Medical Check Up? Tak Susah Mana Pun.


2 hari yang lepas. Aku mengambil keputusan untuk buat medical chekup bagi memenuhi syarat untuk kemasukan ke kolej. Tak boleh tunggu dah. Namun, hujan yang melanda kawasan Pantai Timur bukan penghalang buatku.


Mula-mula ibuku memberi cadangan untuk melakukan medical checkup ini di hospital kerajaan. Tetapi aku tidak bersetuju. Kerana pengalaman aku menunggu berjam lamanya di hospital kerajaan membuatkan aku perit dan insaf.



Masa itu emas.



Maka, aku melakukannya di Klinik Dr.Ramzi.



Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap sedia. Hujan renyai-renyai. Aku start motor Lagenda 110Z ku dan terus menghala ke Klinik Dr. Ramzi. Satu sahaja tujuan ku. Medical chekcup harus siap haritu jugak.



Sampai sahaja di hadapan klinik tersebut. Hujan mula turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Aku tidak basah.



Aku masuk ke klinik tersebut dan bagitahu hendak buat medical checkup. Pembantu klinik meminta borang dan kad pengenalan ku.



Masa menunjukkan pukul 9 pagi. Doktor masih tidak sampai. Katanya, Doktor akan sampai pada pukul 9.30 pagi.



Untuk tidak membuang masa, aku membelek majalah At-taqwa. Hujan masih lagi lebat diluar sana.



Disebelah ku ada seorang ibu dengan anaknya. Pada tanggapanku, mungkin berusia 30-an gitu. Namun masih menawan dengan baju kurung dan tudung yang serba serbi merah.



Jam hampir 9.30 pagi. Doktor masih tidak sampai. Aku mula gelisah.



Kemudian, pembantu klinik memberi satu bekas kosong untuk ku isi dengan air kencing.



Tapi doktor masih tak sampai lagi. Kini, sudah ada 4 pesakit yang menunggu termasuk aku.



Tidak lama kemudian, doktor pun sampai. Yes! Aku gembira. Rupa-rupanya giliran aku belum lagi walaupun aku datang awal.



Tidak lama selepas itu, aku dipanggil untuk buat pemeriksaan x-ray. Pembantu klinik, seorang perempuan. Aku disuruh membuka baju.



Ya Allah, betapa malunya aku yang teruna ini untuk membuka bajuku di hadapan perempuan. Selepas pemeriksaan X-ray selesai. Aku duduk di kerusi . Masih menanti giliranku. 



Rupa-rupanya, giliran aku yang terakhir walaupun aku datang awal.



Doktor mula memanggilku.



Mula-mula diperiksa akan lidahku. Kemudian darahku. Selepas itu, denyutan jantung,tinggi,berat, telinga. Doktor mengatakan bahawa paras darah tidak sesuai dengan umurku. Aku perlu bersenam. Huk aloh.



Beratku jugak berlebihan. Kemudian, aku disuruh berbaring. Doktor menekan-nekan perutku. Dan siap. Aku hanya menurut perintah.



Apabila sudah selesai semua proses, aku diarah keluar. Tak sampai 5 minit. Pembantu klinik memanggilku. Proses sudah selesai.



Bayaran untuk medical checkup yang dikenakan adalah sebanyak MYR110.00. Masih murah berbanding negara jiran.



Jadi, masa yang aku peruntukkan ialah daripada 9 pagi hingga jam 10.30 pagi. Agak lama jugak tetapi aku rasa lagi elok daripada menunggu di hospital kerajaan.



Tetapi, hujan pula lebat. Alang2 dah datang bandar, aku cari kasut kulit pula. Okeh. Jumpa yg murah.



Akibat malas hendak menunggu, aku redah je hujan dan tiba di rumah dengan basah kuyup.



Sekian kisah aku.



Pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan.



Abe Mirul,
Kita bersaudara.



Wallahualam.

1 comments so far

thx for sharing.. esok cadang nak buat medical c.up gak.. kat klinik swasta.


EmoticonEmoticon