Awak, Awak nak tahu tak kenapa perempuan yg pakai purdah itu cantik?




Assalamualaikum wbt.



Awak, awak dah baca belum apa yang saya tulis semalam? Penat-penat je. Nah, terjah " Awak, saya nak cerita kat awak tentang suasana sekeliling kita. "

Hari ini, saya hendak tanya awak. Awak tahu tak kenapa perempuan yang pakai purdah, pakai tudung labuh ni nampak lebih cantik, bergaya pun bergaya, cun pun cun. Bak kata orang, boleh buat caloooon biniiiiiiiiii... Tahu tak?

" Ntah."

Okey. Meh saya nak cerita.

Saya cerita ringkas je. Muslimah yg pakai tudung labuh, pakai purdah ni cantik sebab terletak pada cara mereka pakai dan apa yg mereka pakai. Kadang2 tak cantik pun. Apa la sangat cantik, cantik disisi Allah swt pun cukup dah,kan? UAI kata,boleh tutup lampu. Kih3.

" Euww.., ye ke awak? Perempuan yg ikut-ikut fesyen sekarang pun cantik apa.."

Cantik awak cakap? Cantik apa bendanya. Dengan pakaian ketat,macam bungkus nangga, semua barang nak tayang. Nak buat calon bini pun takda selera. Lelaki cuma buat simpanan je. Masa nak kawin pasni cari yang solehah jugak. Cayalah... kan lelaki kan? Haha.

" Iya lah tu.......... meluat ada ar."

Ok ok. Berbalik kepada topik asal. Perempuan yg pakai purdah dan tudung labuh, atau kita panggil muslimah lah. Panjang sangat nak jelaskan. 

Mereka ni, nampak cantik sebab pakaian mereka yang menutupi permata yang ada pada tubuh mereka. Faham? Ibarat macam ni, awak ada 2 biji gula-gula. Satu berbalut, satu lagi berbogel. Cuba lempar kat tanah. Awak nak ambik yg mana satu?

" Amik yang berbalut lah. Takkan nak amik yg tak berbalut..kotor tau."

Haa! Tau pun kotor. Macam itulah perempuan antara muslimah yang menutup aurat dengan sempurna dalam erti kata lain, mereka yang pakai tudung labuh dan purdah ni sentiasa dilindungi dengan perempuan yang membungkus badan. Sentiasa nampak bersih. Adapun yang tak tutup aurat dengan sempurna ni, ibarat macam gula-gula yang jatuh tanpa pembalut itu lah. Jatuh pun orang taknak. Apatah lagi nak makan? Setakat tengok je, semut je rasa. Auw!

Selain itu, saya nak bagitahu satu perkara. Lelaki juga akan rasa malu dengan muslimah sedemikian rupa. Malu sangat-sangat apabila terserempak dengan mereka. Betul....contohnya macam saya. Saya malu kot terserempak dengan mereka yg bertudung labuh dan pakai purdah ni. Rasa nak berbini pun ada. Woha!

" Wek! Awak ingat stok-stok pakai tudung labuh ni baik sangat ke? Hello! Orang tgk hati tau, bukan pakaian. Saya pun solat tau. Yg pakai tudung labuh pun bertengek dgn jantan!"

Erk?! Menjawap-menjawap! Jentik telinga baru tau. Oh awak, kata pepatah '. Hati itu ibarat raja dan anggota itu ibarat rakyat. Kalau baik rajanya,maka baiklah rakyat "

Macam itu jugak dengan hati. Kalau hati itu bagus, luaran pun bagus. Erm, kadang-kadang saya lemah dengan jawapan macam ni. Rasa macam nak hantuk kepala di dinding je. Tapi elok lagi hantuk kepala saya kat kepala awak, terasa insaf,kan? haha.

" Amboi-amboi. Menggatal pulak dah.. Nak penyepak, cuba lah buat..."

Begini lah awak. Awak janganlah banding dengan orang yang macam tu. Jangan jadikan ia sebab untuk awak langgar perintah Allah swt. Ni ha, perintah tutup aurat ni saya suruh ke Allah taala yg suruh? Haa...nak lawan perintah Allah swt? Sendiri tau lah jawapannya.

" Eh awak, bukan main lagi ye awak. Ingat! Kubur masing-masing tau!"

Kubur masing-masing? Okeh. Macam itu,kalau awak mati. Awak bangun mandi sendiri, pastu solat mayat sendiri, gali kubur sendiri, tanam diri sendiri, pastu lawat kubur sendiri. Boleh tak?

" Hish...menyampah!"

Haaa..tau takpe. Dah-dah. Senang je. Bukan susah. Aura perempuan yang menutup aurat dengan sempurna seperti muslimah yg pakai purdah ini ada keistimewaannya tersendiri. Nak tahu tak apa yg istimewa? Kalau nak tau, cubalah sendiri. Takkan kot nak suruh saya cuba. Saya lelaki tau. Bukan maknyah...... ngaum! ngaum!

Lebih tepat lagi, bergaullah dengan mereka yang sentiasa menjaga maruah. Itu kuncinya, hiduplah dalam suasana mereka yg cuba nak hidupkan ISLAM dalam hati. 

Kesimpulannya, menutup aurat dengan sempurna itu wajib pada syara'. Tak rugi kita tutup aurat ni, kita redha pada Allah taala. Allah taala pun redha kat kita. Apabila macam tu, saya pun redha nak buat awak sebagai isteri kesayangan saya. Kalau tak kawen 4 lah. Woha! :p

#pedulikan manusia yang durjana di sisi awak. Awak cari orang yg nak bersama awak sama-sama mencari redha Allah swt. Allah swt makin sayang, mana tau makin berseri wajah dgn NUR iman. Mana tau,kan?

3 comments

Seandainya awak memahami dengan hati. ^_-

sentap sya baca entri ni..


EmoticonEmoticon