Cara Permohonan Tingkatan 4 MRSM 2014 Sabah dan Sarawak



Cara Mohon Tingkatan 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun 2014 Sabah dan Sarawak

Permohonan kemasukan Tingkatan empat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun 2014 untuk negeri Sabah dan Sarawak adalah dibuka bermula tarikh 19 Disember 2013, Khamis

PERMOHONAN TINGKATAN 4 MRSM 2014 SABAH DAN SARAWAK

Permohonan secara dalam talian (online) boleh dibuat dengan prosedur seperti berikut:-

Pemohon perlu:

1. Mendapatkan kata laluan secara percuma di Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan PMR 2013 diumumkan

2. Sila bawa salinan kad pengenalan (Mykad) serta keputusan PMR yang disahkan semasa mendapatkan kata laluan

Sistem mengisi borang permohonan dan pendaftaran online

1. Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki
2. Pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian, untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online

klik pada butang http://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp untuk tujuan tersebut

* Sistem aplikasi permohonan online akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan*

Syarat kelayakan kemasukan Tingkatan 4 MRSM tahun 2014  

1. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
2. Mendapat keputusan PMR 2013 seperti berikut 

- Minimum 5A 3B (A dalam Matematik dan Sains)
- Tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR

Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak ditawarkan ke MRSM

Maklumat lebih lanjut boleh rujuk iklan permohonan, klik butang Iklan Form 4 MRSM tahun 2014 Sabah dan Sarawak

Pemohon dinasihatkan dan mesti mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Selain itu, pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah
(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21,Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR

Tarikh tutup permohonan Kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2014 Sabah Dan Sarawak 

1. Tarikh akhir permohonan secara online adalah pada 6 Januari 2014

2. Tarikh akhir mencetak borang dan dokumen berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 10 Januari 2014

Semakan keputusan permohonan dijadualkan diumumkan pada bulan Februari 2014

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, adalah sewajarnya dengan melayari portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dicapaian url http://www.mara.gov.my



Maklumat info : My Sumber 


EmoticonEmoticon