Segmen Terjah Blogger Baru| Blog Dora-Chan - Nabila Rahman

Doraemon, Nabila Rahman, Dorachan, Segmen Terjah Blogger Baru,Noraida Adi Putra


Blog: Dora-Chan
Penulis: Nabila Rahman
Sebab boleh terjebak dengan blog: Bagaimana aku boleh terjebak dalam blogging nie ?


Assalamualaikum dan salam perkenalan daripada Abe Mirul. Jadi, harini aku (guna aku lebih mesra).  Aku nak ulas blog seorang blogger perempuan yang bernama Nabila Rahman, dengan blognya yang bertajuk Dora-Chan. Peminat Doraemon gitu.

Bagi aku, banyak perlu diperbaiki dalam blog Dora-chan, Nabila Rahman ni.
1. Header

- Header kena cari lain. Mungkin sebab susah kot dan desain header. Jadi, Abe berbesar hati buat header untuk Cik Nabila Rahman.
Doraemon, dorachan, nabila rahman, kartun nobita


Apa macam? Cun tak? Sila lah letak di blog cik Nabila. Kalau sudi. Tapi header sahaja tak cukup.

2. Latar belakang blog/ background blog.

- Latar belakang blog sudah pasti kena ubah sebab agak berserabut sikit. Walaupun berbunga bunga gitu, tapi tak sesuai. Kena ubah.

3. Tulisan.
- Tulisan blog agak kecil. Sukar nak baca. Lepas tu pulak, ada artikel yang tiada perenggan. Tambah pula tulisan kecik, tiada perenggan. Agak menyukarkan disitu walaupun artikel cik Nabila memang menarik.

4. Template

- Template blog tidak sesuai untuk Cik Nabila. Cik Nabila kena ubah balik. Kena cari template lain lah senang cerita. Template blog boleh cari kat sini. Kalau nak Abe buat boleh. Yang simple macam blog contoh Abe, Geng Suka Memasak.  Senang je nak edit template macam ni kalau kita tahu cara dia.

http://btemplates.com/

- Disamping itu, kena carilah blog tutorial desain blog macam blog Lyssa Secret, Maribinablog dan sebagainya.

5. Shoutbox.

- Cuba edit balik rupa shoutbox tu. Cari warna yang ceria dan cerah ,bukan yang gelap macam sekarang.

Kesimpulan.

- Pokok kata, kena cari template blog yang baru dan teratur. Apabila dah pasang template blog yang teratur. Maka, semua benda yang lain seperti header, sidebar, blog post akan nampak teratur. Lepas tukar nanti, boleh tanya Abe kalau-kalau tak faham nak edit blog.  Ok?

Setakat itu sahaja. Cara penulisan dan apa semua itu terpulang pada kreativiti masing2.

Jom terjah Cik Nabila Rahman di blog Dora-Chan. 

Terima kasih.

Abe Mirul.


10 comments

woahhh thanks ya !

cantik sangat2 header tu :D

NAK2 !

Sama-sama.

Pergh! Cun jugak letak kat blog Cik Nabila tu.

Hmm, lepas ni cuba cari template atau desain template kasi kemas dan teratur sikit. Baru menyerlah header tu.

Apapun,terima kasih! :)

Boleh tak kalau tolong buatkan ? saya kalau bab code2 nie mmg fail

Tolong buat? Kena bagi saya akses blog awak ler nanti. Cuba cari tutorial dulu. Kalau tak boleh guna, email kat Abe. Nanti Abe usahalah macam mana.

InsyaAllah. Boleh. Nak lagi senang, cari blog skin yang macam blogger2 baru buat tu.

Boleh ke sini. http://www.blogskins.com/

dah try banyak kali pergi blogskin tapi takde yaang berminat . Semuanya hampir sama . Saya try dulu ye . Nanti sy bagitau

Ada tengok blog contoh Geng Suka Memasak kat atas tu? Kalau saya edit pun,saya edit daripada template tu je. Ubah2 sikit,buang yg tak berkenaan.

Saya bukan apa, awak kena add saya jadi admin blog awak. Kalau tak kisah, tak apa.

Cuba dulu,takleh gak. PM saya. ok? :)

Waaaaaa nak kena review jugak :D Hahahaha. Tp kena tunggu next year, sbb header skrg ni temporary je. My headers bermusim :D Kena tunggu next year cos next year byk perubahan nak dibuat, dari utara ke selatan nak diubah. Kekekee.. Tp boleh gak review skrg kan? Biar tauu apa yang patut diubah. Ahaak. Nanti ada masa vee join :D Btw, kitak tok urang kch kahh?? Nangga rah g+ madah SMV kuching. Heh? Mun bena nak, tokojutt ktk mun kmk mdh smething. Hahahahaha

Takda hal. Header saya pun bermusim jugak. Ikut citarasa dan mood.kan? Haha. Jauh tu utara sampai selatan nak kena ubah. Hahaha!

Hmm, review sekarang? Kalau ada masa, boleh aje.

Erm, sik. kamek org Semenanjung tapi dolok diam rah Kuching. Aih, apa ndak mok dipadah kitak ya? Haha.

Lamak sik kelakar Sarawak. Haha.

salam , sy dah try edit dah . silalah tengok :)

w'salam. okey dah daripada sebelum ni. Okey tapi kalau nak buat lagi cun dan cantik. Silakan.

Camni, esok abe bagi fail html template seperti blog gengsuka memasak tu tapi abe edit dulu Ok?
.


EmoticonEmoticon