Assalamualaikum !
Tahukah korang bahawa 4 bahasa ini dan seangkatan denganya memang menyakitkan hati. Kadangkadang apabila kita dengar dan baca, rasa geram jugak.
1. Bahasa rempit.
- Rempit adalah sejenis spesis berukera yang sukakan motor dan bergerak dalam kumpulan, sebab takutkan haiwan pemangsa seperti polis, polis trafik dan juga manusia yang mahukan habitat mereka untuk aktiviti riadah.
- Rempit bukan bergenus Homo seperti manusia (Homo Sapien), tetapi seperti spesis chimpanzi (Pan Paniscus), menurut genus Pan. Nama Latin untuk rempit adalah Pan Rempitus Mobilus Motorcyclus Kreeengg Kreeengg Minor. Setelah diuji di makmal, ternyata spesis rempit kalah dengan chimpanzi dari segi skil kognitif dan memori. - Mari Belajar Bahasa Rempit.
- Contoh: frasa "dia hendak memikat rempit betina itu lah itu!" akan disingkatkan menjadi, "dya nk tklc awqs 2 le 2" dan kemudian dipanjangkan menjadi, "dyer 2 nk takcle aweqs 2 letewww."
2. Bahasa SMS.
- Bahasa sms adalah satu singkatan bahasa yg digunakan ketika menghantar pesanan sms menggunakan telefon bimbit. Tetapi, bahasa sms ini boleh merebak pula kepada kertas peperiksaan, ketika bersembang dengan rakan di laman sosial dan dalam kehidupan pun ada.
- Contoh bahasa SMS ialah .
" Ko nk g ne ? Ak nga tggu ko ni. Lbat la ko."
ataupun.
" k la kowang, 2 jew aku nurk bebel..xmo amerk atiew taw nan titew...2 cume titew punye pndangan ajew..kalo turk puas atiew ley mawah org len,,titew turk calah pown.. "
Yang ni bahasa Tenok. Bahasa Rempit bergabung dengan Bahasa SMS. Ha, eloklah tu dua-dua bergabung.
Saya ni jenis yang jarang sangat bermesej dengan telefon bimbit. Tetapi,apabila saya bermesej dgn kawan-kawan, ada bahasa yang saya tak faham. Serius, lebih lebih lagi bahasa Kelate yang disingkatkan.
3. Bahasa Bangla.
- Bahasa Bangla berasal daripada Tanah Nusantara yang diperkenalkan oleh kelompok Bangla yang berpindah ke tanah Nusantara ini. Bahasa ini mula diperkenalkan sejak sekian lama. Tarikhnya sangat misteri. Kemunculah bahasa Bangla pada hari ini kian rancak kerana ia sungguh unik dan menarik. Keasliannya tetap ada.
- Contoh bahasa Bangla seperti di atas. Entah bagaimana kelompok bangla pandai menginovasi bahasa Melayu menjadi Bahasa Bangla. Sungguh unik sekali. Melayu dan Bangla berpisah tiada. Haha.
4. Bahasa Rojak.
- Saya pernah mengikuti satu majlis tandangan MOU seorang menteri. MasyaAllah! Ada ke patut menteri tersebut bercakap dalam Bahasa Rojak? Sekejap bahasa Inggeris, sekejap bahasa Melayu. Penggunaannya sangat ketara. Bukan sikit-sikit. Sampaikan saya pun malas nak dengar.
- Ada juga saya terlihat satu video seorang pensyarah Universiti menggunakan Bahasa Rojak ketika berceramah kepada pelajarnya. Sepatutnya hal ini tidak berlaku.
- Contoh la kan. Dia sebut. " So, jadi kita kena move on.."
Penggunaan perkataan "So" itu bererti jadi dah.
Penggunaan perkataan "So" itu bererti jadi dah.
- " Tak lain tak bukan kita kena take action,ambil tindakan. Untuk encourage, menggalakkan pelajar. Kita kena......"
Lihat? Tidak sepatutnya golongan pendidik menggunakan bahasa bahasa rojak. Malu.
Lihat? Tidak sepatutnya golongan pendidik menggunakan bahasa bahasa rojak. Malu.
Akhir kata.
Sekiranya korang berjumpa dengan kelompok ini. Anda hanya perlu.
1. Azankan di telinga beliau.
2. Bisik " Kau pernah makan penampar tak?"
3. Cakap " Sebab kau lah makhluk asing taknak bercakap dengan kita.."
4. Kalau jumpa bangla " Wah! Abam Manis, itu kaki awak pernah rasa ka?"
Korang pula? Ada pengalaman jumpa spesis yang unik ni? Banyak kesan buruk apabila penggunaan bahasa tidak dititik beratkan. Lebih-lebih lagi kepada remaja masa kini. Tak gitu?
Sekian.
Abe Mirul,
Sekadar berjenaka.
9 comments
haha terasa pulak yang bahasa rojak tu . Sebab bagi saya dengan bahasa rojak tu lah boleh improve BI tapi memang tak sesuai la untuk majlis formal . Setakat dalam blog and untuk communicate dgn kawan bole la :D
Saaaangat tak sesuai. Kalau untuk perbualan biasa ni, okay lagi. Sebab macam tak boleh nak elak ,kan?
Saya dulu cuba untuk elakkan penggunaan bahasa rojak dalam perbualan tapi terjun sekali jugak. Haha.
Cumanya, bahasa rojak tak membantu sangat utk tingkatkan penggunaan BI.
Sebab saya pernah belajar dengan Madam Anna, seorang cikgu BI yg guna BI sepenuhnya ketika mengajar. Alhamdulillah. Saya boleh sikit2.
Tapi jika hendak dibandingkan dgn guru yg guna bahasa rojak untuk mengajar BI. Ia tidak membantu sangat. Akhirnya ,cikgu dengan pelajar pun sembang dalam BM sekali. Haha.
aku ni selalu converse in a rojak way dlm kehidupan seharian.. x lama lg dapat penampo free lah den gamaknye haha
Jom Terjah : Perkara yang WAJIB ADA pada Blog
Haha. Tak lama dah tu...
hi singgah sini :)
haha dulu masa kecik kecik ada guna short-form .
abang aku tegur pergh . serik . so sampai saat ini aku guna FULL :) thanks to him :))
sebab bila mesej guna BAHASA SINGKATAN ni , boleh menyebabkan orang salah tafsir mesej tu . sekian .
Hi . Terima kasih sudi singgah.
Haha. Bagus tu. Abg yg prihatin. Kalau nak guna, boleh tapi pada tempatnya. Ni sampaikan dalam karangan pun nak guna, dalam majlis rasmi pun nak guna. Mau tak pening orang. kan? Haha.
Sekian jugak. ^_^
Tapi bahasa bangla tu comel ape. Comel sangat sampai rasa macam nak bagi penampar. hehehe
Amboi...comel ? Haha. Jangan terpikat dgn Abam Bangla sudah la. Haha.
hahaha. bhsa bangla tu paling lucu. bahasa rojak tu mcm dh serasi pulak ngan diri ini. mohon tampar sampai sedar. heeee :D
EmoticonEmoticon