Kegilaan Remaja Terhadap Gadget atau Teknologi


Remaja hari ini hidup penuh dengan teknologi. Daripada setiap sudut dan aspek, mereka bergantung kepada teknologi. Kalau tidak ada gadget ataupun teknologi ini, mereka seolah-olah hilang separuh diri mereka. Kerana apa? Kerana mereka bergantung kepada benda tersebut untuk bersosial dengan kawan-kawan seperti di laman sosial facebook, twitter, keek, youtube, instagram dan sebagainya.

Ada juga remaja yang bijak yang memanfaatkan teknolgi di sekeliling mereka seperti membuat duit dengan blog, mengambil upah mendesain sesuatu dan sebagai. Ada juga yang hanya membuat masa begitu sahaja dan tidak ada pulangan yang menguntungkan buat mereka. Ada juga yang menjadi tidak cerdik kerana munculnya teknologi ini. Macam-macam ragam dan perangai yang ada.

Oleh itu, apakah gadget yang menjadi kegilaan mereka?




1. Telefon bimbit pintar (Smartphone) 

- Kalau kita lihat budak-budak sekarang. Mereka sungguh ke hadapan daripada kami dulu. Umur baru sahaja 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun tetapi sudah memiliki sebuah gadget pintar seperti telefon pintar ataupun tab. Tetapi sayang, roh kanak-kanak mereka dibunuh oleh teknologi. Mereka tidak akan dapat merasainya nikmatnya permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, guli, layang-layang dan sebagainya. 

- Tidak lupa jugak kepada remaja yg meningkat dewasa ini.Aktiviti mereka ketika menggunakan telefon pintar adalah tak lain tak bukan bersosial di facebook, twitter, keek, dan sebagainya. Cubalah buat blog macam kami ni. Haha.

_ Tapi saya belum sempat lagi untuk merasai telefon pintar yang canggih manggih seperti dimiliki oleh remaja sekarang. Telefon pintar yang saya beli dengan duit sendiri berharga hampir Rm600 ialah Sony Experia X8. Sekarang telefon itu tersadai di rumah. Pengecas rosak. Kini, saya hanya memakai telefon torchligh sahaja. Okey lah daripada tak ada.




2. Laptop.

- Bagi kami, laptop adalah satu keperluaan dan kadang-kadang juga ia satu kegilaan buat remaja untuk memiliki laptop. Beberapa hari yang lalu, adik saya yang perempuan baru sahaja menyambar sebuah laptop ultrabook Acer Aspire v5 tanpa pengetahuan saya. 

- Yang saya geram ialah , latpop dia nampak canggih daripada saya walaupun saya baru membeli laptop Sony Vaio ini pada awal tahun 2012. Kira baru lagi lah. Mungkin itu juga perasaan adik-adik saya apabila saya membeli laptop,sedangkan mereka tidak ada. kan? 

- Disamping itu juga, laptop ini memudahkan tugasan kita. Lebih-lebih lagi kepada pelajar remaja. Ayah saya ada tanya saya,sebab saya nak melanjutkan pelajaran nanti. " nak beli tab tak? Tapi laptop tu kena tinggal kat rumah..." Haha. Mustahil woo nak tinggalkan laptop di rumah. Kaki permainan digital(gamer) tak mungkin meninggalkan laptopnya.




3. Kamera.

- Bagi kami, kamera adalah satu alat untuk merakamkan saat yang indah dan menarik. Tetapi remaja hari ini menganggu kamera mereka di tengkuk dan berjalan-jalan di pasaraya atau PAVI. Apa kejadah yob? Haha. Bagi mereka yang mempunyai telefon pintar yang canggih. Kemungkinan kamera digital tidak menjadi keperluan untuk mereka. Tapi bagi saya ia adalah satu keperluan untuk saya. 

Setakat itu sahajalah.

Mungkin apa yang kami nukilkan ini berdasarkan pengalaman kami. Tidak tahulah kalau remaja lain menggilai gadget lain yang kami tak tahu. Apa yang kami tahu ialah telefon pintar, laptop/tab, kamera. Mungkin ada juga yg minat Pemain Mp3 tapi ia bukanlah satu kegilaan.

Kesimpulannya.

Jangan paksa ibubapa korang untuk belikan gadget untuk korang! Okeh? Bukan apa, ada yang merajuk sebab nakkan gadget. Dasar anak noharom... Haha.

kegilaan-remaja-terhadap-gadget-teknologi

4 comments

betul tu!! zizie rambang mata kalau tgk gadget, tapi xcukup duit untuk beli.. last2, tiba note 2 set korea.. asal ada note 2.. kihkihkih..

betul tu abey... dulu aten masih umur 6,7,8 tahun main batu seremban, congkak and lain2 lah.. haha takde benda canggih2 ni :p

aku dah lewat remaja.

satu je aku nak.. microsoft pro surface 2.

kene kumpul duittttt

Betul tu. aku bab laman sosial memang tak layan sangat.


EmoticonEmoticon