" Meniti Pokok"
Entah mengapa, minat aku terhadap bidang mengambil gambar ini semakin hari semakin membara. Kecantikan alam yang aku lihat melalui pancaindera yang Allah swt kurniakan kepada aku ini membuatkan aku teruja. Teruja melihat pemandangan,keindahan serta kecantikan alam ini yang diterjemahkan oleh pancaindera mataku ini.
Subhanallah! Betapa hebatnya penciptaan mata yang Allah swt kurniakan kepada aku sehingga aku mampu melihat sesuatu perkara daripada pelbagai perspektif sehingga kamera pun tidak mampu untuk menterjemah atau mengungkap apa yang diterjemah oleh mataku ini.
Alhamdulillah! Betapa pemurah dan penyayangnya Allah swt kepadaku dan kepada hamba-Nya. Allah swt kurniakan mata untuk digunakan bagi melihat,menilai dan merasai kebesarannya. Tidak lain tidak bukan,semua terjadi dengan izin Allah swt.
InsyaAllah! Jika tiada aral melintang, jika sudah termaktub rezekiku untuk memiliki sebuah kamera yang aku idamkan. Pasti Allah swt tunjuki jalan. Namun, kamera Fujifilm Finepix S2980 sudah memadai bagiku kerana yang mencantikkan sesuatu itu Allah swt dan Allah swt sukakan kecantikan. Wallahualam.
|
EmoticonEmoticon