Fikiran Bercelaru



Di saat ini, kepala aku begitu pusing. Mandi pun belum. Makan? Apatah lagi. Sejak kebelakangan ini, fikiran aku jauh melayang bagai layang-layang yang terbang di awan-awangan. Hidup aku seolah - olah lari dari landasannnya ibarat kereta api yang bergerak di atas jalanraya.

Banyak yang aku rancang tetapi perancangan itu tidak pernah menjadi realiti.



" Oh! Tuhan,berikanlah aku kekuatan..."


Malam kian berlabuh. Namun,aku tetap seperti tadi. Tiada apa-apa perubahan. Hanya menjadi mangsa alam maya. Seolah-olah aku prinsip aku ialah " Duduk dan taip."

" Argh! Aku keliru!"



Aku cuba untuk bangkit. Mencari semangat yang hilang tanpa bayang lantas hidup menjadi seperti anak ayam tergedek-gedek mencari ibunya. Aku cuba bangkit namun kegagalan yang ku temui.

Fikiranku masih bercelaru. Banyak yang aku fikirkan. Bermula dari masalah negara sehinggalah kepada masalah diri aku.

Banyak yang aku rancang untuk negara.



Banyak yang aku rancang untuk masyarakat.


Banyak yang aku rancang untuk keluarga.


Banyak yang aku rancang untuk diri.

Tetapi semuanya tidak terjadi bagai mimpi di siang hari. Seolah-olah aku hidup di alam fantasi.



Misi aku? Memang mantap! Visi? Memang terbaik! Perjalanan? Teruk!

Iya. Perjalanan untuk aku menggapai cita-cita aku terlalu lemah. Terlalu lemah sehingga aku tidak mampu mengorak langkah. Aku tersungkur. Aku rebah. Aku jatuh. Tetapi masih di alam mimpi. Tidak mampu belajar dari kesilapan. Orangkah aku ini?



Fikiran aku masih bercelaru untuk membezakan antara realiti dengan fantasi dan membezakan kehidupan alam maya dengan kehidupan hakiki.

Aku cuba untuk memisahkan kedua-duanya namun ia tetap bercantum bagai carik-carik bulu ayam,tetap akan bercantum jua. Kerana apa?



Sukar untuk aku mentaksirkan diri ini taktala arah dan tujuan hidup masih terumbang ambing.

" Ya Rabb,pimpinkanlah aku ke jalan yang lurus.."





Aku masih cuba mencari kehidupan hakiki taktala fikiran masih bercelaru memikirkan diri ini yang ibarat kacang lupakan kulit.

Aku hanya perlukan semangat dan kawan untuk menyokong aku. Aku tidak mahu hidup begini. Aku tidak mahu kehidupan aku berada di takuk yang lama.

" Man jadda wajada, wa man zaraa hasada" 



Perkataan yang sering bermain di fikiran ku. Ya! Aku harus berusaha! Cita-cita yang besar haruslah dimulai dengan langkah yang besar. Mana mungkin dapat meredah lautan dalam jika tidak pandai berenang. Maka, aku harus belajar berenang !


Maka, jika kau seorang sahabat.


" Ajarlah aku untuk berenang..."

3 comments

Hanya mereka yang mampu berfikir di luar kotak sahaja mampu memahami apa yang aku maksudkan. Jika anda bijak,berikan pandangan agar aku tidak menjadi lebah yang menghisap madu sahaja. Hehe! :)

Faham la jugak sesikit , tapi tak reti nak explain balik la . Heheeee

Haha. Faham tapi susah nak terangkan? Lagu mano pulok tuh? Haha.

Tak apa,janji faham dan dapat menyelami hati yg duka ini. Hehe! :D


EmoticonEmoticon