Spageti Goreng Ala Mamak Pun Jadi laaa...


Harini, Abe tinggal seorang diri di rumah. Mak dan adik beradik Abe balik kampung. 

Pagi tadi Abe makan ayam KFC buatan sendiri. Dan, Onion ring. Rasa dia takyah tanya? Asal kenyang,hati gembira. Haha.  Semalam tengok ada orang post gambar ayam KFC, terliur nak makan. Tapi kita ni bukan ada duit pun nak makan kan? Jadi, buat sendiri.


Tengahari tadi. Abe rebus dulu Spageti. Lama jugaklah nak kembang tu. Sambil-sambil tu, basuh pinggan. Bersihkan dapur. 

Bahan-bahan dia simple je. Abe hentam keromo.

1) Bawang putih,halia dan bawang merah.
2) Cili padi dan lada hijau besar.
3) Ayam, tempe, ikan bilis.
4) Telur ayam sebiji.
5) Sos tiram, sos cili, kicap.

A) Abe tumbuk dengan lesung bawang putih,halia dan bawang merah sampai hancur berkecai. 
B) Masukkan minyak. Abe goreng dulu ayam, ikan bilis dan tempe. Selepas masak, Abe angkat.
C) Tumiskan bawang putih,halia dan bawang merah yang telah sebati kena tumbik dengan lesung. Biar naik harumannya.
D) Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Biar pekat sikit. Abe masukkan telur ayam. Kacau2. 
E) Abe masukkan kesemua cili tadi.
F) Abe tos spageti yang Abe terus tadi. Masukkan ke dalam kuali. Kacau2 sampai sebati. Kemudian, masukkan ayam,tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. 
G) Warna dia agak pudar tadi. Abe masukkan lagi kicap dan sos. Ikut citarasa sendiri. Jangan lupa garam.

Kacau punya kacau. Siap! Tutup api. Ambik pinggan. Dan hias. Siap sudah. Selamat menjamu selera. Haha!

Abe memang suka memasak. Entah kenapa. Kalau rajin lah, kalau malas. Memang tak. Tapi masakan Abe bukan yg jenis berat-berat. Kalau yg macam tradisional punya, memang tak pandai lah.

Apapun, ia sebagai hobi. Mesti perempuan pun kalah dengan Abe kalau bab memasak ni,kan?

Orang bujang. Tak sah kalau tak memasak. Eh, yeke? Haha. Kalah perempuan moden, perempuan moden sekarang nak ke dapur pun malas.

Fakta atau auta? 

Contoh? Kat rumah sendiri pun adik perempuan jarang sangat memasak. Bukan jarang tapi tak lansung. Abe jugak yg memasak. Masak untuk diri sendiri je la.

Haha. 

4 comments

perh.... nampak macam sedap..lapar la plak

Tak pernah lagi tgk/dgr orang masak ayam sama ngan ikan bilis. Hahaa.. Apapun, nice try. At least dpt "hidup"kan diri kalau sorang2.. HEE.

@cik tenggiling bukan nampak sedap je, memang sedap. haha. Tgk la siapa masak. Hehe. :p

@Vee Lea Yeke tak pernah? Kira Abe ni orang pertama la? Haha.

Thanks sudi singgah. :)


EmoticonEmoticon