Datuk Lee Chong Wei Dan Aiskrim Baskin Robbins

Assalamualaikum wbt.


Semalam, masa aku duduk layan latpop. Tetiba aku terbaca status-status yang mengatakan bahawa ada pertandingan badminton melibatkan Datuk Lee Chong Wei. Apa tunggu lagi, Malaysia lawan China ni. Aku pun duk ar tercegat depan tv. Memang WOW lah persembahan Datuk Lee Chong Wei! Chaiyok! Chaiyok! Malaysia boleh!

" Sedapnyer rasa lantai..."

Kalau korang nak tengok gambar-gambar perlawanan Datuk Lee Chong Wei berlawan dengan Chen Long dari China. Korang boleh pergi ke website Kak Kujie, Gambar Yang Membawa Lee Chong Wei ke Final Olimpik 2012.


Untuk mengetahui keputusannya, korang boleh berkunjung ke blog Hasrul Hassan, Olimpik London 2012| Datuk Lee Chong Wei Mara Final Badminton Olimpik 2012.


Selepas Lee Chong Wei lawan. Lin Dan pulak lawan dengan perseorangan daripada Korea@K-pop. Aku malas dah nak layan sebab aku tahu Lin Dan pasti menang punya. Cayalah Lin Dan! Chaiyok! Chaiyok! Maka, Lee Chong Wei akan bertemu dengan Lin Dan pada perlawanan akhir badmintion Olimpik London 2012 pada 5 ogos nanti.


Persoalannya, apa kaitan Lee Chong Wei dengan aiskrim Baskin Robbins ni?



Untuk pengetahuan abang-abang,kakak-kakak,adik-adik, dan rakyat Malaysia. Kita sebenarnya bertuah sebab Media Prima bekerjasama dengan Baskin Robbins Malaysia akan memberi kita aiskrim Baskin Robbins sebanyak satu seorang sekiranya Malaysia memperoleh emas Olimpik London 2012 yang pertama. Teruja tak? Teruja? Sila bawa seisi keluarga menyerbu kedai Baskin Robbins.


Nak kasi meleleh lagi air liur,mohon korang pergi ke facebook Baskins Robbins Malaysia.


Sehubungan itu, Lee Chong Wei adalah insan yg akan menggalas harapan seluruh rakyat Malaysia untuk makan aiskirm ni secara percuma! Seronok tak ? Seronok? Haha.


Malangnya, aku tak tahu lah kat tempat aku ada tak kedai Baskins Robbins ni sebab seumur hidup aku,ini lah pertama kali aku dengar aiskrim jenama Baskins Robbins ni. Haha. Malu sungguh aku dekat katak bawah tempurung. Mohon jangan ketawakan aku.


Jadi,kalau Lee Chong Wei memang nanti. Jangan lupa kongsi gambar korang sedang meratah aiskirim yang orang kata sedap dan mahal ni. Malaysia boleh!!!

Pesanan untuk Lin Dan, mohon anda mengaku kalah sebab rakyat Malaysia teringin sangat nak makan aiskirm. Kasihanilah kami. Terima kasih!



Majulah sukan untuk negara!

5 Ogos,siaran langsung Lee Chong Wei lawan Lin Dan. Moh kita duk depan tv!

Update:
Malam ni Lee Chong Wei vs Lindan. Perlawanan yg sangat mendebarkan! Aduhai. Mohon emas milik kita. InsyaAllah. Jom kita saksikan di TV 3.

Keputusan semasa . 18-18 sama.
p/s: Abe selalu makan aiskrim keladi yang dijual dalam bekas putih. Jenama apa entah. Murah je...

1 comments so far

gua support LCW walau apa pun ...


EmoticonEmoticon