Siapakah Pengganti Lee Chong Wei Selepas Ini?

Assalamualaikum wbt.


Hari ini, kita lupakan kekalahan Dato' Lee Chong Wei. Kita lupakan aiskrim Baskin Robbins percuma. Kita lupakan nasi kandar percuma. Apa yang kita harus ingat adalah semangat Malaysia boleh! Semangat sebagai anak Malaysia yang ditonjolkan oleh Lee Chong Wei. Hanya keranamu Malaysia, Lee Chong Wei berjuang sedaya mungkin. Saya kira, ramai yang bersetuju bahawa semangat yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei wajar dicontohi oleh semua atlet. Malangnya,ada akhbar yang menyiarkan " Lee Chong Wei Terlepas 4 Juta". Mohon editor akhbar tersebut duduk dalam bilik dan muhasabah diri.

Namun, di sebalik itu. Timbul satu persoalan dalam fikiran saya. Mungkin juga dalam fikiran pembaca. Mungkin juga dalam fikiran penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansur.

Ura-ura mengatakan bahawa Lee Chong Wei akan bersara selepas ini. Persoalannya, siapakah pengganti Lee Chong Wei?



Penganti Lee Chong Wei?

Iya. Kini, Persatuan Badminton Malaysia harus berusaha keras dalam mencari bakat anak-anak muda yang mampu menjadi sehebat Lee Chong Wei. Mampu mempunyai semangat seperti Lee Chong Wei. Mampu membawa semangat juang Malaysia boleh. Namun begitu, masih sukar untuk mencari individu atau pengganti seperti Lee Chong Wei. Apakah puncanya? 

Tetapi,saya rasa tak salah kalau Datin Seri Rosmah Mansur menjadi pengganti Lee Chong Wei kerana beliau juga Tokoh Sukan di negara kita. Tidak mustahil. (awwww???)

BAM Harus Tegas!


BAM harus menyelesaikan segala kemelut yang ada dan mencari mekanisme yang terbaik untuk atlit badminton yang meningkat naik. Lagi elok, gunakan saja kaedah yang digunakan oleh Datuk Sidek Abdullah Kamar dalam mendidik  dan melatih anaknya, Misbun, Jalani, Razif dan Rahman. Dengan usaha gigihnya, anak-anak sidek mampu menjulang nama Malaysia. Tetapi itu dulu,sejarah tetap sejarah. Apa yang penting adalah kita cipta sejarah baru. BAM kena sedar dan bertindak. Bukan sahaja sedar tetapi harus buat kerja dengan cara yang lebih bijak.

Atlit Harus Berusaha Keras!

Saya kira,bukan mudah untuk menjadi seperti anak-anak sidek dan idola badminton sekarang, Dato' Lee Chong Wei kerana ia memerlukan usaha yang keras,gigih dan padu. Setiap atlit badminton harus konsisten dan tidak leka. Mereka harus sedar mereka bermain untuk rakyat Malaysia,untuk negara seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Lee Chong Wei pada perlawanan akhir badminton Olimpik London 2012 semalam.  Atlit juga tidak boleh mengharapkan jurulatih sahaja,ia memerlukan satu azam yang kuat. Contohilah atlit-atlit terharu, mereka mampu membuktikan mereka layak ke pentas dunia. Jika mereka mampu,anda juga mampu!

Masih Ada Harapankah Untuk Rakyat Malaysia Meraikan Kejayaan Sukan Badminton?

Semalam,saya ada membaca bahawa Lee Chong Wei mungkin akan bersara dan Olimpik London 2012 tahun ni merupakan temasya yang terakhir untuk beliau kerana 4 tahun lagi,beliau akan berumur 34 tahun. Sudah terlalu tua,katanya. Yang menjadi persoalannya, masih ada harapan dan peluangkah untuk kita,rakyat Malaysia sama-sama duduk di hadapan televisyen dan sama-sama bersorak seperti semalam? Mungkin ada. Mungkin tidak. Kita tidak mahu semangat ini luntur dan hilang taktala kita bangkit. Pihak berkenaan harus bertindak!

Akhir kata, berilah orang yang layak menjadi penaung Persatuan Badminton Malaysia(BAM). Kita tidak mahu melihat BAM menjadi seperti FAM yang ibarat hidup segan,mati tak mahu dan angkuh. 

3 comments

InsyaAllah ada nanti pengganti dia :D

mungkinkah zulfadli zulkifli mampu menggantikan lee chong wei? mampukah?


EmoticonEmoticon