Mengapa Saya Pilih Tingkatan 6?



Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Keputusan SPM 2011 sudah keluar tempoh hari. Ada yang berducita,ada yang gembira keriangan dan ada yang bingung. Tetapi bukan itu yang hendak aku katakan hari ini.

Sekarang adalah detik dimana setiap pelajar lepasan SPM 2011 menunggu saat tawaran ke peringkat pengajian tinggi. Begitu banyak pilihan yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar seperti melanjutkan pengajian ke matrikulasi,tingkatan 6,asasi,diploma dan bermacam-macam lagi lah kerana di Malaysia ini kita amat bertuah kerana kita dapat menuntut ilmu di mana-mana sahaja asalkan ada usaha yang bersungguh-sungguh.

Semalam,keputusan kemasukan ke matrikulasi dan tingkatan 6 telah keluar.

Kepada yang belum semak,sila ke sini untuk tingkatan 6 dan ke sini untuk yang memohon matrikulasi.

Semalam aku semak,aku dapat jurusan kemanusian. Alhamdulillah. :)

Baiklah. Kepada yang belum tahu apa itu tingkatan 6. Sila ke sini dan hayatilah. (panduan mengenai tingkatan 6)

Ok! Berbalik kepada tajuk " Mengapa saya pilih tingkatan 6?"

Dan mengapa wujud soalan ini? Kerna ramai kawan-kawna duk tanya.

" Bakpo mung nok masuk tingkatan 6 nih? Payoh weyh..."

" Ang tak pikir masak-masak ke nak masuk tingkatan 6?"

Dan bermacam-macam persoalan lagi.

Namun,aku ada seorang emak yang menyokong di belakang. Haha!

Emak aku cakap baik masuk tingkatan 6 lagipun aku sememangnya punya pendapat sendiri mengapa tingkatan 6 adalah pilihan yang terbaik.


*****************************************



Sebenarnya,banyak faktor yang menjadikan aku harus meneruskan pengajian ke tingkatan 6 walhal aku sebagai bekas pelajar SM Vokasional Kuching dalam bidang masakan ini harus meneruskan cita-cita aku sebagai Chef Masakan yang hebat(kononnya) namun aku terpaksa mengambil langkah yang lebih bagus daripada meneruskan pengajian di peringkat Diploma. Kalau matrikulasi,sah-sah aku tak layak. Haha!

Aku pilih tingkatan 6 kerana.......

1. Kos pengajian yang murah.

- Memandangkan aku ni datang daripada keluarga yang sederhana dan tidak kaya macam korang. Maka,aku harus pilih tingkatan 6 yang kosnya murah berbanding Diploma dan sebagainya. Selain itu,aku tak mahu berhutang dengan PTPTN. Susah nak sara bini kelak. Haha!

2. Dekat dengan ibubapa.

- Saban tahun kita dengar kes-kes remaja yang berperangai tidak senonoh,berkelakuan sumbang mahram,terlibat dengan gegala sosial dan bermacam-macam lagi lah masalah yang mengaibkan nama ibubapa,keluarga serta negara. Belum tambah lagi yang buang bayi. Hish! Hish.  Oleh itu,aku ambil pendekatan untuk tinggal bersama ibubapa aku supaya aku ni tak lupa diri. Remaja seperti aku ini masih memerlukan bimbingan ibubapa yang tercinta. Setuju tak? Hehe!

3. Sistem Modular.

- Untuk pengetahuan kalian,bermula tahun ini tingkatan 6 akan menggunakan sistem modular. Apa itu sistem modular? Kalau nak tahu,sila google. Internet aku perlahan sangat nak google. Hehe!. Bagi aku ,sistem modular ini membuatkan aku tertarik kepada tingkatan 6 kerana sistem modular ini ada 3 semester. Contoh,dalam semester pertama kita belajar kertas 1 Pengajian Am dan apabila tiba hujung semester,kita akan menduduki ujian. Markah setiap 3 semester ini akan dicampur dan ia tak macam dulu lagi. Tapi mak aku cerita,STPM kena ambil jugak. Entah. Aku pun keliru. Harap korang jangan turut keliru. Hehe! Tapi dengan sistem ni,aku yakin lebih senang. Bang,bukan menuntut ilmu namanya jika ia senang macam makan nasi,kan?


