Demi Mencari Segulung Ijazah




Kini, aku sedang melanjutkan pelajaran dalam tingkatan 6 aliran kemanusian di SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (2). Ditempatkan di kelas 6BB1 yang mempunyai pelajar seramai 39 orang. Bagi aku,terlalu ramai dan susah dikawal. Lebih-lebih lagi jika bilangan perempuan lebih banyak daripada lelaki. Yang menariknya, aku adalah ketua kelas. Haha!

Penat.
Letih.
Pening.
Sukar.
Mencabar.
Tertekan.
Gembira.
Seronok.
Ada aweks.

Banyak perasaan yang aku alami sejak melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Pernah jugok aku terfikir.

" Payoh tingkatan 6 nih..bagus aku terima tawaran Politeknik."

Tapi, matlamat aku tingkatan 6. Cuma rasa agak payah itu apabila malas datang. Mula-mula masuk tingkatan 6. Jangan cerita lah perasaan dan semangat. Berkobar-kobar bak seorang pejuang jet yang ingin menerbangkan jetnya di angkasaraya tetapi akhir-akhir ni aku kehabisan minyak lantas mudah pancit di dalam kelas. Mengantuk sangat............

Apabila fikir balik. Matlamat aku bukan setakat tingkatan 6 saja. Matlamat aku nun...nak dapat segulung ijazah. Kalau ada rezeki, aku nak sambung jauh lagi agar aku dapat berbakti kepada agama,bangsa dan negara.

" Tudiaaaa...bersemangat giler..."

" Takda ah..awal tahun je bersemanagt.. Haha!"

Tak macam segelintir kawan aku.

" Ado STPM pun cukup lah nak mintak kijo..." ujar mereka dengan muka tidak bersalah. Patutlah nampak rilek. Hoho!

Walaubagaimanapun, aku kena pujuk diri aku balik nak dapat semangat belajar. Sejak kebelakangan ni, kondisi badanku agak tidak stabil. Kalau kereta, kita boleh tukar minyak hitam. Pergi hantar servis ke kedai.

Kalau manusia? Tahu tak macam mana nak ubat dia?? 

" Baca al-quran der..solat banyak-banyak.."

InsyaAllah.

" Kalau hati tak tenang der?"

" Hang kena tukaq hati lain.. banyak dosa la tuh.."

Hurm.. betul jugak.

Tak pa ar. Dalam kepala hotak aku. " aku kena rajin..aku kena rajin. Apa aku nak bagi kat anak bini aku kelak kalau aku malas belajar...aku kena berusaha.."

Hari-hari duk melatih minda yang positif supaya aku mampu melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Tahu dok? Selepas SPM,dimana aku tak dapat tawaran ke IPTA selain politeknik dan tingkatan 6. Aku rasa keputusan SPM aku yang biasa-biasa iaitu sebanyak 2A 3A- 1B+ 1B 1C+ ini tidak mampu membawa aku ke IPTA seperti Uitm yang amat ku idamkan. Haha. 

Kawan aku yang keputusan kurang elok daripada aku pun boleh masuk universiti tempatan. Inikah pula aku yang dapat bagus sikit.

" Berlagak la mamat ni..."

" Bukan berlagak tetapi hairan...hairan dan hairan..." Haha!

Maka, aku pun sedar walaupun dapat keputusan yang baik jika tiada rezeki kat tempat tu, ktia takkan dapat. Mungkin rezeki aku kat tempat lain. Allah sebaik-sebaik perancang.

Cuma, aku agak tertekan dengan situasi dan suasana kelas sekarang. Suasana yang masih bercampur dengan budak-budak yang tidak matang. 

Bermain di dalam kelas.
Pemikiran tidak kreatif.
Tidak matang.

Seolah-olah mereka tidak tahu matlamat mereka sedangkan pada masa sekarang, kami berada dalam situasi seorang pelajar persedian ke universiti. Mungkin mereka tak sedar lagi kot. #serius tertekan.

Namun demikian, aku tak boleh salahkan orang lain. Aku kena berpegang pada realiti kehidupan fana ini. Sekarang ramai yang belajar untuk kerja,untuk peperiksaan sehingga melupakan nila ilmu itu sendiri. Macam aku,kadang-kadang malas jugak nak menelaah. Haha!

Tetapi tidak apa lah, demi segulung ijazah dan sijil STPM aku harus berusaha sebab aku tak mahu bini aku makan pasir.

" Bini aku boleh je makan pasir.." ujar kawan aku.

" Bini mung buke oghe boh! Sumbak..." 

Macam-macam kerenah....


****************

" Asyik- asyik cerita pasal stpm je. Takdak cita lain ka Abey Mirul?"

" Ada. Lain kali. Haha!"

3 comments

Bagus la kalau ada semangat untuk majukan diri... Kita sama-sama berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dimasa akan datang... =)

Saya hanya sempat naik ke tingkatan 6 rendah beberapa bulan sahaja sebelum menerima tawaran masuk ke kolej.

Salam be,

Abe ni amik spm ke vokesional? bukan diploma kulinari ke? bukan masuk mjii ke? saje tanye


EmoticonEmoticon