Cubalah untuk terima kekurangan orang lain...

" Biarpun kekurangan, yang penting azam yang tinggi! - gambar google.

Manusia itu lemah. Lemah itu kekurangan. Tetapi manusia itu istimewa. Istimewa itu satu kelebihan.

Ada orang mampu berkentut 10 kali sehari, ada orang mampu berkentut 1 kali sehari. Ada juga yang tidak berkentut langsung. (Hebak ni) Tetapi adakah kita perlu menghina orang yang tidak berkentut? Tidak!

Ada orang mampu membaca sesebuah buku dalam masa yang singkat dengan kefahaman yang mendalam tetapi ada orang memerlukan masa yang lebih lama untuk membaca dan masa yang lama untuk memahami isi kandungan sesebuah buku. Adakah kita perlu menghina ? Tidak.

Ada orang mampu menjadi taat taktala imannya bertambah. Ada orang sekadar suam-suam kuku. Kadang kala tidak. Adakah kita perlu menghina? Tidak!

Habis itu, mengapa kita sering melihat orang lain dengan perasaan hina? Seolah-olah kelebihan yang ada pada kita itu milik kita yang hakiki.

Ketahui olehmu, bahawa segala benda ini milih Allah swt. Takda satu pun milik kita.

Jadi, perlu ke kita sombong dengan pekerja dibawah kita? 
Jadi, perlu ke kita sombong dengan anak-anak kita?
Jadi, perlu ke kita sombong dengan jiran-jiran kita?
Jadi, perlu ke kita sombong dengan orang-orang miskin?
Jadi, perlu ke kita sombong dengan orang yg serba kekurangan?

Seandainya jawapanya TIDAK! Mengapa masih lakukan?

Cubalah untuk menerima kekurangan pada orang lain barulah kita dapat terima kekurangan diri kita.

Kata seorang pakar motivasi " Orang yang negatif, yang memandang dirinya negatif, akan mencerminkan akhlak yang negatif terhadap orang lain. Tetapi orang yg positif, memandang dirinya positif, akan memandangkan orang lain dengan positif "

Ingatlah! Kadang-kadang aku meluat juga dengan manusia yang tak pernah terima kekurangan orang lain. Asyik nak berleter je salah orang sedangkan dia tak memahami keadaan orang itu.

Yang peliknya, kita nak orang pandang kita positif. Orang macam ni, sepatutnya bukan duduk kat dunia. Nun, duduk kat Pluto. Baru dia rasa duduk sorang-sorang...... kan?!

Akhir sekali, kepada kita yang sentiasa dipandangan dengan serba kekurangan ini. Lihatlah kekurangan kita sebagai kelebihan! Tak perlu bersedih apa orang fikir kerana apa orang fikir takkan membawa kita ke Syurga tetapi apa yang kita buat dan fikir. Pasti membawa kita ke Syurga.

Ingat sekali lagi, pandang positif akan kekurangan kita dan lantak pi lah orang yang suka cari salah orang. Depa tu sakit urat kentut kot. Senang citer, ambil pistol. Bedil!!! Bak kata Ustaz saya.. Hahaha!

Wallahualam.


EmoticonEmoticon