Edisi Nasihat : Menjadikan Hidup Lebih Bermakna



Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hari ini aku masih hidup. Masih bernafas. Masih bernyawa. Amat beruntunglah aku kerana Allah swt memberi aku kesempatan untuk aku bertaubat sebelum maut datang menjemput aku.

Teringat pula kata-kata seorang Ustaz yang tidak ketahui namanya.

" Kita sepatutnya bila bangun nih,kena baca doa bangun tidur. Sebab apa? Sebab untuk menyatakan syukur kepada Allah swt."


"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali"


 Ustaz Azhar Idrus pula berkata.




Maka, untuk menjadikan hidup aku bermakna hari ini dan seterusnya.

1. Istiqamah bersolat berjemaah.

- Umumnya mengetahui bahawa orang lelaki harus solat berjemaah di masjid kecuali ada keuzuran. Jadi,kepada kaum lelaki. Sekiranya anda rasa anda lelaki yang mempunyai " angry bird " maka anda harus solat berjemaah tidak kira di mana-mana sahaja anda berada. - kalau kahwin,nak bini yang cantik kan? Begitu juga solat. Mesti nak dapat solat yang terbaik! 27 pahala lebih banyak dari 1. Woha!

2. Menjadi Ulat Buku.

- Sejak cuti sekolah bermula ni, amat jarang aku menyentuh buku. Buku yang aku pinjam di perpustakaan tempoh hari belum lagi habis dibaca. Tajuk buku  " Pertemuan Dunia Melayu '82" menarik perhatian aku. Maka, aku harus menjadi ulat buku. Untuk berjaya dunia akhirat,kita kena ada ilmu. Ke guane boh?

3. Memahami ayat Al- Quran.

- Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah swt kerana memberi nikmat mudah menghafal. Semalam, aku cuba untuk memahami makna surah Al - Fatihah. Syukurlah aku dapat mengingatinya. Tahu dok kalau kita tahu makna surah maka solat kita akan lebih kusyuk maka Allah swt akan sayang kita lebih-lebih! Beruntung kan? Sekurang-kurang kita bermula dengan selangkah kemudian baru berlari. Yahooo!

4. Menjaga Hati.

- Rasulullah saw sendiri menekankan kepentingan hati dalam mencorakkan keperibadian seseorang. Kalau hati bersih,maka bersihlah segala tindak tanduknya. Kalau busuk? Fikirkanlah! Dan hanya dengan Al-Quran sahaja mampu untuk mengubat hati yang berkarat. Bacalah Al-Quran,kandungannya amat indah untuk diterokai. Segala galanya ada pada Al-Quran.

5. Mengikut sunnah Nabi.

- Mencontohi akhlak dan sunnah Nabi swt merupakan agenda aku. Aku mahu mencontohi Nabi. Aku mahu mati dalam keadaan Islam yang sebenar-sebenarnya. Aku mahu merasai nikmat Iman. Aku mahu merasai bagaimana indahnya menjadi umat Muhammad saw. Aku mahu menjadi hamba Allah swt yang beriman dan bertaqwa. 

Aku mahu iman aku teguh kerana aku tahu bahawa aku akan mati. Kalian juga akan mati. Maka, jom kita mulakan dengan langkah kanan sebelum kita semua mati dan menjadi mayat. Yeah!

" Saya mahu berubah, anda bila lagi? " 

Sekian itu saja paparan yang dapat aku terjemahkan di dalam tulisan ini. Jika punya salah dan silap. Tuan guru,para ustaz,ustazah,alim ulama'. Tegurlah hamba kerana hamba sedang mencari bekalan untuk menuju ke alam barzah dan akhirat.

Semoga kita ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa!

" Man jadda wajada,waman zaraa hasada!

" Apabila saya fikir akan mati,saya rasa malu untuk bertemu Allah swt dengan keadaan saya yang sebegini."

3 comments


EmoticonEmoticon