8 Sebab Korang Rasa Nak Tumbuk Rakan Sebilik Korang

tumbuk rakan sebilik, houstemate annoying, rakan bilik, kena tumbuk, penumbuk

Pernah tak korang rasa nak tumbuk ke, rasa geram ke atau rasa apa-apa la kat rakan sebilik korang?

Aku ada sedikit la pengalaman.

Tulisan di bawah ni aku ambil sumber daripada blog: Magenta-made dan tambah ulasan aku.

1.Kau bising macam sial bila aku nak tidur. Lepas aku dah tutup lampu and dah tertidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau balik lewat, buka lampu, cakap dan gelak kuat-kuat. Macam haram.

- Aku pernah kena macam ni. Pukul 2 3 pagi, masa itulah dia nak merayap dan bawa kawan lepak kat bilik. Siang hari pulak tido. 
2. Kau 'pinjam' duit tapi tak bayar.

- Ada satu kes, dia nak pinjam duit untuk balik kampung.  Kita bagilah sebab kawan. Muka macam baik. Tapi, senyap. Hmm, senyap masa nak bayar. 

3. Kau selongkar barang aku bila aku tak ada.

- Hmm, yang ni ada kot. Kawan punya kawan yang selongkar. Bukan selongkar tetapi belek buku kat rak aku. Belek saja takpa,jangan ambik.

4. Kalau aku beli snek dari 7E ke apa dan simpan dalam bilik, tau-tau je dah habis walaupun aku baru makan 1/3.

- Memang. Haha! Kalau bukan tukang perhabiskan, bukan kawan sebilik namanya. 

5. Kau smoking dalam bilik tanpa buka tingkap, pastu bau busuk tu melekat kat pakaian dan rambut aku. Kau ingat asap rokok kau bau kasturi ke?

- Aku paling benci orang yang hisap rokok dalam bilik. Masa aku tak ada, kau hisap rokok. Bila aku balik ke bilik, penuh asap rokok. Ingat aku tak perasan ke? Dah bagi amaran pun degil. 

6. Kau cakap banyak sangat bila kau ada dalam bilik sampai aku tak dapat fokus kat apa yang aku tengah buat.

- Ni ada jugak spesis yang bawak geng datang bilik tapi tak reti nak balik. Dia ingat kerja kita nak lepak ke?Padahal kerja berlambak. 

7. Kau biarkan wrapper makanan atau pinggan dalam bilik sampai bilik bau macam makanan dan semut dan segala serangga datang hurung.

- Apa yang terjadi kat aku. Tinggal pinggan mangkuk tak berbasuh. Apabila aku nak guna, semua kotor. Padahal, itu barang aku.

8.  Harta aku macam harta kau.

- Spesis macam ini pun ada jugak kat muka bumi. Lagi teruk,dia tak tahu itu barang aku beli. Lagi teruk,buat harta sendiri. Lagi teruk 2 kali teruk, dia tanya " Ni barang kau ke?" Apa? Dia ingat kat sini pusat kebajikan ke nak percuma?

Haa,itu baru 8 sebab korang rasa geram kat rakan sebilik korang. Belum lagi 100 perkara lain yang dia buat. Kat bilik aku, memang ketat peraturan.

1. Rokok tak boleh.
2. Masak kena basuh.
3. Bilik kena kemas.

Tapi ada yang takleh nak ikut, sila keluar bilik. Itu pesan aku. Saat paling gembira, diaorang keluar daripada bilik aku. Duduk sorang lagi syok.

Kan?

Harap-harap aku tak jumpa lagi rakan sebilik macam ni.

Pedih woo.

Pengalaman korang pulak?

Abe Mirul.

9 comments

haha.. terbaik la bro.

num 1 ngn 5 mmg sllu jadi kat aku..
ada skali tu. bila merokok. aku trus hempas pintu.. geram punya pasal. haha

Haha. Semua ni terjadi kat semua orang kot. Perangai manusia ni sama je. Yg naya, orang macam kita.

Hahaha. Sampai hempas pintu? Tumbuk je.. Haha.

Aku nak tambah satu lagi.
Kalau kita lapar ajak makan dia bersiap lambat-lambat je. Tapi time dia lapar amik kau semua orang dia nak tibai.

Haha. Masalah jugak yang ni. Tak fikir perasan kawan..

Kacau mase tdo...pkul 5 pgi balak tetibe call crite macam nk bgi 1 rumah dengar..bkan 1 blik lgi..

Kah3. Lawak la. Ada jugak jenis macam ni. Mohon azankan telinga dia. Kot2 kena sampuk ke masa tu.

biasa la tu bro.asam garam berkawan masa belajar.pikir2 balik,rindu pulak zaman belajar dulu.haha

Hahaha.. at the same situation..

harta aku macam harta ko.. yg tuh mmg kene dgn kemain pemalas lagi, besepah bilik..


EmoticonEmoticon