Adakah Orang Muda Tidak Boleh Bercakap Pasal Politik?

Satu persoalan timbul dalam benak fikiran aku. Adakah orang muda yakni orang yang belum cukup umur mengundi ini tidak layak bercakap soal politik?

" Alaa...mentah lagi.."



" Bang! Sekarang, umur yang mung kata mentah ni la pemikiran lagi bagus dari yang suka sembang kedai kopi.."

Adakah aku perlu cukup syarat mengundi baru aku boleh bercakap soal politik?




Jika benar begitu,bagaimana orang muda hendak maju? Bagaimana pemikiran orang muda yang melihat situasi berbeza ini hendak meluahkan pendapat?

Kata salah, tak kata salah.
Tegur salah, tak tegur salah.

Jadi,apa yang orang muda yang tak layak mengundi ni hendak buat? Tengok saja anak bangsa menjadi bodoh tanpa mengetahui kebenaran?

Kadang-kadang kita tengok dari sudut atas, kita nampak lain.
Kadang-kadang kita tengok dari sudut bawah, kita nampak lain.
Kadang-kadang kita tengok dari sudut kiri,kita nampak lain.
Kadang-kadang kita tengok dari sudut kanan, kita nampak lain.

Walhal benda yang kita lihat itu sama dan tidak berubah.

Jadi,apa yang anak muda yang tak layak mengundi ni hendak buat? Tunggu umur 21 baru belajar pasal politik? 
Baru belajar pasal perlembagaan?

Apabila umur 21 tahun baru terhegeh nak kenal undang-undang negara? Siapa Perdana Menteri Malaysia? Siapa bapa kemerdekaan?
Adakah itu yang orang yang layak mengundi mahukan??

Kalau begitu, memang hancur lah negara.

Kadang-kadang aku hairan, bab fitnah. Orang kita cepat je percaya.

Tetapi apabila kebenaran yakni berita sahih, cepat-cepat pula dia suruh siasat. Lebih-lebih lagi melibatkan parti dia. Bangang!

Itulah, hendak berpolitik tetapi ilmu tiada. Sayangnya, orang yang ada ilmu ini disisihkan. Katanya, tidak layak. Ilmu itu walaupun sikit tetapi tetap ilmu.

Orang kita pelik. Berpolitik memang hebat sampai putus silaturrahim. Tak mengaku seagama. Lebih sanggup berkawan dengan orang kafir laknatullah yang terang-terang tak percaya Allah daripada berkawan dengan orang Islam yang kufur. Mereka lebih memuliakan orang kafir daripada orang Islam...

Mereka percaya pada permainan yang ditunjukkan orang kafir lantas berkata " Lihatlah sekelompok manusia itu, mereka menyokong kita walaupun mereka tak percaya tuhan kita."

Pelik dan hairan. Golongan sebegini tak nampak kepentingan sesuatu perkara itu asalkan matlamat mereka nak KUASA tercapai. Mereka tak nampak..nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran baru mereka hendak sedar.

Bak kata pepatah " Sudah jatuh ditimpa tangga.."

Mereka kata kita rasa diri kita sahaja yang betul padahal mereka menganggap teguran kita ini seolah-olah menentang mereka. Itu laa...

Tegur salah, tak tegur salah.
Kalau tegur dikatanya menentang.
Kalau sokong, lagi lah suka.

Melayu, mudah terpedaya. Sedar lah..sedar..

Sebenarnya, kita tak boleh taksub pada parti. Yang betul kita sokong. Yang salah kita bangkang. Ini tidak, ada manusia semua benda nak bangkang! Kata bodoh marah, suruh belajar kata " Hang sapa nak ajar aku?"

Dengarnya, Melayu ni berbudi bahasa. Apabila ditegur,kasar sekali. Orang Arab, kasar perilakunya. Apabila ditegur, lembut menerima.

Hairan dan hairan.... budak-budak remaja perlu tunggu umur 21 tahun baru boleh belajar tentang perlembagaan dan sebagainya. Kata orang itu.....

Yang lagi hairan, ada yang layak mengundi tetapi tak mengundi. 

Berpeluk tubuh,katanya  " politik ni kotor!!"

Betul lah kata cikgu aku " Orang yang ada ilmu, dia akan bercakap guna akal. Yang yang tiada ilmu, bercakap guna nafsu..."

Pesan aku " Berpijak lah di bumi yang nyata. Jangan masuk mulut buaya sebab nak lari daripada kena gigit nyamuk. Nanti,kena NGAP! Baru nak menyesal..."

Bagi aku, kita tak perlu takut jika berada di pihak yang benar. Untuk apa kita tunduk pada Cina dan India (kiasu) sebagimana yang UMNO dan PAS buat? Untuk apa?

Lihatlah..banyak benda yang kita longgarkan sedangkan dalam kontrak sosial kata.

" Orang Cina dan India kena terima hak istimewa orang Melayu jika mahu orang Melayu menerima orang Cina dan India sebagai warganegara"

Tetapi apa yang terjadi sekarang? Ramai orang Cina(ultrakiasu) persoalkan hak istimewa orang Melayu. Lagi bodoh,ada orang Melayu yang sokong. Katanya " Demi keadilian:

Tapi " Keadilan menurut Islam itu ialah meletakkan hak pada tempatnya..."

Sayangnya, ramai orang Melayu kita tertipu.

Aku lebih rela sokong orang Islam yang mengajak kepada perdamaian(berbincang) daripada sokong orang Islam yang bersekongkol dengan kafir laknatullah untuk menjatuhkan orang Islam lain.

Jadi, korang kena sokong kerajaan lah? Dok eyh. Ada benda yang perlu dikekalkan, ada benda yang perlu ditentang tetapi jangan jadi buta...buta dalam menilai!

Setiap orang ada pendapat, maka untuk apa aku memaksa kalian menerima pendapat aku sedangkan kalian ada pendapat sendiri namun orang yang bodoh dia akan menyerang peribadi kerada dia tiada hujah. Terima kasih!

Nota: Tegur PAS tak bermakna menolak Islam. Tegur UMNO tak bermakna tolak kerajaan. Tegur DAP sebab DAP ultrakiasu. Tegur PKR sebab moral tiada. Nak tegur MCA/MIC,mereka senyap je. Tegur Barisan Nasional sebab pentadbirannya pincang. Tegur Pakatan sebab tahu bawak huru hara saja.

Sokong PAS dapat pahala, sokong kemungkaran kerajaan dapat dosa tetapi kalau orang Islam bersekongkol dengan kafir untuk jatuhkan orang orang Islam tu,macam mana pulak ye? Nak sokong ke tak???

#apa yang aku lihat, mereka kata mereka sokong perjuangan Islam tetapi perjuangan mereka penuh caci maki,kata-kata kesat dan tuduhan fitnah. Lebih malang lagi, kata-kata mereka dituju kepada saudara seagama. Elok lah tu!

1 comments so far

sy skong abe mirul!!


EmoticonEmoticon