Gambar Dan Video Puting Beliung Di Johor Bahru 18 Disember 2013

puting-beliung-5


Gambar puting beliung di JB Johor Bahru pada 18 Disember 2013. Dilaman sosial, kecoh apabila beberapa pengguna telah merakamkan fenomena puting beliung yang melanda dibeberapa kawasan sekitar Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang. 

Menerusi imej yang dirakam, terpapar seolah-olah puting beliung sedang berlegar di ruang angkasa dan tidak mencecah tanah. Foto tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian umum khususnya dilaman sosial. Apapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat fenomena tersebut.

(Kemaskini) Punca Fenomena Di Johor Bahru 18 Disember 2013

Fenomena puting beliung yang terjadi di Johor Bahru turut dikenali sebagai belalai air (waterspout). Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika. Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia.

Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar. Belalai air juga tidak akan sampai ke darat atau mencecah tanah. Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan. Namun, belalai air juga mampu mencederakan orang ramai jika mendekatinya.

Gambar Puting Beliung (Belalai Air) Di Johor Bahru 18 Disember 2013







Video Puting Beliung (Belalai Air) Di Johor Bahru 18 Disember 2013

1 comments so far

subhanallah... ya allah... jauhkan kami semua dari musibah..


EmoticonEmoticon