Showing posts with label Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Ustaz. Show all posts

Kopiah & Gelaran Ustaz

Assalamualaikum wbt.


Pernah tak apabila korang jalan-jalan di tempat awam,korang terlihat mereka yang berseluar slack hitam,berbaju kemeja licin dan berkopiah. Nampak sopan,tertib dan kemas. Kadang-kadang aku rasa cemburu melihat mereka. Mereka mampu berpakaian sedemikian sedangkan aku tidak. Apabila keluar rumah, bersih sahaja pakaiannya. Kopiah putih juga tidak lekang daripada kepala. Pernah dak terdetik dalam hati.


" Aku nak berubah gak ar...pakai macam depa ni."


Mesti pernah terniat bukan? Ada orang keluar rumah pakai baju t-shirt,seluar jeans  dan berselipar Levi's. Kononnya,ikut fesyen lah. Aku pula? Aku rilek je. Haha.