Edisi Politik: Kau Kata Kau Sokong Islam Tapi...

Assalamualaikum wbt!

Alhamdulillah. Hari ini Allah swt masih memberi nikmat hidup kepada aku yang masih mengharap adanya waktu untuk aku beribadat kepada-Nya kerana aku jua tidak pasti bilakah aku akan mati. Mungkin hari ini. Mungkin esok. Semua itu,hanya Allah sahaja yang tahu.

Hari ini, aku mahu berbicara tentang Politik. Terlebih dahulu,aku ingin memohon maaf jika terkasar bahasa,tersalah maklumat dan sesungguhnya aku bukanlah orang yang arif berkenaan perkara ini dan aku juga bukanlah yang terbaik di antara kalian.

Baiklah. Ceritanya begini,kisah ini berlaku di dalam kelas. Aku bersama Hafif(nama samaran) berbicara soal poltik di Malaysia.

Mula-mula kami dok bincang pasal apa entah kemudian masuk kepada politik dan aku hanya ingat perkataan ni.

" Mung nok tahu dok kito kena tukar kerajaan. Kerajaan lani zalim! Tak ikut Islam. Kita kena lantik pemimpin hok mengamalkan Islam. Kita kito tukar!" begitulah katanya. Aku tidak berapa ingat..tapi macam itu. TUKAR!

" Meh aku nok oyak ko mung. Mung kata mung nok tukar kepada kerajaan Islam tetapi bagi  kawe takdok guna mung tukar kepado kerajaan lain kalu masyarakat ni lari daripada Islam. Gini, ada 10 orang manusia. Hendak memilih pemimpin. Tetapi kesemua 10 orang ni jahil! Dok tahu agama. Lepas tu,mung nok pilih pemimpin lagu mana? Acu mung bagitahu. Sebab itu lah kawe rasa kito kena bermula daripada individu. Individu ini bersatu bersama orang lain dalam membentuk satu ukhwah,satu ikatan yang kukuh untuk menentang kezaliman. Biar individu yang mempunyai iman dan taqwa ini bersatu. Baru kito dapat menentang kerajaan hok tolak Islam. " balas aku. 

Macam itu lah perbualan aku. Antara ingat tak ingat namun aku lebih suka menekankan untuk kita menukar kepada kerajaan Islam ini kita kena bermula daripada bawah. Mendidik masyarakat! Ya! Mendidik masyarakat agar kembali kepada Islam. Bawa pemuda ke jalan Allah menjadi seperti Umar al-khatab ra! Menjadi Seperti Ali Abi Talib ra!

Tetapi hari ini,kita kata kita sokong Islam tetapi perangai kita,akidah kita,akhlak kita,tingkahlaku kita adakah mengikut kehendak Allah swt??

Apa yang aku lihat, ramai yang kata sokong Islam tetapi budi bahasa hilang! Hancur! Akhlak macam orang takdak pegangan agama! Mencarut sana sini! Memaki pemerintah! Memaki hamun orang yang menegur mereka!

Tapi kau kata kau sokong Islam...
Tapi kau kata kau ikut sunnah...
Tapi kau kata kau ikut politik Rasulullah saw..!

Sesungguhnya politik Rasulullah saw berbeza daripada politik kelompok atau penyokong yang kata sokong Islam ini. Meh kita kenang kembali kisah Rasulullah saw.

( Aku bukanlah orang yang arif tapi kalau salah,sila tegur aku . Astagfirlah..)

Rasulullah saw dulu,masa nak kembangkan Islam? Apa yang baginda buat? Adakah baginda terus rampas kuasa pemerintah Quraisy ketika itu?

Tidak kan? 

Kita ringkaskan. Rasulullah saw berdakwah kepada ahli keluarga yang terdekat dahulu. Kemudian kepada masyarakat. Apabila Nabi saw ini membentuk akidah serta mendidik sahabat-sahabat yang dikasihi Allah saw ini. Barulah Rasulullah bergerak...bergerak dalam membentuk sebuah kerajaan Islam apabila sampai perintah Allah swt. 

Maknanya disini adalah ia bermula daripada individu,terus kepada masyarakat dan kepada negara. Oleh itu, kita harus membentuk masyarakat yang teguh berpegang kepada Islam dulu! Bukan pegang kuasa dulu! Tetapi  dalam masa yang sama masyarakat kontang kanting . Jahil. 

Apa yang aku faham,Nabi saw tak cari kuasa dulu tetapi membentuk akidah dan akhlak para pengikutnya..para sahabat dulu. Tetapi kita sekarang? Kejar kuasa dulu baru nak bentuk Ummah namun dalam perjalanan untuk mencari kuasa ini masyarakat kita bergaduh! Berkelahi dan bertengkar kerana berbeda ideologi!

Tapi kau kata kau sokong Islam...
Tapi kau kata kau ikut sunnah...
Tapi kau kata kau ikut politik Rasulullah saw..! 

Sayangnya,kau tak ambil iktibar. Kau terlalu taksub sedangkan Al-quran dan sunnah kau tak ikut..kau ikut telunjuk parti kau tanpa kau mendalami agama.Kau kata kau sokong Islam tetapi sayang kau tak ambil apa yang Islam suruh. Kau hebat berdebat parti mana yang bagus tetapi sayang pertuturan kau penuh hina..penuh kata-kata sesat.

Bukankah Allah swt tidak suka orang yang mengumpat dan memaki hamun? Wallahualam. Aku juga bukanlah orang yang arif dalam agama. Aku juga bukanlah arif dalam politik cuma aku sayang akan ukhwah ini kerana aku pernah dengar bahawa " Setiap muslim itu bersaudara.." Maka! Jika kau adalah saudara aku,maka aku harus tegur kau. Jika kau bukan saudara aku, lantak lah nak pi mana-mana.

Tapi kebenaran harus dikata..harus diluah walaupun pahit hatta mengguris hati..mengguris diri. 

Sebenarnya aku cuma tidak mahu nama Islam ini rosak kerana orang seperti kau yang terlalu ekstrem! Buta hati dan suka menabur fitnah..maka kau rosakkan nama Islam ini.

Jadi,mari kita bersatu! Kembali kepada Islam yang sebenar-benarnya. Sudahlah parti BIRU terumbang ambing. Takkan parti Hijau pun turut sama? 

Cikgu aku kata " Walaupun kita nampak menentang tetapi sebenarnya tidak..bukan menentang.."

Terpulang pada minda dan tahap pemikiran kita untuk menilai kerana kau kata kau sokong Islam tapi....... kau tak amal apa yang Allah dan Rasul suruh. Jadi,bagaimana rahmat dan pertolongan Allah swt hendak datang jika perjuangan ini dibenci Allah?

(Aku memohon maaf jika terkasar bahasa kerana aku bukan orang yang arif cuma aku mahu kita benar-benar faham perjuangan kita yang sebenar...aku tak mampu beri nas-nas Al-quran..aku cuma tahu sedikit sahaja. Maafkan aku. Assalamualaikum wbt!)

1 comments so far

hehehe , itularr CP rase sekarang , tuh la CP maseh tataw nak sokong mane , then , CP amek keputusan, CP kena betulkan diri CP dlu ... wallahualam ~


EmoticonEmoticon