Keputusan Final Badminton Olimpik London 2012 | Tahniah Lee Chong Wei!

Assalamualaikum wbt.

Pergh! Berdebar betul saya duduk di depan televisyen menyaksikan perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012 antara Lin Dan dan Lee Chong Wei. Selepas perlawanan yang mendebarkan dan mengasyikkan ini,apakan daya kita. Lin Dan berhak untuk memiliki pingat Emas Badminton Olimpik London 2012. Tetapi,persembahan Lee Chong Wei juga tidak mengecewakan. Kita harus akur dengan keputusan perlawanan final badminton Olimpik London 2012 kali ini.

Gambar ketika menang dengan korea.
Kata-kata saya untuk Lee Chong Wei, tahniah dan terima kasih kerana anda sudah berusaha sebaik mungkin demi Malaysia yang tercinta. Terima kasih banyak-banyak. Sesungguhnya,perlawanan tadi amatlah bersejarah dan paling syok sekali. Semoga Malaysia mampu melahirkan lebih banyak lagi pemain seperti Lee Chong Wei!

Disamping itu,saya juga bangga menjadi anak Malaysia. Malaysia boleh! Tetapi ada hikmahnya juga Lee Chong Wei tak menang sebab mungkin Big Mama Malaysia,Rosmah Mansor mungkin akan memeluk Lee Chong Wei di hadapan orang ramai. Bukan fitnah tetapi hakikat. Hehe!

Oh ya,apakah perasaan pembaca pulak? Mesti panas punggung je duduk depan tv kan? Memang sakit jantung lah. Haha.

Akhir kata, sebenarnya kita boleh! Man jadda wajada,waman zaraa hasada!

Lin Dan menang dengan rubber set, set akhir- 21-19.

Entri semalam : Lee Chong Wei dan Aiskrim Baskin Robbins.


Bicara Abe : Fuh!!! Tak senang duduk tadi. Tak dapat makan aiskirm percuma la kita ye? Haha.

H2

6 comments

Kalah pun tetap sokong akan Datuk LCW :)
Aiskrim boleh suruh Abe belanje kan ? heheheheeeee

Bersyukur kerana dapat membawa pulang pingat perak . :)

Betul tu. Kalah menang adat bertanding. Yg penting semangat. Malaysia boleh! Belanja? Blh..tapi cik Fara bayar ar. Hehe.

* masih bersemangat nih. Haha.

Alhamdulillah. Cuma,sayangnya utk dengar Negaraku berkumandang tak kesampaiannya. Apa pun, Malaysia tetap BOLEH! :)

APA PUN TAHNIAH BUAT DATO'..
KALAU NAK MAKAN AISKRIM FREE, BUAT SENDIRI LA YE..

Tanniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana menghadiahkan pingat Perak untuk Sukan Olimpik London 2012. Hampir emas didalam genggaman tetapi Super Dan bermain labih baik.


EmoticonEmoticon