Edisi Blogger Bijak : Menjadi Blogger Yang Beretika




Blogger? Apakah makna blogger? Dalam fikiran saya,blogger itu seseorang yang ada blog. Tidak kiralah sama ada menggunakan blogspot atau wordpress.

Blogger juga mempunyai pelbagai kategori. Ada yang membuat blog;

1. Peribadi.
2. Informasi.
3. Pemasaran
4. Politik
5. Masakan
6. Ilmiah

Dan macam-macam lagi.

Jadi, apakah kategori blogger yang macam aku? Blogger macam aku ini adalah kategori blogger yang suka menulis. 

Aku suka berkongsi cerita,kisah aku(walaupun aku perasan ada orang membacanya. Haha!), tips dan pendapat. Blog aku lebih kepada tempat untuk aku menyuarakan pendapat. Ya! Aku suka untuk menyuarakan pendapat di dalam blog supaya dunia mendengar pendapat aku walaupun agak mustahil kepimpinan negara mahu mendengar blogger pinggiran seperti aku. 

" Anda pula bagaimana?"

Walaubagaimanapun, bukan soal itu yang hendak aku bincangkan disini tetapi berkenaan dengan etika seorang blogger dalam konteks blogger peribadi ini. 

" Kenapa blogger peribadi?"

Kerana blog aku termasuk dalam kategori peribadi. 

Dalam konteks ini, untuk menjadi seorang blogger yang menceritakan kisah peribadi dari hujung kaki sampailah kepada hujung rambut ini,kita harus mempunyai prinsip.

Dalam menggunakan blog ini, aku juga mempunyai prinsip. Antaranya ialah;

1. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama.

- Bagi aku, bahasa adalah amat penting dalam memartabatkan bangsa. Apabila aku menggunakan bahasa Melayu maka orang akan tahu bahawa aku adalah Blogger Melayu namun sekiranya anda menggunakan bahasa rojak,maka anda mungkin berasal daripada planet lain! Woha! Seelok-eloknya,menggunakan bahasa yang mudah difahami.

2. Menjaga maruah.

- Untuk blogger yang menceritakan kisah peribadi kita di dalam dunia maya tanpa sempadan ini. Kita haruslah menjaga maruah dan jangan membuka pekung di dada. Tak usah bercerita perkara yang berada di dalam kain ,kelak terselak kain itu. Kita juga yang malu. 

3. Jangan terlalu ghairah mengejar populariti.

- Mengejar populariti tidak salah namun terlalu memaksa orang lain mengangkat atau mengikut anda adalah salah sama sekali. Kena cubit pipi  nih!

Biarkan populariti anda itu datang secara sendiri. Tidak usahlah lah " Saya ikut blog awak, awak ikut blog saya." Bagi aku, perkara ini amat dangkal. 

Namun, terpulang pada anda sekiranya anda selesa kerana perkara ini sudah berlanjutan sejak sekian lama. Sejak aku bergelak seorang blogger. Aktiviti ini tidak pernah pudar. Oleh itu,aku lebih suka tidak memaksa orang untuk membaca blog aku yang hina ini. (ye la tuh!) Hoho!

4. Menentukan matlamat.

- Ya! Aku ada matlamat. Sebenarnya, aku nak cerita pasal kisah aku. Contohnya,kalau aku pergi jalan-jalan. Aku pun cerita la kat blog. Letak gambar satu dua. Lepas tu,ambil gambar bergaya sikit depan kamera tetapi aku sebagai lelaki rasa agak janggal. Geli nyah! Haha! 

Tetapi, matlamat aku ialah aku nak suara aku sampai...sampai kepada masyarakat yang celik IT kerana sasaran aku bukan sahaja kepada blogger tetapi kepada masyarakat di luar.


" Prinsip anda pula bagaimana?"

Kita kena tahu dan saling bantu membantu. Kalau nak trafik banyak mudah ja, buat blog pasal isu semasa, kutuk artis, sebar fitnah,blog politik dan cerita kisah lucah. Terus trafik banyak tapi buat apa? Itu hanya kat dunia.

" Awat hang serius sangat ni Abey?"

" Dok eyh! Tengah semangat duk menulis ni. Tetiba ja angin patriotik datang. Haha!"

Lagi satu, untuk menjadi blogger yang berjaya. Kita kena bersatu. 

" 1 Malaysia!!!!!!!!!!" laung Pak Jib yang tiba-tiba bersemangat.

" Bukan satu Malaysia la Pak Jib. Tetapi 1 Komuniti! 1 Ukhwah! 1 Persaudaran!"

Barulah kita boleh maju.

****************


Haaa! Tudiaaaa! Bukan main panjang lagi.

Begitulah dia. Untuk menjadikan diri kita sebagai blogger beretika ini sebenarnya untuk menampakkan kita tampak bijak. Kita anggaplah kita sedang membawa nama Malaysia di persada dunia.

Jujur aku katakan, aku amat bangga dengan blogger-blogger di Malaysia!

Sehubungan itu, pilihan terletak di tangan anda. Anda yang berkuasa menentukan blog anda kerana anda tahu anda mahu menjadi apa cuma pada masa sekarang ramai yang menjadi blogger kerana hendak terkenal tetapi biarlah terkenal kerana tulisannya. 

Namun perkara itu tidak mustahil. Ada yang telah berjaya melakukannya. Kenapa kita tidak boleh? Tetapi biarlah beretika. Iya! Beretika... Sekiranya anda faham makna beretika,maka anda akan faham isi hati hamba ini.

" Kalau kita hormat orang, maka orang akan hormat kita."

" Kita bukan mencari pengikut tetapi kita mencari pembaca"

" Bukan bermakna aku memberi pendapat, lantas aku adalah blogger yang hebat. Tidak sama sekali!"

Pendapat aku juga boleh disangkal kerana aku bukanlah blogger yang hebat cuma aku mahu berkongsi agar kita tidak dipandang serong oleh orang lain. Aku pun tak tahu kenapa aku duk menulis topik ini.

" Adakah kerana aku mahu jadi terkenal apabila orang membaca tulisan aku?"

Lantas mereka memuji.

" Hebat! Hebat! Hebat betul blogger ni.. " #mata ke atas,tangan di bahu.

Tetapi tidak..aku cuma..aku cuma..aku cuma nak bagitahu je apa yang terbuku di hati. Hehe!

" Tapi! Saya jadi blogger sebab nak orang tahu aweks/pakwe saya segak!!! " jerit manusia itu depan laptop.

" Huh! Lantak kau lah dik! Abang tak kesah nyah! Boo!! Boo!!" #mata ke atas. Tangan di bahu. Lidah menjelir.

Blup! Jangan marah ye!

1 comments so far

Hahaha!! Senang cita, ikut yang terlintas di kepala kan? Sama gak dengan Abey.. haha!

#terbaek ah! :)


EmoticonEmoticon