Dik, kat mana nak beli maruah?




Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan adikku,

Apa khabar adik yang sedang meningkat dewasa? Abang disini sihat sejahtera. Abang menulis warkah ini adalah untuk bertanya dan menasihati adik yang semakin jauh daripada ugama.

Satu soalan sahaja abang hendak tanya. " Adik, kat mana nak beli maruah?"  Bukan apa adik. Abang tengok ada sesuatu yang adik lupa pada diri adik.


1) Adik lupa ugama.
2) Adik lupa ibubapa.
3) Adik lupa maruah.

Antara faktor abang bertanya adik soalan ini adalah kerana.

1) Adik keluarkan ayat melawan hukum ugama.
2) Adik maki hamun ibubapa adik kat laman sosial.
3) Adik dedah gambar aurat adik tanpa seurat benang ataupun separuh bogel.

Adik. Abang tanya lagi. " Kat mana nak beli maruah?"

1) Adakah maruah yang adik korbankan ini ada dijual dimana-mana?
2) Kenapa adik sanggup gadai ugama dan maruah adik untuk femes?
3) Kenapa adik caci ibubapa adik kat laman sosial?
4) Kenapa adik susah nak dengar nasihat?

Adik, ketahuilah..

1) Bahawasanya Abang sayangkan adik-adik abang yang sedang meningkat dewasa.
2) Bahawasanya rahmat Allah swt ini luas.
3) Bahawasanya ibubapa adik sayangkan adik.

Masa abang belum dewasa, Abang juga sering tidak mendengar cakap ibubapa abang. Abang degil. Abang mengamuk. Abang berdendam. Macam adik juga.

Tapi, apabila Abang dewasa. Abang dah matang. Abang dah boleh fikir sendiri. Rupa rupanya apa yang ibubapa Abang lakukan itu adalah demi kebaikan abang. Abang menangis tengok pengorbanan ibubapa Abang. Tiada siapa dapat ganti diorang.

Abang dulu dik. Abang malu kalau maruah keluarga Abang tercalar. Abang sanggup tak keluar lepak, bersiar-siar jauh daripada kampung sebab ibubapa abang pesan jangan keluar sesukahati. Abang tengok kawan Abang pergi mandi di Lata Air Terjun. Lepak malam-malam. Tapi Abang sedar bahawa Abang perlu jaga maruah keluarga Abang.

Abang tak macam budak-budak lain. Abang ni jenis tak sebebas budak-budak lain. Abang tengok rakan-rakan Abang seolah-olah tiada siapa pedulikan apa yang mereka buat. Hatta, mereka sendiri tak fikir akan ibubapa mereka.

1) Abang tak merokok. Sebab Abang taknak rosakkan badan abang dan jaga maruah keluarga.
2) Abang tak berkapel. Sebab kapel itu bagi Abang banyak buruk. Pengalaman mengajar Abang.
3) Abang cari jalan bagaimana untuk Abang ubah diri Abang kepada seseorang yang berguna.

Satu sahaja penyelesaiannya.

1) Adik kena belajar ugama.
2) Adik sendiri yang hendak berubah.
3) Adik kena keluar daripad kehidupan adik.
4) Adik kena putuskan ataupun jauhkan diri daripada perkara yang mendorong adik berbuat maksiat/jahat.

Adik, Allah swt sayang adik. Janganlah adik persiakan waktu remaja adik. Abang dulu macam adik jugak. Masa abang penuh sia-sia tapi Abang sedar bahawa masa yang lalu tidak dapat dikembalikan.

Tapi, Abang tidaklah seteruk remaja zaman adik.

Marilah adikku.  Marilah sama-sama kita berpegang kepada tali Allah swt. Allah swt takkan lupa adik kalau adik tak lupa Allah swt.

Ayah abang selalu tanya " Nak jadi orang ke nak jadi lembu?" Kasar tapi bermakna. Fikirkanlah.

InsyaAllah adik. Abang doakan adik supaya berubah.

Abe Mirul,
Tiada Ganti Untukmu.

11.12.13

1 comments so far

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon