salam..saya dah join..

http://ierasha222.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html

Terima kasih cik Shahirah. Nanti jawapan balas Abe. :)

Nak join nak join boleh x????

Boleh ajer. Takda masalah.

Selamat datang ke dunia blogging. Salam perkenalan. :)

Abe Mirul saya dah join!!

http://jiwainikosong.blogspot.com/

Abe Mirul, berminat la. macam mana nak join ? n
boleh tak abe komen sikit blog saya? Sebab saya rasa still banyak lagi yang perlu saya baiki. Lagipun saya still baru dalam dunia blogging ni.. thanks :)

Terima kasih. Nantikan ulasan yg akan menyusul.

Selamat berblogging.

Macam mana?

1) Buat satu entri bertajuk "Segmen Terjah Blogger baru oleh Abe Mirul.
2) Ceritakan bagaimana korang boleh terjebak untuk berblogging ni.
3) Kalau sudi, like dan follow blog Abe.

Mudah je. InsyaAllah. nanti saya ulas serba sedikit.

Terima kasih. Selamat berblogging. :)

Abe Mirul, saya berminat sangat. serious ! tapi macam mana nak join?
emm, boleh tak nak mintak pendapat or komen sikit dari abe tentang blog saya.
well, saya still baru dalam dunia blogging ni. So mesti ada lack kat mana2.
Thanks :))

Saya dah join !

http://doradora-chan.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html

Silalah datang melawat ye , and bagilah ulasan okeyyy :)

Terima kasih!

InsyaAllah. Nanti saya bagi ulasan. Kena beratur dulu..hehe.

Salam perkenalan. :)

kne amek nombor tak ? haha okeyy !

Kena ambik lah. Nanti pak guard marah. Haha.

Nak joinn tapi tengah guna phone :/
Uhh. Boleh tolong bagi link entry niy kat blog saya tak ? Kalau sudi :)
http://myname-ly.blogspot.com/

Okeh. saya letak kat kotak komen. :) Terima kasih ye!

thanks abe :)
niy saya punya link :D

http://myname-ly.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html

okeh. Terima kasih.. Tunggu ulasan ye.

Already done! =)

syahmizaludin.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html =)

Dah join! =)

http://syahmizaludin.blogspot.com/2013/12/segmen-terjah-blogger-baru-oleh-abe.html


EmoticonEmoticon