Awak, saya nak cerita kat awak tentang suasana sekeliling kita.





Assalamualaikum wbt. 


Awak, saya nak cerita satu benda kat awak. Kata ulama' ataupun ustaz-ustaz. 

" Kita hendaklah berdamping dengan orang yang soleh"

Cuba awak tanya saya, kenapa kita perlu berdamping dengan orang soleh. Cuba la tanya... 

" Iya,kenapa wak?"

Kenapa? Kerana berdampingan dengan orang yang soleh ni boleh membentuk akhlak kita. Cuba awak tanya lagi,kenapa.

" Iya laa...kenapaaa???"

Okey..okey... kerana ada pepatah mengatakan " Kalau kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita juga akan berbau wangi. Kalau kita berkawan dengan tukang besi, percikan besi itu akan terkena pada kita"

Oleh kerana itulah, suasana kita, keadaan kita memainkan peranan sangat penting. Kalu awak berkawan dengan gangster, adakah keberangkalian utk awak jadi gangster?

" Takda."

Takda? Kenapa pula?

" Ya lah. Saya kawan dengan Aaron Aziz dalam KL Gangster."

Buwek! Haha. Itu lain awak.. sekeh nak?? Tapi itulah. Kalau awak berkawan dengan orang yang baik macam saya (baik la sangat :p). Awak tentu akan jadi baik. Baik macam saya.

Meh nak cerita lagi kat awak. Saya dulu bersekolah di sekolah kebangsaan. Sejak berumur 7 tahun lagi saya maaaaaaaaaasuk sekolah kebangsaan sampai tingkatan 6. Macam-macam keadaan,suasana, peristiwa dan dugaan yang saya hadapi. Bagi saya, suasana sekolah kebangsaan tidak kondusif untuk membentuk akhlak kita. 

Iya lah kan awak. Masa itu kawan adalah segala-galanya. Kononnya lah. Tetapi semua bangang abadi. Semua menjurus kepada benda buruk. Yang benda baik sikit je. Tetapi selepas dewasa sikit, boleh fikir dengan elok, tahu mana baik buruk.

Ilmu Agama lah jalan penyelesaian untuk membuang kekalutan dan keharuan biruan dalam kehidupan. Jadi, berdamping dengan orang soleh, belajar ilmu agama serta sunnah membuatkan akhlak kita lebih cantik, elok dan tersusun. 

Seronok tau duk dalam kalangan orang-orang yg soleh. Hati jadi tenang je. Tak risau. 

Kesimpulannya, saya ajak awak supaya berhijrahlah kalau suasana awak sekarang membuatkan awak lagi teruk. Seandainya internet merosakkan diri awak, awak tinggalkan. Seandainya teknologi merosakkan diri awak, awak tinggalkan. Seandainya keluarga awak,masyarakat awak merosakkan diri awak, awak tinggalkan. Kerana apa? Demi menjaga sebuah iman seperti mana kisah Ashabul Kahfi. Sanggup lari ke gua demi menjaga iman.

Tidak mahukah kita menjadi seorang yg menjaga iman? Mesti nak,kan? Jadi, jangan tunggu bila nak jadi ustaz tetapi bila kita nak start. InsyaAllah. Kita merancang, Allah swt merancang tetapi perancangan Allah swt lagi baik.

Jangan awak takut manusia tak suka pada awak. Jangan awak! Jangan...nanti awak yang rugi. Kalau dalam hati awak dah terdetik untuk berubah, teruskan. Jangan tunggu lama-lama.. Kan ada lagu..

" Jangan tunggu lama-lama, nanti dia diambik orang..."

Haha. Ingat ye,kan berpesan itu kasih sayang. Sebab saya sayang awak lah saya nasihat. Ok?

Banyakkan berdoa ye awak...tak rugi pun. Cinta Allah swt dan rasul kita dapat. W'salam.



5 comments

Jangan bini2 ku gangster sudah... Hehe.

Terima kasih kawan kerna sudi membaca. ^_^

Wah! Terima kasih awak.. :D


EmoticonEmoticon