Minda Bercelaru

Sejak kebelakangan ini, minda aku asyik bercelaru. Entah apa yang aku fikirkan sehingga membuatkan jantung aku berdegub kencang, fikiran melayang, perasaan sentiasa resah dan kuat makan.

Hairan dan hairan.

Minda aku semakin bercelaru sejak melanjutkan pelajar ke tingkatan 6 ini. Kadang-kadang aku rasa hendak mengalah dalam perjuangan ini. Kadang-kadang aku rasa aku tiada kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Kadang-kadang aku rasa malas,malas hendak pergi sekolah kerana suasana pembelajaran tidak kondusif walhal aku kini dalam perjalanan untuk mencari sehelai sijil demi mencari segulung ijazah.

" Kalau ada aweks,tentu tak sunyi.." Haha.

Mentaliti pelajar disekeliling yang masih berada dalam tahap kebudak-budakkan atau erti kata lain tidak matang dan tidak tahu hala tuju mereka membuatkan aku semakin terjebak dalam gaya hidup mereka yang lalai dan tiada arah. Mereka lebih suka melepak daripada menelaah.

Memandangkan aku ini jiwanya hanya kental di hadapan gadis-gadis cun maka ada kalanya aku menyertai mereka membuang masa berborak pasal gadis-gadis,kereta dan macam-macam lagi.

Namun, aku sedar apa tujuan aku belajar. Apa tujuan untuk aku menuntut ilmu cuma....

Minda aku bercelaru antara dunia dan akhirat. Iman didada harus dikukuhkan namun ilmu yang aku belajar kini hanyalah kepentingan dunia sedangkan masa mencemburui aku.

" Alangkah indahnya jika aku dapat undurkan masa..."

Masa terus berlalu dan berlalu tetapi aku masih di tahap yang sama.

" Argh! Ini semua mainan syaitan!" fikirku.

Syaitan menghasut aku sehingga aku hanyut.. Kadang-kadang aku kuat,kadang-kadang aku lemah. Kadang-kadang aku benar,kadang-kadang aku bohong.


" Betapa beratnya ujian ini...."


Namun,aku berusaha agar aku dapat kembalikan diri aku yang sebenar walaupun dunia kini menentang aku.

Orang di sekeliling aku tidak sesuai untuk aku maka orang seperti aku ini akan disisihnya.

Jiwa ini juga akan luntur jika tiada kata-kata semangat tapi aku harus bangkit.. Ya..bangkit...biar apa orang hendak kata janji aku berada di pihak yang benar.

Taktala minda ini bercelaru..aku hanya fikirkan bahwa aku harus tidur.... selamat malam. Assalamualaikum wbt!

2 comments

hehehe ~ kamu kuat dek , sabar2 , sis CP pown dulu STP dek , hehehe , memang macam2 dugaan , tapi cube , cube jgk fokus , fokus belajar keyh , insyallah boleh , banyakkan doa , kekuatan orang islam tuh doa :D

InsyaAllah. terima kasih kak..akan ku kuatkan diri ini menjalani bahtera kehidupan. Hehe!


EmoticonEmoticon