Artis| Penyanyi Farawahida Selamat Di Ijab Kabul Menjadi Isteri Abdul Shukur Dengan Sekali Lafaz
PETALING JAYA - Setelah beberapa jam selamat bergelar isteri, penyanyi Farawahida berjanji untuk memberi lebih tanggungjawab kepada suami berbanding kerjayanya sebagai penyanyi.
Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 28, berkata, segala perlakuan dan tingkah lakunya selepas ini haruslah bersesuaian dengan imejnya sebagai isteri orang.
- Abe suka imej bertudung ketika berkahwin ni. Harap-harap selepas berkahwin. Makin sempurna tutup aurat ye.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana semua berjalan lancar. Buat masa ini tiada apa yang berubah hanya keutamaan saya akan lebih kepada keluarga berbanding dahulu.
“Bagaimanapun daripada segi penampilan masih sama seperti dahulu iaitu tidak berpakaian seksi dan semuanya mestilah menjaga maruah suami dan status sebagai isteri,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, pada Isnin iaitu kira-kira lima jam selepas bernikah.
- Alhamdulillah. Baguslah tidak berpakaian seksi. Semoga terus Istiqamah.
Farahwahida selamat diijabkabulkan dengan Abdul Shukur Mohd Zain, 29, yang bekerja sebagai ahli perniagaan berasal daripada Pulau Pinang.
- Wah! Ahli perniagaan? Hmm, usia umur 29 tahun baru berkahwin? Abe pulak,tak tahu bila lah.
Majlis diadakan di Sentosa Villa Resort, Taiping, Perak, kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin.
Penyanyi tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, bersama dua bentuk cincin berserta tujuh dulang daripada pihak Shukur dan dibalas sembilan buah dulang hantaran.
Sementara itu, ditanya tentang kegiatan seninya, Fara berkata kerjaya nyanyiannya akan diteruskan seperti biasa.
“Dia memahami kerja saya dan tidak pernah menghalang untuk saya terus aktif seperti dahulu, namun bagi saya ia perlu ada batasannya,” katanya.
- Huk aloh. Kan elok tinggalkan je dunia hiburan ni. Tapi tak apa, perlahan-lahan. Mohon si suami perlahan-lahan nasihat isteri.
Majlis persandingan kedua-dua mempelai akan berlangsung pada malam ini pukul 8.30 malam pada Isnin di Majlis Perbandaran Taiping, Perak, menurut sumber mStar.
Jadi, selamat pengantin barulah Abe Mirul ucapkan. Semoga berbahagia ke anak cucu cicit.
Farawahida dah khawen. Abe bila pulak nak kahwen? Kena ada calon dulu ka nak nikah macam Farawahida. haha.
1 comments so far
tniah buat pasangan suami isteri ni.. sweet sgt.. ^^
EmoticonEmoticon