4. Tempoh pengajian yang singkat.

- Tempoh pengajian tingkatan 6 lebih singkat berbanding diploma. Diploma kena belajar dalam jangkamasa 3 tahun. Tingkatan 6 pula hanya setahun setengah sahaja. Lagi cepat untuk aku sambung Ijazah.

5. Mahu melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah,Master dan PHD.

- Itulah cita-cita aku. Aku mahu belajar dan terus belajar. Jika aku ambil diploma,kemungkinan untuk aku meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah amat tipis kerana aku perlu membayar hutang,kena bekerja dan komitmen aku masa tu mungkin kurang. Setiap orang mungkin mempunyai keupayaan berbeda namun aku tahu kemampuan aku. Hehe!


6. Aku belum bersedia.

- Apabila aku pergi depan cermin. Aku cuba muhasabah. Mampu ke aku bawa diri ke tempat orang dengan sikap dan gaya aku begini? Mampu ke aku hadapi dugaan dengan iman senipis kulit bawang? Mampu ke aku jaga diri? Mampu ke aku menahan dogaan aweks-aweks Universiti yang kebanyakannya memakai baju adik@berbogel? Jujur aku katakan,aku tak mampu. Aku takut aku hanyut ke lembah maksiat kerana aku jauh daripada ibubapa dan aku sedar dimana kedudukan aku sekarang. Keyakinan dan keimanan aku belum kukuh. Serius..aku tak mampu.

7. Mahu kahwin awal.

- Uiks. Gatalnyer! Haha! Tak da lah. Serius aku katakan bahawa aku mahu kahwin dalam usia 25 tahun. Contoh,aku masuk tingkatan 6 umur 18 tahun. Sambung Ijazah umur 20. Tempoh pengajian mungkin 3/4 tahun. Habis umur 24 tahun. Kerja stabil sikit. Terus meminang anak orang. Tak mahu bertunang. Tak mahu berpasangan. Aku nak kahwin terus. Biar bercinta selepas berkahwin.   Siapa yang sudi,sila isi borang ye.Seronoknya dapat kahwin awal. Hahaha!

*****************************************

Aku rasa setakat itu je kot. Banyak faktor yang aku harus lihat untuk meneruskan pengajian ini memandangkan aku bukan kaya macam korang. Diulangi,aku tak kaya. Kerja pun belum. Haha! Tapi cita-cita dan harapan aku untuk memajukan negara ini akan diteruskan jua kerna aku anak Malaysia. Aku mahu menaikkan nama Islam dan Malaysia. Aku mahu ubah orang kita. Aku mahu masyarakat kita sedar. 

Lagipun,tingkatan 6 bukanlah teruk mana pun. Cuma,mentaliti kita sahaja yang menyekat kita untuk menggapai sesuatu sedangkan intan dan permata sudah ada depan mata namun kaca jugak yang dipilih. 

Pesanan aku kepada rakan-rakan perjuangan. Buatlah pilihan yang bijak. Setiap orang ada nasib masing-masing. Kita hanya merancang namun Allah swt yang menentukannya. 


Akhir kata, aku tujukan satu persoalan kepada korang. " Matlamat korang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi ini kerana apa? " Sila bagi jawapan yang sejujur jujurnya. :)


Bagi aku, pilihan yang ada di muka bumi Allah swt hanyalah untuk memudahkan kita. Perjalanannya hanya Allah swt yang tahu. Assalamualaikum wbt. 

2 comments

Saya pun masuk tingkatan enam juga.. Abe Mirul belajar subjek apa ya??

yang part kawin tu aku suka..hak hak hak


EmoticonEmoticon