Sedang aku berjalan-jalan di kota. Aku cuba untuk berkelakuan seperti orang yang tenang dan peramah. Aku cuba untuk senyum. Namun,aku bimbang andai senyuman itu selalu disalah tafsir. Lebih-lebih lagi yang makcik-makcik.Kalau mereka berkenan dengan senyuman aku. Tak ke naya? Tapi berkenan nak buat menantu. Takpe...
Kadang-kadang menjadi peramah bukannya mudah. Ingat sesenang makan gula-gula ke? Hang hisap,hang kulum, hang rasa,hang telan. Tak semudah itu.
Namun,aku tetap berusaha untuk menyalurkan kasih sayang aku sesama saudara seagamaku. Aku cuba untuk membina satu pandangan baik daripada masyarakat terhadap ini aku dan terhadap agamaku.
Namun,aku tetap berusaha untuk menyalurkan kasih sayang aku sesama saudara seagamaku. Aku cuba untuk membina satu pandangan baik daripada masyarakat terhadap ini aku dan terhadap agamaku.
Kasih sayang? Perkara ini telah diterapkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw mengajar kita supaya sentiasa berkasih sayang sesama kita. Namun, aku terfikir. Masih wujudkan kasih sayang ini?
Kasih sayang dimana kau dan aku tidak pernah bersua..tidak pernah bertemu apatah lagi menjeling-jeling. Tetapi,andai kau dan aku bertemu. Kita terus beramah mesra. Terus menjadi sahabat. Terus menjadi suami isteri. Ops!
Tetapi pada hakikatnya,perkara ini sukar. Sukar untuk kasih sayang ini mengalir dalam jiwa masyarakat kerana wujudnya satu dinding pemisah antara kita iaitu bersangka buruk dan malu tak bertempat. Hanya Allah swt sahaja yang tahu namun itulah kebenarannya.
Contoh.
Terlihat seorang makcik sedang membawa barangan yang amat berat. Tercungap-cungap makcik itu berjalan sambil membawa barangan yang baru sahaja dibeli di pasar. Kemudian, lintas seorang pemuda yang memakai seluar jeans ketat. Baju pink dan berkaca mata hitam serta berselipar jepun.
" Hurm. Nak tolong ke tak ni? Kan kalau aku tolong. Nanti ada orang kata aku nak merompak makcik ni. Takpun,dituduh meraba. Naya aku.." getus pemuda itu antara hendak tolong atau tidak.
Lantas,pemuda itu berlalu pergi meninggalkan makcik itu tanpa mengetahui bahawa makcik itu ada seorang anak dara yang cun melecun bernama Lisa Surihani. Sayangnya,dah kawin dengan duda. Melepaslah pemuda itu.
Kesimpulannya, pada situasi tersebut wujud 2 perasaan.
Pertama: Kasih sayang.
Kedua: Takut pandangan orang.
Maka,apabila wujud perasaan yang berbolak balik ini maka untuk pemuda itu menunjukkan kasih sayangnya pada makcik itu terbantut dek terfikir akan pandangan masyarakat terhadapnya.
Begitulah yang berlaku pada masa kini.
Kita memang ada kasih sayang tetapi perasaan prasangka negatif kita itulah yang sering menghalang kita untuk menunjukkan kasih sayang sesama insan tanpa menyedari melalui kasih sayang itu kita mungkin dapat berjumpa jodoh. Dapat berjumpa dengan sahabat sejati. Dapat mewujudkan ukhwah yang utuh antara kita.
Namun begitu,kasih sayang semakin hari semakin luntur dalam sanubari kita lantas menjadikan kita manusia yang mementingkan diri.
Sebab itu, aku terfikir. Masih wujudkan kasih sayang antara kita? Yang ku lihat,kasih sayang antara dua makhluk yang bercengkerama sambil memegang tangan,berpeluk dan sebagainya semakin berleluasa.
Kasih sayang antara pasangan tanpa ikatan semakin meluas tak terkira dan semakin menjadi budaya dalam masyarakat kita tanpa ada tentangan kerana makhluk-makhluk ini mempunyai perasaan ingin tahu yang teramat kuat.
"Milah..milah. Abang tengok kan. Orang puteh tu jalan-jalan dengan makwe dia sambil peluk pinggang,pegang-pegang tangan. Cubit -cubit manje.. Jom la kita buat sekali.. kalau kita buat,tandannya kita romantik.. "
" Nak! Nak! Nak! Milah sukew! Cepat la..cepat laaa.. "
"Milah..milah. Abang tengok kan. Orang puteh tu jalan-jalan dengan makwe dia sambil peluk pinggang,pegang-pegang tangan. Cubit -cubit manje.. Jom la kita buat sekali.. kalau kita buat,tandannya kita romantik.. "
" Nak! Nak! Nak! Milah sukew! Cepat la..cepat laaa.. "
Arghh..perbualan yg meloyakan namun itulah realiti.
EmoticonEmoticon