Edisi Rajin : Anak Teruna Kemas Bilik




Assalamualaikum wbt.

Fuh! Penat! Penat! Penat!

Itu sahaja yang dapat Abey gambarkan kat sini. Penat giler-giler.. Nasib baik tak gila,kalau gila? Lagi la penat mak Abey nak pergi berubat. Haha! - tak lawak. Blup! Blup!


" Bakpo gak Abey penat,penat,penat ni? Kena sawan ke?"

Gini,hari ini Abey melakukan misi mengemas bilik. Cuba korang bayangkan bilik yang besar ini untuk dibersihkan. Jom layan sebijik gambar.


Maaf. Atas kualiti gambar yang nampak murah sangat-sangat.

Haa! Tudiaaa! Itu pun belum siap lagi. Langsir pun Abey tak reti pasang. Haha. Sebelum ni Abey guna meja yg sebelah kiri untuk belajar. Selepas kemas, Abey amik meja makan yang lama. Letak dalam bilik. - Hamek kau! Meja makan... 

Memang letih la. Mula-mula bersihkan tingkap. Ada 6 tingkap dalam bilik Abey.  Lenguh tangan -tangan duk mengelap sambil guna tangga. Hish...boleh hilang lemak berpeluh.

Lepas tu, bersihkan lantai. Ambil penyedut udara.. Eh..penyedut habuk atau dalam English dipanggil " Vacuum". Nampak tak penyedut habuk tu? Jenama Ogawa. Sila lah beli ye. Cuma penyedut hampagas (baru teringat nama) ni kena guna air dalamnya. Bunyi agak bising dan berbau masheemm(bau yg tak enak) apabila digunakan.

Banyak ar Abey buat. TV dalam bilik Abey keluarkan sebab Abey nak fokus pada belajar je lepas ni (tapi facebook dan blog layan. Ahaks).

Sekarang ni,yang menjadi masalah ialah langsir. Aduhai,payah bebenor nak pasang. Abey hairan. Macam mana kaum hawa pasang langsir ye? Teror betul diorang. - berfikir sambil mengurut janggut. Hurm.....

Kebiasaanya kan, anak teruna ni malas nak kemas-kemas bilik. Betul ke? Kalau betul, 100 markah untuk anda! Haha! Abey tak tahu lah kenapa agak susah nak jaga kekemasan bilik. Masa kemas kemain lagi..selang dua tiga hari. Haaa! Tunggu laa..semua benda ada atas katil. Tak caya?


Sebenarnya,takdak la lagu tu tapi Abey rasa macam tu kot. Keadaan katil Abey agak bersepah sebab main campak-campak je kemas tadi.. Tidur atas lantai la jawapnya malam ni..

Ok lah...Abey nak sambung kemas..walaupun tengah malam dah ni. Kemas tetap kemas. 

Allah swt kan suka pada kecantikan dan kebersihan itu kan tuntukan agama? Jadi,marilah sama-sama kita menjaga kebersihan. Jangan jadi kandang tikus pulak bilik kita. OK? 

Nota kaki: Bilik perempuan pun sama daaa...hancus. Huahahaa! :p

1 comments so far

Selamat mengemas . Semoga istiqomah jaga kekemasan bilik :)


EmoticonEmoticon